THAA || 3

12.3K 1.1K 126
                                    

"EEYA oh Eeya! Buka pintu ni," pintu bilik diketuk dengan kuat oleh Datin Sri Ameelia.

Alva mempisat-pisat matanya apabila mendengar ketukan. Sekarang jam berapa? Tidur terlalu lama sampai tak sedar hati sudah pagi.

Jam didinding dikerling sekilas. Nak kata kerja, hari ini hujung minggu. Baru jam lapan pagi. Dengan langkah yang lemah longlai, Alva berjalan ke arah pintu. Pintu dibuka. Sebaik sahaja pintu dibuka, terserlah wajah bonda dan ayahanda. Kedua mereka tampak cemas.

"Ya Allah budak ini. Masih dengan baju kerja? Tak mandi ke Eeya?"

Ops... mana sempat nak mandi. Malam semalam sejak kejadian itu Alva terus lelapkan mata. Balik pun sudah jam berapa. Sekarang baru bangun. Itupun sebab terkejut dengan ketukan tadi.

Perlahan, Alva menggeleng.

"Kenapa pagi-pagi ketuk pintu Eeya macam nak roboh ni bonda, ayahanda?" Dengan perasaan separa mamai Alva bertanya.

Mereka diam sejenak. Sama-sama berpandangan sesama sendiri. Hairan. Selalunya tak ada pun aksi begini. Agak pelik sebenarnya. Ibarat ada yang mereka mahu sampaikan tapi tak terungkap.

"Kalau tak ada apa-apa, Eeya nak sambung tidur,"

"Sekejap," pergelangan tangan Alva ditarik oleh Datin Sri Ameelia.

"Eeya, Tengku Adam datang dengan famili dia," Datin Sri Ameelia bersuara.

"Diaorang kata nak masuk meminang," sambung Dato' Sri Amran.

Bala apa lagi sekarang. Tak cukup ke dengan drama semalam? Hari ini datang lagi dengan satu drama murahan. Aduh, penat betullah. Baru nak tenangkan fikiran, muncul balik. Kan sudah ditebak Tengku Adam memang ada agenda lain. Tak boleh uruskan seorang diri, bertindak bawa kroni. Mak ayah dia pun satu, ikut sangat cakap anak kesayangan.

Alva garu sisi kepala. Memandang Dato' Sri Amran dan Datin Sri Ameelia bersilih ganti.

Adib berlari menaiki tangga. Pintu bilik adiknya menjadi sasaran utama. Tercungap-cungap Adib bernafas.

"Apa kes ni? Adib?" Tanya Alva lagi.

Adib angkat bahu. Juga terkejut dengan kehadiran Tengku Adam bersama keluarganya. Adib tahu ini adalah salah satu permainan kotor yang cuba Tengku Adam lalukan. Agaknya, Alva akan menerima pinangan darinya.

"Tak nak ayahanda, bonda. Eeya tak nak!" Bantah Alva. Wajah kedua orang tua dipandang dengan penuh simpati.. Jawapan negetif dari sang adik.

"Kami tak paksa tapi Eeya kena turun untuk beritahu dia orang sendiri," ujar Dato' Sri Amran. Datin Sri Ameelia dan Adib menganggukkan kepala. Bersetuju dengan pernyataan Dato' Sri Amran.

"Iyalah, Eeya turun," Alva mengambil tudung dan cardigan yang berada di belakang pintu.

Dengan wajah bengis, Alva mula menyarungkan tudungnya. Langkah dihayun dengan laju menuju ke arah ruang tamu yang berada di tingkat bawah. Cepat bertindak, lebih cepat perkara akan selesai. Tengoklah apa yang akan berlaku.

Maaf, tidak untuk kali kedua.

Hati ini kecil besar, kecik besar aje tau. Sudahlah kacau pagi orang. Memang tempah penampar sulung Alva Areeya betul lelaki tak guna ni. Amuk Alva dalam hati. Habis semua sumpah seranah dikeluarkan.

Panas hati tiada siapa yang tahu. Ini sudah melampau! Tengku Adam menggunakan cara kotor! Awal-awal lagi Alva sudah agam akan ada sesuatu yang tak kena dengan Tengku Adam. Tak akanlah semudah itu menyerah. Melalui percakapan Tengku Adam semalam sudah menampakkan yang akan ada lagi permainan darinya.

Tak faham betul Alva dengan perangai Tengku Adam. Complicated kalah perempuan. Itulah, inilah, berpusing. Alva yang perempuan pun tak sepening Tengku Adam. Kalah sinetron dia punya putar belit. Memang taklah Alva nak terima pinangannya. Apa dia ingat, Alva mudah-mudah aje nak masuk perangkap dia.

Tawanan Hati Afeef Anaqi || [C]Where stories live. Discover now