THAA || 6

12.7K 1.1K 271
                                    

   "KAU,"
   "Hah?!"

Anaqi terkejut. Habis tersembur air yang diminum. Jujur katakan ini terlalu mengejut. Perjumpaan yang tak disangka lalu berubah menjadi serius. Mereka menjadi tumpuan orang ramai. Tindak balas Anaqi berjaya menarik minat pelanggan yang lain.

Alva ditemungnya kembali. Apa? Salah ke benda yang aku cuba sampaikan? Siapa suruh dia tanya siapa calon. Aku cakaplah dia. Memang betul. Aku nak dia aje sebagai calon aku. Dia nak ke, tak nak ke, itu aku tak kisah. Jawapan aku jujur dari hati. Alva fikir kembali akan soalan tadi. Rasanya semua elok. Tak ada salah di mana-mana bahagian.

Alva senyum, nampakkan barisan gigi. Kemudian matanya melilaukan pandang sekeliling. Takut amat bila dipandang sebegitu rupa. Tangan bergerak bersihkan air yang disembur tadi. Tapi mata Anaqi... tak lepas pandang Alva.

Janganlah buat orang rasa serba salah! Anaqi, kenapa pandang orang macam tu? Takutlah!

"Awak ada tersalah cakap ke?" Anaqi menyoal. Kali ini anak mata dia kecilkan pula.

Alva geleng. Tak. Mana ada tersalah cakap. Alva rasa maksud ayat tadi sudah terlalu jelas.

"Apa yang berlaku? Boleh saya tahu?" Soal Anaqi kembali.

Alva lepas keluhan berat. Pasti Anaqi mahu tahu punca dan Alva tak bersedia untuk menceritakan puncanya.

"Kau kena tolong aku. Aku takut. Aku tak nak kahwin dengan Tengku Adam. Ayahanda asyik paksa aku,"air mata mula menakung.

Bila teringatkan peristiwa lama, hati dimamah rasa sayu. Menjerat seseorang yang tidak pernah kenal untuk masuk ke dalam dunianya. Sungguh, kalau Alva jadi Anaqi pun dia akan fikir banyak kali.

Alva tahu dia salah.

Alva tahu perbuatan dia terlalu mendesak.

Alva juga tahu perkara ini tak sepatutnya berlaku.

Minta maaf! Tak bermaksud untuk tarik Anaqi sama.

Setitik, air mata Alva mula jatuh. Senyum tawar memandang Anaqi yang sedang menunggu penerangan.

"Boleh saya tahu kenapa ayahanda awak sanggup buat macam itu?"' Anaqi mula cuak. Ha sudah! Alva tiba-tiba menangis. Nak peluk,bukan isteri. Jadi, hanya mampu memandang.

Alva dipandang dengan serius.

"Alva Areeya, apa yang berlaku?" Nada Anaqi mula berubah menjadi tegas. Anaqi mahu penerangan.

Gusar hati melihat tindak balas spontan si wanita

"Ak..aku...aku takut..." itu sahaja yang terpacul dari mulut. Itu pun nadanya sudah dalam keadaan bergetar.

Hati tak kuat untuk memberitahu hal sebenar. Takut. Terlalu takut bila terbayang perkahwinannya bersama Tengku Adam.

"Awak takut apa?" Serius tak faham akam situasi sekarang. Wanita di depan menangis secara spontan. Diri diajak berkahwin tanpa sebarang penjelasan.

Tak faham.

"Aku sanggup buat apa saja asalkan kau setuju. Tolong aku untuk lindungi aku dari dia. Jaga aku dan aku akan jaga kau. Boleh ya?" Alva merayu lagi. Air mata semakin deras menuruni lurahnya.

Sungguh, Alva akan lakukan apa sahaja, asalkan bukan Tengku Adam bergelar suami. Berkahwin dengan Tengku Adam umpama tempah keranda untuk diri sendiri. Lelaki penuh agenda, kaki putar belit cerita.

Terdesak? Tidak dinafikan lagi, ya Alva terdesak. Anaqi cuma satu-satunya harapan di masa sekarang.

"Alva, saya ..." nampak Anaqi gelengkan kepalanya perlahan.

Tawanan Hati Afeef Anaqi || [C]Where stories live. Discover now