THAA || 35

12.8K 1.1K 342
                                    

-[ Pengakhiran hidup sebenar adalah kematian]-

   "SAYA minta maaf encik, tuhan lebih menyayangi dia. Kami tak dapat selamatkan keduanya," doktor itu berkata lancar.

Keduanya? Ini bererti kehilangan anak dan isteri sekali gus?

Pantas sekali realiti menghukum diri. Adakah ini hukuman kerana tak pertahankan suatu masa dahulu?

Oh dunia, kau kejam! Kau ambil orang yang aku sayang sekali gus.

Apa benar dunia tak bisa melihat kebahagiaan manusia lain? Apa benar dunia ini sikapnya pentingkan diri sendiri?

Di saat pasangan lain gembira atas kelahiran yang dinanti, ini bahagian seorang Afeef Anaqi?

Oh dunia lagi, aku tahu kau tahu di mana aku dan dia pernah ditakdirkan untuk bersama suatu tika dahulu. Tapi engkau! Engkau yang menghalang hebat. Kau pisahkan jasad kami.

Namun, itu di realiti. Sekarang? Kau pisahkan kami melalui alam.

Kau memang kejam!

Anaqi diam seribu bahasa. Diri umpama terhenyak dek realiti yang sangat sakit.

Dua kali, diri kehilangan si dia. Soalan demi soalan meninggalkan ruangan fikiran.

Perginya si tawanan hati, maka dia juga terkandas di masa lampau. Seorang yang berjaya buat diri tak senang duduk, hayal setiap masa. Senyum wanita itu penuh dengan keindahan realiti. Berada di sampingnya ibarat semangat.  Kebahagian dalam dirinya hilang. Senyum di bibir serta-merta mati.

Alva Areeya, dia bukan beban tapi dia penyuluh semangat.

Alva Areeya, dialah orangnya. Dua patah nama yang dilafazkan sewaktu akad nikah.

Sifat manjanya, penyayangnya , lemah lembutnya, seorang yang sangat taat dengan apa yang disuruh. Dunia seakan-akan  berhenti berputar. Hati tetap menafikan apa yang berlaku.

Betulkan  apa yang didengar? Tak...tak mungkin Alva sanggup tinggalkan Anaqi. Masih tidak dapat menerima realiti.

Biarpun luaran Anaqi kelihatan tenang namun di dalam hati, hanya dia yang tahu. Perilaku Alva serta merta menerpa bingkai pandangan. Kenyataan yang perit untuk ditelan.

"Sila ikut saya encik," arah doktor tersebut. Usai lama membiarkan Anaqi mengamati perasaannya.

Tanpa banyak bicara, Anaqi hanya mengikut. Lututnya tergetar setibanya tiba dihadapan katil di dalam wad yang menempatkan arwah si isteri. Digagahkan jua untuk berdiri miskipun lutut Anaqi di kala ni tersangatlah lemah.

Dipandang muka suci bersih itu, bersih tanpa sebarang cela. Anaqi terkaku. Bermula dari hari ini, dia hilang segalanya, hilang wanita yang amat dicintai. Sungguh sekejap masa berlalu. Perlahan, air matanya mengalir. Tak kuat untuk menahan apa yang berlaku.

"Sayang Anaqi, bangunlah. Kenapa tinggalkan saya? Sampai hati awak tinggalkan saya tanpa sebarang pesanan. Saya...saya..." Percakapan turut terhenti. Kepalanya tertunduk memandang lantai hospital.

Bangun sayang, jangan buat saya terseksa. Saya tunggu awak. Bangunlah...

Hati merayu hebat. Air mata giat mengalir. Sukar, tapi ini nyata.

Tawanan Hati Afeef Anaqi || [C]Where stories live. Discover now