THAA || 7

11.9K 1K 250
                                    

   PEJAM celik, pejam celik, kini hari yang dinanti-nantikan menjelang tiba. Hari yang menentukan segalanya. Hari di mana diri harus berhadapan dengan orang tua pihak sana. Debaran kian terasa. Rentak sama kencang dengan degupan jantung.. Perasaan bercampur baur.

Takut.

Gementar.

Gelisah.

Semuanya disatukan menjadi satu adunan lengkap.

Gembira. Sudah semestinya.

Tarik nafas, lepas.

Massage dari Alva dibuka. Bibirnya tersenyum membaca pesanan tersebut.

5 Massages from SAYANG ANAQI

*live location
Nanti datang alamat ni tau.
Jangan lambat. Ayahanda dengan bonda tak suka orang lambat.
Hati-hati bawa motor.
Jumpa nanti.

Tersenyum sendiri Anaqi di situ. Comel!

Okey awak, saya cuba untuk tak
lambat.
Tunggu saya.



Hantar pesanan tersebut.

Okay!

Anaqi menutup kembali talefonnya. Muka ditepuk berkali. Cuba untuk bangun ke alam realiti. Tak bermimpi bahawa bakal menjadi seorang suami kepada wanita yang dicintai. Hakikatnya bukan tak suka dan bukannya tidak mahu memulakan langkah pertama. Apakan daya. Siapalah dirinya. Hanya seorang penghantar makanan. Tak layak bersama Alva yang tinggi posisi.

Cinta tak setaraf atau lebih tepatnya.

"Anaqi, kau betul ke? Tak takut ke apa pandangan keluarga dia nanti? Aku bukan nak rendahkan kerja kita, kau pun tahu kan kita macam mana? Kau yakin dengan keputusan kau ni?" Soal Amin bertalu-talu. Bimbang jika Anaqi dimalukan oleh keluarga tersebut.

Anaqi tarik nafas panjang. Perlahan-lahan dihempuskan kembali. Senyum. Kepalanya menganguk sahaja. Yakin. Malah, Anaqi sudah terima jika dia bukanlah pilihan keluarga itu. Nekadnya hanya satu,
mahu memperisterikan Alva. Sekali melangkah, tidak akan patah ke kembali.

"Aku sedar kita siapa. Aku tahu aku siapa. Tapi aku kena buat demi keselamatan Alva. Aku tak nak dia dalam bahaya. Biar pun aku tak mampu berikan dia kebahagian melalui duit. Biarlah aku bagi kebahagian kepada dia melalui kasih sayang. Biar aku sayang dia macam mana orang lain tak pernah sayang dia. Aku terima dia seadanya Min." Tenang Anaqi menjawab soalan tersebut.

"Kau tak rasa ke Alva nak gunakan kau?"

"Demi apa dia nak gunakan aku? Aku duit pun tak ada. Harta? Tambah tak ada. Aku hanya ada kau. Takkan dia nak kau?"

Amin tawa. Kalau mahu bercanda, rasa ini bukan masa yang sesuai. Soalannya serius. Jujur kata, keluarga di pihak sana orang berada. Mahu dibandingkan dengan taraf mereka, lain kedudukannya. Cuma... penghantar makanan.

"Aku sentiasa ada dengan kau Anaqi. Aku sayang kau. Kau kawan aku sampai bila-bila. Kalau perlukan aku, beritahu aje. Aku tak nak kau dipergunakan. Kau penting untuk aku," Amin berkata sayu.

Pandang Anaqi di depan bersama senyum dilorekkan. Bahu sahabat ditepuk perlahan. Persahabatan ini melebihi segalanya. Kadangkala teman adalah tempat ternyaman berbanding sesiapa. Biarpun mereka bukan sedarah, persamaan yang kuat akan membentuk rasa sayang yang tinggi.

"Mestilah. Hidup ni kalau boleh susahkan kau buat apa aku nak susahkan diri aku sendiri," Anaqi tertawa halus dihujung ayat. Sama seperti Amin.

"Kau tak kerja ke?" Soal Anaqi

"Rilek dulu," kata Amin sambil jejarinya lincah bermain di papan kekunci telefon. Membalas pesanan seseorang mungkin.

"Nanti kalau dah kahwin kau nak tinggal di mana Anaqi?" soalan spontan dari Amin buat Anaqi.

Tawanan Hati Afeef Anaqi || [C]Where stories live. Discover now