THAA || 10

13.1K 1.1K 145
                                    

   HUJAN renyai-renyai mula membasahi bumi. Air hujan yang tak henti turun dipandang sayu. Dengan sekelip mata, status diri berubah. Bukan lagi gelaran cik yang disandang. Sebaliknya, puan.

Puan Alva Areeya. Dengar macam kekok tapi ini hanya diperawalan.

Tak lupa juga, dengan sekelip mata, Dato' Sri Amran tidak lagi menganggap Alva sebagai salah seorang ahli keluarga ini. Semua yang menjadi kepunyaa Alva, hilang sekelip mata. Ibarat orang yang baru lahir dan tidak mempunyai apa-apa.

Sedih? Sudah tentu. Cuba katakan siapa yang tak akan bersedih bila diperlakukan begini. Alva cuba menepis tapi tetap kalah. Perasaan sedih mengawal diri untuk hari ini.

Orang lain kalau kahwin gembira. Alva, kahwin perasaan bercampur baur. Sekejap gembira, sekejap lagi pula rasa sedih. Bergilir-gilir perasaan itu muncul.

Pun begitu, jauh dari sudut hati, Alva menanjatkan rasa syukur yang tak terhingga. Bukan Tengku Adam melafazkan nama Alva tatkala nikah tadi. Alva bukan hak milik lelaki itu.

Menerima indah kehadiran Anaqi. Bila mana kata sah disebut maka di situ Alva sedar, fokusnya sekarang hanya untuk Anaqi. Keberadaan Alva adalah wajib di sisi Anaqi.

Selamat tinggal masa lampau, selamat datang masa hadapan.

"Uncle minta maaf Adam. Adam jangan risau tau. Uncle tetap sayang Adam," ujar Dato' Sri Amran. Tangannya mengusap bahu jejaka tersebut.

Alva sekadar menjadi pendengar setia disebalik tembok yang ada dalam masjid. Badan disorokkan sikit seraya ekor mata memerhati gerak geri manusia di balik tembok. Serius, tak tahu apa motif Dato' Sri Amran jemput Tengku Adam ke mari.

Sengaja nak bagi lihat Alva berpindah milik? Atapun sengaja nak tambah bara yang ada di dalam diri jejaka tersebut?

Tujuh hari berlalu. Segalanya berubah secara drastik. Hubungan Alva dan Dato' Sri Amran tak ubah seperti musuh. Dato' Sri Amran lalu depan Alva, Alva pusing ke belakang. Sanggup guna jalan jauh daripada terserempak. Situasi dingin semedang. Bercakap tidak. Bergurau senda? Lagilah tidak.

Soal pernikahan, semuanya Alva yang uruskan bersama Anaqi. Dari awal hingga akhir. Nak daftar ini lagi, itu lagi, semuanya nak kena cepat. Terkejar-kejar Alva dan Anaqi lakukan semua benda.

Pinta Alva hanya satu. Alva mahu Dato' Sri Amran datang ke majlis akad nikahnya. Serahkan Alva dengan cara baik. Lepaskan seorang Alva Areeya kepada Afeef Anaqi dengan cara baik sebelum Alva sendiri yang tinggalkan keadaan sekarang.

Ya Alva sedih. Bila mana Alva sedar dia dilayan seperti orang asing oleh ayahanda sendiri. Tubuh ibarat ditolak ke pinggir bila nampak Dato' Sri Amran mula bergurau senda bersama Adib. Sedangkan bila dengan Alva, Dato' Sri Amran sekadar diam tanpa riak dan suara.

"Awak buat apa belakang tiang ni?" Soal Anaqi tiba- tiba.

Laju Alva meletakkan jari telunjuknya dibibir. Faham dengan isyarat isteri, Anaqi juga turut berdiam diri.

"Mari pergi,"

Sudah. Alva menarik tangan Anaqi untuk pergi dari posisi. Perkara yang Dato' Sri Amran dan Tengku Adam bincangkan terlaku sakit untuk mereka dengar. Dua-dua tak boleh bergerak seiring dengan realiti. Sibuk membayangkan betapa indahnya andai pengantin lelaki itu bukan Anaqi.




  "EEYA, bonda balik dulu . Jaga diri baik-baik. Jangan lawan cakap suami. Jangan keras kepala sangat. Lagi satu, tukar nama panggilan. Bonda tak suka, " Alva tawa mendengar amaran dari bonda.

Alamak, baru nak tunjuk ganas dah kena amaran. Sabarlah bonda tengah fikir nak panggil apa.

"Anaqi, bonda balik dulu. Apa-apa, minta dengan bonda. Jangan malu-malu," Anaqi hanya mengangguk.

Tawanan Hati Afeef Anaqi || [C]Where stories live. Discover now