THAA || 9

11.5K 1K 367
                                    

   "AYAHANDA tak setuju!" Seluruh ruangan rumah bergema dengan teriakan Dato' Sri Amran. Marah betul nampaknya. Tangan dicekakkan ke pinggang. Dia kini berada ditengah ruang tamu dikelilingi anak dan isterinya.

Perbincangan belum selesai nampaknya. Sangkanya sudah habis, ternyata malam ini Dato' Sri Amran mahu berbincang lagi.

"Yang awak tak setuju sangat ni kenapa?" Soal Datin Sri Ameelia. Dah kenapa suaminya ni nak marah-marah. Fikir seperti dia sorang sahaja ada perasaan marah.

Alva duduk memandang lantai. Adib di sebelah juga tidak dipandang. Jujur, perasaan sikit takut dengan Dato' Sri Amran sekarang. Siang tadi mungkin Alva bertingkah hebat tapi tidak pada malam hari. Dato' Sri Amran yang ada di depan Alva sekarang seolah bukan susuk tubuh yang Alva kenal.

Sangat berbeza. Lentingannya terlalu tinggi. Pandangan mata penuh dengan kebencian. Air mata, tolong jangan keluar. Harus hadap keberanan yang menyakitkan.

"Ayahanda, duduklah. Mesti Eeya ada sebab tersendiri," Adib cuba menenangkan keadaan Dato' Sri Amran yang semakin menggila. Barangkali takut jika lelaki tua itu terlalu mengikut perasaan, mungkin akan ada barang yang pecah dalam rumah ini.

"Sebab? Sebab apa? Eeya tak malu ke? Haritu dah malukan ayahanda depan keluarga Tengku Adam. Sekarang nak kahwin dengan lelaki asing. Ayahanda buat sebab ayahanda sayang Eeya. Fikirlah Eeya, susah sangat ke nak terima benda ni. Ayahanda tak kenal dia, Eeya!" Marah Dato' Sri Amran, lagi.

Lidah Alva berubah kelu. Segala ayat yang disusun atur dalam fikiran hilang secara mengejut. Balik-balik Tengku Adam. Cuma dia sajalah yang indah sekarang.

"Kenapa sayang? Kenapa buat keputusan macam ini?" Soal Datin Sri Ameelia.

Nadanya tenang dan lembut.

"Sebab Eeya tak suka Tengku Adam. Disebabkan dia, Eeya benci dengan orang. Eeya trauma dengan dia," Alva membalas . Di titik ini, digagahkan jua diri untuk memandang muka bengis Dato' Sri Amran. Air mata yang mengalir dibiarkan. Biar ayahandanya melihat keadaannya.

Sedari Alva, sebenarnya air mata sudah perlahan-lahan turun.

"Apa yang dia buat?" Dato' Sri Amran menduga. Senyum senget diberikan.

"Dia... dia... dia..." tak terluah katanya. Alva matikan ayat.

"Dia apa?!" Alva dijerkah lagi. Tubuh terdorong sikit ke belakang dek terkejut.

Pejamkan mata sekali gus peristiwa hitam itu datang. Belaian Tengku Adam, taktik yang pernah Tengku Adam gunakan. Tubuh terasa geli dengan semua benda. Alva sendiri pun tak sanggup nak rasa apatah lagi bila teringat segala kenangan lama. Di detik Alva sendiri yang merelakan, lagi mengunung tinggi level kegelian yang dapat dirasakan.

Jangan ingat dan jangan datang lagi.

"Sebab dia dah pernah rogol Eeya!" Lantang Adib bersuara bagi pihak si adik.

"Adib!" Mulut Alva bersifat refleks. Bergegar rumah tatkala Alva memanggil dia. Gelengan kepala Alva berikan.

Lambat! Kenyataan terbongkar begitu saja. Menahan amarah, Alva alih pandang terhadap Adib. Air mata makin giat turun.

Kenapa beritahu?! Kata mahu berjanji.

Berani, Adib balas balik pandangan si adik. Bibirnya terjungkut sikit ke atas. Anak matanya cemerlung memandang Alva.

"Aku pertahankan kau, Eeya! Jangan sesekali cabar aku. Jangan terlalu berdiam diri. Tolong jadi orang yang sanggup bersuara demi diri sendiri. Kadang-kadang, kita kena rosakkan janji demi kebenaran, Alva Areeya!" Alva dimarahi Adib.

Tawanan Hati Afeef Anaqi || [C]Where stories live. Discover now