THAA || 17

11.6K 1K 101
                                    

TERJENGKET-  jengket berjalan. Jam didinding menunjuk tepat jam 6:45 minit petang, ini bermakna waktu yang ditunggu tunggu oleh Alva. Waktu Anaqi pulang dari kerja.

Vrom
Vrom
Vrom

Alva bertepuk tangan keringan sebaik sahaja motor milik Anaqi betul-betul berada di hadapan rumah. Segera, pintu itu dibuka perlahan-lahan.

"Saya dah cakap jangan bergerak," kata Anaqi dari jauh. Helmet di tangan diletakkan dalam raga motor sebelum menueruskan langkah mendekati Alva.

Tarik muka. Senyuman dimuka berubah pudar.

Alva degil sikit aje. Tak banyak, lagi pun rutin Alva memang begini. Suka sambut kepulangan Anaqi di waktu petang.

"Alva nak tunggu Anaqi aje. Alva bosan duduk dalam bilik. Alva keluarlah nak tengok hagemaru," bersama muncung yang panjang Alva bersuara.

Mana pernah Alva jemu tengok hagemaru. Berpuluh episod pun sanggup layan dalam masa sehari.

Telapak tangan Anaqi diraih lalu tangan lelaki tersebut dikucup dengan lembut. Anaqi turut melabuhkan satu kucupan buat Alva. Rambut  Alva yang serabai sengaja diserabaikan lagi.

"Degillah isteri saya ni," hidung mancung milik isterinya ditarik manja.

Menjerit kecil Alva dibuatnya.

"Tolong tutupkan pintu," pinta Alva.  Anaqi terus mengunci pintu rumah  dengan rapat.

Sementara Alva pula sedang berjalan ke arah televisyen.

"Argh.. Anaqi tolong Alva!" Alva  hilang kawalan. Tubuh hampir jatuh merebah ke lantai.

Dengan pantas, Anaqi berlari mendapatkan Alva. Tangannya sempat menyambut tubuh sebelum tercium di lantai.  Lega tapi...

Prang!

Mereka sama-sama melihat telefon yang sudah berkecai di atas lantai.

Telefom Alva!

Iphone XR berwarna merah itu sudah retak seribu. Serpihan serpihan skrin talefon juga bersepai di atas lantai. Tergamam untuk sesaat. Berkali-kali mata dikerdipkan seraya melihat serpihan itu.

Alva masih di dalam rangkulannya.

"Sayang?" Ujar Anaqi dengan riak muka yang risau.

Alva tidak membalas. Mata hanya  tertumpu pada talefon yang sudah berkecai. Tangan Anaqi yang berada dipinggangnya dikemaskan lagi.

"Tolong, kaki Alva sakit," kali ini baru Alva sedar. Kaki yang siang tadi dirawat terasa sakit kembali.

Dengan laju Anaqi mendukung Alva hingga di hadapan televisyen. Diletakkan tubuh kecil itu perlahan-lahan.

"Saya dah cakap jangan berjalan. Kenapa degil sangat ni?"

Selesai meletakkan Alva di atas lantai, Anaqi mengambil tempat di sebelah. Leher lelaki  dirangkul kemas oleh Alva melepaskan tangisan di situ.

Terkaku.

Lagi sekali diri berjaya susahkan seorang insan bergelar suami.

Aku cuma beban buat dia. Aku buat dia tak senang duduk hanya disebabkan onar aku sendiri. Di dada Anaqi, air mata Alva mengalir deras. Badan tersedu-sedan, berselang seli dengan kata maaf di bibir. Otak menggesa hebat untuk menyalahkan diri sendiri.

"Alva, Alva beban," menyesal dengan tindakan sendiri. Sepatutnya dengar saja arahan daripada Anaqi. Tak perlu degil nak tengok hagemaru.

Aku beban, aku beban. Aku buat dia terseksa. Dia yang sepatutnya bergembira dengan hidup, kini sengsara demi aku.

Tawanan Hati Afeef Anaqi || [C]Where stories live. Discover now