THAA || 29

11.2K 1K 203
                                    

   MENDENGAR ayat daripada mulut Anaqi, Alva langsung tidak berikan sebarang respon. Terkejut pun tidak. Lagipun itu semua masa lalu Anaqi, buat apa perlu diambil kira. Alva hanya mahu mendengar bukannya mengkritik.

Tambahan, Alva juga pernah memiliki seseorang di masa lalu. Seseorang yang menjadi pendukung di masa lalu. Ada satu janji yang masih segar di ingatan sebenarnya.

"Lepas balik dari JB, saya hantar rombongan meminang,"

Haha, rasa lawak bila ingat semula. Malangnya, dia menghilang. Lelaki di masa lalu pergi tinggalkan Alva seorang diri. Ke mana dia menghilang, di mana dia berada sekarang agaknya.

Alva tak tahu. Buntu...

"Sayang tak terkejut ke?" Hairan Anaqi dengan Alva yang tidak menayangkan sebarang riak.

Alva geleng. Biasalah, cinta lama. Bila-bila nasa saja akan datang kembali. Dan yang paling sakit... adalah bila diri sudah ada yang baru.

"Tak. Buat apa nak kisah. Itu semua masa lalu Anaqi. Alva cuma nak dengar,"

Persoalan terjawab. Makanan mula diambil.

"Cuba sambung, Alva nak dengar," tambah Alva lagi.

Rasanya menarik bila dengar cerita masa lalu seseorang. Umpama belajar sejarah.

"Dia sebenarnya ex girlfriend saya, saya bercinta dengan dia lamalah juga. Dan dalam masa saya bercinta dengan dia, sebenarnya dia banyak diganakan saya. Antaranya dia pukau saya. Dia minta saya serahkan semua harta saya atas nama dia sebelum kami kahwin sedangkan kami dah lama berpisah,"

Alva mula berkerut. Seriuslah Nasreen  macam itu. Tak selari langsung dengan perwatakannya tempoh hari.

"Anaqi buat benda tu? Sign surat tanpa baca apa-apa?" Alva menyoal.

Angguk sebagai jawapan dari Anaqi.

Oh tidak... sampai macan itu sekali Nasreen punya perangai.

"Dia datang rumah saya, ajak saya dan keluarga makan malam dekat rumah dia. Tanpa saya sedar, sebenarnya waktu itulah saya dipukau. Dipendekkan cerita, saya sign surat dekat rumah dia,"

"Tapi tak akanlah Anaqi tak baca isi surat tu?" Tak puas hati pula Alva dibuatnya.

Senang-senang turunkan tanda tangan tanpa baca apa-apa intipati.

Anaqi tawa bila dengar nada Alva yang tak puas hati. Berkerut-kerut dahi mendengar.

"Baca sayang. Saya baca. Saya bukannya buta huruf. Tapi itulah orang kata, ilmu pukau. Saya ikut segala arahan dia,"

Faham.... Kuatnya ilmu pukau. Alva sendiri pun tak pernah rasakannya lagi.

"Mummy? Daddy?" Soalan dari Alva lagi.

Kalau itu punca Anaqi marah, apa pula punca kematian ibu bapa suami Alva. Mesti berkait juga.

"Mummy dan daddy meninggal akibat overdosed ubat tidur. Kejadian berlaku serentak. Saya sign surat, munmy dan daddy tengah makan,"

"Mummy dan daddy tak baca ke surat tu?" banyak betul benda yang Alva tak faham.

Mustahil Anaqi buat benda itu semua. Mummy dan daddy tak kena pukau. Yang kena, Anaqi seorang.

Anaqi ambil nafas. Dia senyum pula selepas itu. Seketika, pipi gebu Alva dicuit olehnya.

"Kami tak ada di meja makan. Dipendekkan cerita lagi, sampai rumah mereka pingsan. Meninggal serta merta. Harta saya diambil, orang tua saya hilang, pada malam yang sama,"

Dan itu penamat cerita malam ini. Sumpah Alva terdiam. Agak tragis dan agak mengelirukan.

Tak ada motif? Tak akanlah sebab harta semata?

Tawanan Hati Afeef Anaqi || [C]Where stories live. Discover now