THAA || 30

13.3K 1K 79
                                    

   "ASSALAMUALAIKUM," laung seseorang dari luar rumah.

Perbuatan mereka terhenti. Pandang ke arah pintu.

Adib sudah tersenyum. Dari senyumnya,  senyuman itu melambangkan seperti dia tahu apa yang bakal berlaku.

Sama seperti yang lain, mata mereka teralih ke arah tetamu yang hadir.

Tengku Adam Akhtar...

Siapa jemput?

Alva alihkan pandangan.  Apa lagi yang dia mahukan? Tak cukup ke menghilangkan diri beberapa bulan. Lari dari segala benda yang dihadapi. Alva tak faham, kehadiran Tengku Adam penuh dengan tanda tanya.

Alva bangun, pinggan diambil. Mahu duduk dibahagian dapur. Hilang selera mahu makan.

Adib juga bangun, meninggalkan semua yang ada di ruang makan.

Tindakannya hanya Alva perhatikan dari ruang dapur. Tak bermaya untuk teruskan menatap.

Tak larat.

Yang lain kekal di kedudukan . Meneruskan suapan dengan sedikit pantas. Cuba mentafsir kehadiran Tengku Adam ke mari.

"Sayang Anaqi kenapa? Dah habis makan? Nak muntah? Pening? Penat?" Tegur Anaqi.

Anaqi melangkah dekati Alva. Dahi si isteri disentuhnya. Alva alihkan.

"Tak adalah. Saja nak duduk dapur," Alva balas seraya senyum tawar.

"Saya nak pergi letak pinggan sekejap, nanti kita ke depan sama-sama. Adib minta tadi," Anaqi pergi ke singki. Pinggan diletakkan di dalamnya.

Huh... Alva lepas keluhan berat. Apa pula kali ni. Kenapa Adib minta mereka ke hadapan. Bercakap sajalah dengan tetamu yang hadir. Alva tak mahu.

Alva tak nak timbulkan amarahnya lahi. Tolonglah faham perasaan. Emosi tak stabil.





   "DUDUKLAH," pelawa Adib mesra tetapi dalam mesranya ada terselit nada sinis. Tengku Adam akur. Langkah di hala ke arah sofa ruang tamu. Punggung dilabuhkan tanpa sebarang bicara.

"Bawak Nasreen dengan anak-anak dia masuk," arah Adib kepada pengawal rumah mereka yang mengiringi Tengku Adam sebentar tadi.

Tatkala Nasreen dan anak anaknya masuk ke dalam rumah, Ahwas dan Naileen pantas mendapatkan Tengku Adam.

Tengku Adam kaku. Nasreen pula mengambil tempat di sebelah Tengku Adam. Wajah Tengku Adam  langsung tidak dipandang.

"Abi pergi mana? Kenapa abi tinggalkan Naileen dengan abang?" Soal Naileen. Matanya turut berkaca. Badan Tengku Adam dipeluk seerat mungkin oleh dua beradik itu. Rindu yang lama dipendam akhirnya terlepas jua.

"Abi minta maaf, ya?" Mudah dan ringkas jawapan yang diberikan Tengku Adam.

Ahwaz dan Naileen hanya menganggukkan kepala mereka. Air mata mereka berdua diseka oleh Tengku Adam. Mereka juga satu hal, mudah  betul memaafkan orang. Drama yang dari tadi  berlaku didepan mata dipandang kosong oleh mereka yang berada di meja makan. Orang tengah makan, boleh pula lakukan drama murahan.

Adib sekadar biarkan apa yang berlaku. Tahulah dia apa yang perlu dilakukan nanti. Bakal merungkaikan segala benda. Hari ini.

Sekarang, biar Tengku Adam berjejak kasih dengan dua orang anaknya.

Perbuatan dilajukan sebelum mereka ke arah  ruang tamu yang menempatkan Tengku Adam dan keluarga. Semua berwajah dingin kecuali Adib. Hanya sinar kesinisan yang terpancar di wajah lelaki tersebut. Sungguh sinis. Membayangkan ada satu perkara yang bakal menggemparkan terjadi tak lama lagi.

Tawanan Hati Afeef Anaqi || [C]Where stories live. Discover now