THAA || 2

16K 1.2K 264
                                    

   "ASSALAMUALAIKUM, Eeya dah balik!" laung Alva dari muka pintu. Fuh penat betul hari ini.

Satu, mesyuarat di luar terlalu banyak. Ke sana dan ke sini harus bersama Ameera. Tak cukup tangan nak mengejar. Perkara ke dua, ingat tak motorsikal Anaqi tadi, katanya sudah selamat masuk bengkel. Itu juga dikategorikan aktiviti pada hari ini. Anaqi ada hantar pesanan sebentar tadi. Yang terakhir, penutup acara di pejabat hari ini, jamuan perpisahan. Diharapkan semoga pekerja tadi akan menjalani kehidupannya dengan lebih gembira di dunia luar.

Kasut dicabut kemudian diletakkan di atas rak. Tudung tak usah cerita keadaannya. Habis kelepet. Barai weh... hari-hari, inilah rutin Alva. Sibuk semedang.

Setibanya di dalam rumah, riak terkejut sebagai penyambut tetamu . Tengok kehadiran tetamu yang amat dibenci. Secara refleks, Alva menayangkan wajah bengis.

"Anak bonda dah balik. Banyak kerja dekat pejabat Eeya?" Tangan Datin Sri Ameelia disalam. Senyuman manis dihadiahkan kepada bonda tercinta. Hilang segala kebencian apabila pandangannya terkalih ke arah si bonda.

"Bolehlah bonda. Macam biasa," tertawa halus Alva dihujung ayat.

"Eeya, kita ada tetamu ni," ish, lupa pula diri dengan kehadiran tetamu itu. Santai amat posisi. Duduk seraya bermain telefon bimbitnya. Ada juga Alva perasan bahawa alihkan muka memandang ke arah dua beranak itu tadi..

Maaf, tak tertarik. Lebih baik Alva pandang Anaqi tadi. Seperti yang dikatakan, Anaqi seratus kali ganda kacaknya.

Sudah semestinya tetamu lelaki yang sedang duduk itu kalah.

"Siapa jemput dia, bonda?" Bisik Alva perlahan.

"Dia datang sendiri. Nak jumpa Eeya," geli badan tatkala mendengar ayat Datin Sri Ameelia. Buat apa nak jumpa dengan Alva. Kan dia yang pergi, kenapa mahu datang kembali.

Tangan ditarik supaya mengikuti langkah si bonda. Alva hanya mengikuti tanpa banyak bicara. Tahu. Bukannya buta tidak nampak akan kelibat orang di ruang tamu rumahnya itu. Saja buat-buat tak nampak. Siapa lagi kalau bukan Tengku Adam Akhtar. Sibuk betul datang rumah orang.

Punggung dilabuhkan di atas kerusi yang ada di ruang tamu. Kaki pula disilangkan bersama wajah yang ketat. Tetamu yang berada di depannya hanya memandang tingkah laku Alva dengan senyuman tipis.

"Kenapa datang? Dengar cerita nak cari aku. Betul ke, Tengku Adam Akhtar?" dingin. Lantaklah nak kata Alva tak reti layan tetamu sekalipun. Sudah cukup penat tengok kehadiran tetamu tak diundang dekat sini.

Alva layan Tengku Adam ini pun sepatutnya dia harus rasa bersyukur. Ikut hati, mahu humban keluar.

Datin Sri Ameelia awal-awal sudah meminta izin untuk ke tandas. Sakit perut katanya. Sudahnya, Alva terpaksa berhadapan dengan Tengku Adam bersendirian. Hanya mereka berdua. Alva dan Tengku Adam saling berhadapan antara satu sama lain.

"Sayang, jom get back," boleh runtuh atap rumah tatkala ayat habis dilontarkan.

Alva tersentak. Tergamam. Otak tak boleh nak mencerna maksud disebalik ayatnya. Jelas, riak terkejut campur marah Alva tayangkan.

"Ulang balik," pinta Alva tegas. Penumbuk yang dikepa cuba untuk ditahan. Ada yang kena tumbuk dengan Alva nanti gamaknya.

"Sayang, jom get back," ulang Tengku Adam. Langsung tak ada riak bersalah dalam diri. Langsung tak ada.

" Sejak bila aku pernah ada apa-apa hubungan dengan kau," Padat dan ringkas ayat yang dilontarkan.

Melebih gayanya. Datang tanpa diundang kemudian buat seperti Alva dan dia pernah ada hubungan. Siap ber 'sayang' lagi. Ingat cairlah tu. Memang tidak! Tak akan sama sekali. Setidaknnya, rasa geli bila Tengku Adam cakap macam itu. Seolah-olah Alva pernah jadi orang yang dia sayang. Bahkan, tak pernah langsung.

Tawanan Hati Afeef Anaqi || [C]Where stories live. Discover now