THAA || 15

12.1K 1K 199
                                    

TERATAK cinta, tengah hari.
Esok.

Mlihat masej yang dikirimkan oleh Datin Sri Ameelia, Tengku Adam mula ketakutan dicampur pula dengan perasaan risau. Perkara apa yang ingin dibincangkan? Melalui mesej yang dikirimkan, jelas kelihatan Datin Sri Ameelia bersikap dingin dengannya.

Selesai urusan bersama Dato' Sri Amran tadi, Tengku Adam terus pulang ke rumah. Pelbagai persoalan mula bermain di minda. Tidaklah hebat mana orangnya. Namum dia boleh buat apa-apa hanya disebabkan harta dan takhta.

Segala yang Tengku Adam ada semua atas bantuan orang lain dan bukan hasil titik peluhnya sendiri. Huh..sungguh memalukan. Persoalan demi persoalan timbul sehingga Tengku Adam akhirnya terhanyut dalam dunia mimpi bersama persoalan yang berlegar-legar di dalam ruangan fikiran.





SINARAN mentari menandakan diri perlu melalui hari yang baharu. Di mana hari ini akan berjumpa dengan Datin Sri Ameelia. Atas tujuan apa, itu tidak pasti. Terlalu mengantuk sehingga tidak sempat membalas pesanan Datin Sri Ameelia semalam.

"Kenapa aunty nak jumpa Adam?" Soal Tengku Adam. Tangannya yang dihulurkan untuk bersalaman dengan Datin Sri Ameelia ditepis oleh wanita separuh abad tersebut. Langsung tidak berminat untuk bersalam dengan lelaki bernama Tengku Adam Akhtar.

" Sampai pun kau. Ingatkan lama lagi nak biarkan kitaorang," ujar Adib yang baru sahaja turun tangga. Bersahaja! Malah siap dengan muka beku. Setipis senyuman langsung tidak ada.

Ini semua merupakan rancangannya bersama Datin Sri Ameelia. Mereka sengaja menjemput Tengku Adam untuk datang ke rumah mereka pada waktu makan tengah hari. Tanpa pengetahuan Dato' Sri Amran.

"Kau nak apa?" Dingin Tengku Adam membalas.

Sinis Adib memandang.

Adib dapat menangkap dalam nada dingin lelaki itu, adanya sedikit nada cuak.

"Kau ni kepada gelabah sangat? Rileks sudahlah," Adib tersenyum sinis di akhir ayat. Rancangannya kelihatan berjaya.

Ini Adib Afreen tau. Berani carilah masalah. Lagi-lagi masalah berkaitan adiknya, Alva.Memang mandul dia kerjakan. Adib ni nampak je baik tapi sebenarnya...

Hanya Adib yang tahu.

Tengku Adam diam berkutik. Pandangan tajam yang diberikan Adib langsung dibalas. Perasaan takut dikawal dengn riak acah kacak.

Posisi diambil oleh Adib. Duduknya dilabuhkan di salah sebuah kerusi.

"Tengku Adam Akhtar," Datin Sri Ameelia memanggil. Otak sedaya upaya memastikan supaya pelam yang dirancang bersama Adib berjalan lancar.

"Ya," tergetar suara Tengku Adam membalas.

Cuak!

"Aunty nak tanya kamu ni," ujar Datin Sri Ameelia bersama senyuman yang dibuat buat. Adib disebelah mula melakukan tugasnya.

Talefon dibuka dan audio recording mula dirakamkan.

"Adam jujur dengan aunty. Aunty tak suka orang yang menipu," serius suara Datin Sri Ameelia.

Tengku Adam mengangguk laju. Perasaan gugup mula menguasai diri. Dada berombak kencang. Sempat Tengku Adam membetulkan duduknya sebelum kembali fokus dengan Datin Sri Ameelia.

"Betul ke Eeya kata Adam pernah sentuh dia?" Soal Datin Sri Ameelia. Perkataan sentuh ditekankan supaya jelas kedengaran. Takut-takut Tengku Adam pekak pula.

Riak muka Tengku Adam berubah. Cepat-cepat dia naturalkan kembali. Adib perasan namun dia buat tak endah.

"Mana ada aunty," balas Tengku Adam dengan yakin. Tak akan nak mengaku pula. Memang tak akan.

"Betul ni Adam tak tipu? Aunty ada ilmu hitam, boleh baca sama ada orang tipu atau tidak," Datin Sri Ameelia mengangkat keningnya. Sengaja ingin menguji sejauh mana penipuan Tengku Adam berjalan.

Berkaitan ilmu hitam, sengaja mahu menambahkan rasa takut buat Tengku Adam. Adib tahan tawa.

Bonda, waktu macam ini pun masih nak selit jenaka.

Riak muka Tengku Adam jelas menampakkan yang dia sedang menipu. Datin Sri Ameelia sudah tersenyum puas di dalam hati. Tidaklah bijak mana orang nama Adam ni. Setakat menggunakan orang atasan demi duit. Ramai orang boleh buat.

"Bukan salah Adam aunty. Adam tak salah," Tengku Adam cuba untuk menjadi mangsa keadaan.

"Adam jangan cuba tipu aunty lagi!" Tegas Datin Sri Ameelia.

Bergema seluruh kawasan dengan suaranya.

"Adam minta maaf aunty. Adam gunakan Alva. Adam tak pernah sukakan Alva apatah lagi cinta. Adam minta maaf aunty. Tapi itu dulu. Sekarang Adam betul-betul cintakan Alva. Adam minta maaf," Tengku Adam duduk melutut di hadapan Datin Sri Ameelia.

Meyakinkam bahawa dirinya benar-benar cintakan Alva. Padahal, itu semua dusta semata!

Air mata Datin Sri Ameelia mengalir. Mana mungkin orang mampu menipu dirinya. Taktik yang digunakan sentiasa tepat. Titik demi titik air matanya jatuh. Tepat pada baju yang dipakai. Benarlah anaknya tak sesempurna orang lain. Sekarang ini juga terlalu bencikan Tengku Adam. Hati ibu mana tak terobek apabila perkara yang dianggap tidak akan berlaku, belaku.

"Adam cintakan Alva aunty. Adam tak boleh hidup tanpa Alva. Hati Adam betul-betul untuk Alva," tipu Tengku Adam. Semua ayat yang digunakan semata-mata untuk mengaburi Datin Sri Ameelia.

Datin Sri Ameelia tersenyum senget. Tahu sangat yang Tengku Adam sedang menipu.

"Lelaki tak guna!"

Pang!

Satu tamparan hinggap di pipi Tengku Adam. Pijar rasanya.

"Kau tahu tak sebab kau anak aku jadi macam itu. Disebabkan dia baik dulu, kau gunakan dia. Dia hilang semangat. Kau ingat aku tak tahu? Walaupun anak aku tak pernah beritahu aku, takkanlah aku sebagai mak tak nampak perubahan pada dia. Jelas menampakkan kebodohan aku kalau aku tak tahu. Sekarang ni dia dah kahwin kau sibuk nak kacau dia?" Bersama nafas yang cuba dikawal, air mata dilap laju.

Dasar lelaki murahan!

"Dengar sini, kau bukan calon menantu yang aku impikan. Dan aku, tak pernah menyesal jadikan Anaqi sebagai menantu aku!" Datin Sri Ameelia makin melenting. Sudah lama memendam perasaan tentang perkara ini. Tinggal tunggu masa sahaja.

Masanya sekarang.

Bagus bonda! Marah lagi. Biar si Adam ni sedar diri yang dia tak sehebat mana. Bonda lagi hebat. Adib senyum sinis seraya hati bersorak. Bersorak melihat Tengku Adam tumpas di tangan Datin Sri Ameelia.

Kalaulah Dato' Sri Amran ada di sini, memang lunyai Tengku Adam dikerjakan. Nasib segala bukti telah dirakam oleh Adib. Bijak perancangan dua beranak ini. Tinggal tunggu masa, kebenaran akan terbongkar. Kebenaran yang menyakitkan tapi itulah kenyataan. Harus menerima bahawa kebaikan tak dapat diwarisi. Sama juga seperti iman.

Dinda jangan marah marah...
Takut nanti lekas tua...

Deringan ringtone telefon milik Adib telah membuatkan keadaan yang panas tadi diam seketika. Mata Datin Sri Ameelia memandang Adib. Siapa pula yang talefon tiba-tiba.

"Weh, sayang!" Entah macam mana boleh pula Adib tertekan butang pembedar suara. Mukanya memerah menahan malu.

Kawal riak muka, Adib!

"Kenapa call aku Ameera?" Adib cuba mengawal suaranya.

"Puan Alva!" Jerit Ameera di hujung talian.

"Kenapa dengan Puan Alva?"

Cemas.

"Dia..."

Tawanan Hati Afeef Anaqi || [C]Where stories live. Discover now