THAA || 11

12.7K 1.1K 131
                                    

   SATU malam berlalu. Bagi Alva, tak ada apa yang istemewa selain dapat tidur dalam pelukan. Ada juga beberapa ketika Alva terganggung dek kerana tidur beralaskan tilam nipis. Sebelum ini mana pernah. Cuma tilam empuk dan tebal menjadi sokongan tulng belakang. Ada juga ketika, kenangan hitam itu datang tiba tanpa dipinta.

Bagasi di hadapan dipandang tanpa perasaan. Asyik berfikir baju apa yang sesuai untuk dipakai. Entah macam mana Alva boleh lupa untuk bawa baju formal yang sepatutnya dipakai pada hari ini.

Baju formal, acara formal. Sesuai dengan acara yang bakal diadakan pada hari ini. Acara hanya biasa-biasa bahkan tidak ada sesiapa yang tahu tentang peletakan jawatannya sebagai CEO di AA Holding. Ameera sudah tahu akan perkara tersebut. Dia juga diminta menyimpan segala barangan penting Alva.

Sebenarnya kalau ikutkan hati, Alva nak datang dan kemas sendiri tapi entah mangapa Alva sendiri yang ambil keputusan untuk minta Ameera kemaskan. Barangkali rasa takut andai lagi lama di situ, makin banyak drama air mata tak berbayar.

"Nak pakai baju apa ni?" Takala bagasi dibuka, habis semua baju diselongkarkan. Hanya baju tidur dan baju biasa yang ada.

"Tak akan nak balik ambil baju. Tak payah cari fasal. Kalau terserempak dengan ayahanda macam mana," mahu balik? Tidak sama sekali. Posisi Alva cuma kosong di sisi Dato' Sri Amran. Bahkan lelaki tua itu tidak mengenali anaknya pun. Barangkali andai Alva pulang, dia diusir dari tempat tinggalmya sendiri. Mahu jejakkan kaki ke rumah agam itu tapi Alva tak boleh.

Dek kerana tidak mahu terus dibenci oleh ayah sendiri, Alva rela keluar dari rumah keluarga. Walaupun hakikatnya Alva memang sudah dibenci sejak hari dia memutuskan katanya. Pelik bukan sikap manusia ini. Harta dan darjat merupakan perkara yang terlalu tinggi dalam hidup. Misalnya tengoklah sekarang. Anak dibuang, orang lain disanjung. Dunia memang dunia. Tak pernah bersikap adil dan kerana itulah dunia ini sebenarnya hanya tempat persinggahan. Dan barangsiapa menganggap bahawa dunia ini segalanya, mereka seorang yang sia-sia tanpa sedar.

Tiba tiba satu idea bernas muncul di benak fikiran . Lantas telefon di lantai dicapai. Lalu nombor si abang didail.

"Abangku tersayang, tolong ambilkan baju aku, sekali dengan blazer," tak ada salam , terus arahan dikeluarkan. Kalau ditanya sekarang, memang tidaklah Alva nak panggil Adib dengan gerangan sebegitu. Nak membodek punya hal, terpaksa direlakan sang lidah untuk bersuara.

" Eeya, aku dah sampai AA Holding. Nak balik kau tapi tahukan jalan sesak macam mana?" kata Adib di hujung talian.

Hump, hampa! Alva lepas nafas berat.

Sekarang macam mana? Awal pula Adib sampai. Ingatkan masih lagi di rumah. Baru jam sebelas, tak akanlah seawal itu Adib keluar. Mungkin ada hal lain juga. Entah... Alva tak tahu.

Awal sangat Alva, jam 11 pagi sudah. Makin tak keruan dibuatnya. Dahi berkerut seribu memikirkan cara untuk berpakaian pada hari bersejarah . Kemudian nama bonda tersayang berlayar dalam fikiran dan pasti bonda itu ada di rumah.

"Bonda mana? Boleh tak minta bonda hantarkan?"

"Maaf Eeya bonda sibuk," hampa lagi seorang Alva Areeya. Kerutan dahi mengendur. Sudah tiada harapan nampaknya. Malang betul diri pada hari ini. Hari yang sepatutnya hadir sebagai hari yang bermakna namun dimulakan dengan kehampaan.

"Ayahanda ada dekat rumah?" Lama kelamaan, Alva menyoal kembali.

"Ada, dengan Tengku Adam,"

Haih Tengku Adam, makin rapat pula dengan Dato' Sri Amran apa kes. Dah dianggap anak anggat sama taraf atau bagaimana. Bukan main lagi datang hari ini. Keakraban mereka mejadi tanda tanya. Ke mana saja pergi mesti kena bersama.

Tawanan Hati Afeef Anaqi || [C]Where stories live. Discover now