THAA || 19

11K 1K 187
                                    

   MAHU luruh jantung Datin Sri Ameelia mendengar ayat yang dilontarkan Adib. Penat mereka berdua mengatur strategi untuk mencari bahan bukti namun semuanya hilang dalam sekelip mata.

Dato' Sri Amran sudah tersenyum kemenangan.Datin Sri Ameelia pula pantas bergerak ke arah Adib. Tak kan hilang kut?

"Cari elok-elok Afreen. Penat kita buat," bisik Datin Sri Ameelia.

Telefon di tangan Adib dirampas. Air mata seorang ibu juga ingin mengalir di titik ini. Usahanya gagal.

Maafkan bonda Eeya. Bonda gagal simpan bukti. Telefon sang anak digeledah dengan lebih dalam. Setiap aplikasi dibuka dan maklumat cuba untuk dicari. Tatkala semuanya dibuka, bukti langsung tak ada.

Berpatah balik pada aplikasi tadi, rakaman suara yang ada didengar. Takut-takut ada tapi cuba Adib yang tak jumpa. Satu persatu didengar dengan teliti.

Malang, rakaman itu seperti tak pernah dirakam. Hilang tanpa hala tuju. Linangan semakin peluh. Cecair putih jernih jatuh menyelusuri alur pipi.

Hilang... betul. Mereka sendiri yang dengar semua benda di siang hari. Telefon berubah milik. Badan disandarkan lemah. Bila mata Datin Sri Ameelia bertemu rapat dengan tubuh si suami, sinisan terukir.

"Afreen minta maaf. Ini semua berpunca sebab Ameera call," hampa suara Adib.

Adib lupa. Rakaman akan dimatikan serta merta sekiranya ada orang membuat panggilan. Disebabkan itulah, rakaman suara Tengku Adam hilang.

"Lain kali tak payah nak tuduh melulu. Kan dah terkena. Suka sangat tuduh Adam yang bukan-bukan," Heh!" Sinis suara Dato' Sri Amran.

Adib dan Datin Sri Ameelia hilang kata-kata. Tak ada apa yang dapat diungkapkan. Apa yang bagus sangat Tengku Adam tu? Nampaknya perbalahan antara Alva dan Dato' Sri Amran masih berlaku. Kebenaran masih belum terungkai.

"Kenapa awak susah sangat nak percaya anak sendiri? Sanggup lebihkan orang luar daripada anak kita sendiri?" Soal Datin Sri Ameelia dengan suara yang tersekat. Perasaannya geram bercampur kecewa.

Kecewa dengan sikap suami.

"Orang luar awak cakap? Saya dah anggap Adam macam anak sendiri. Tolong jaga percakapan awak, Ameelia. Dia yang banyak tolong kita. Awak lupa ke?" Dato' Sri Amran cuba untuk mengawal amarah. Tak boleh diterima apabila isterinya kata Tengku Adam adalah orang luar.

Panas hati Dato' Sri Amran mendengar ungkapan Datin Sri Ameelia. Apa semua orang sudah lupa keluarga Tengku Adam yang banyak membantu untuk membangunkan perniagaan keluarga ini. Sungguh tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh anak dan isterinya. Hati masih menidakkan perlakuan terkutuk Tengku Adam.

"Suka hati awaklah. Saya dah malas nak cakap dengan awak. Awak sanjung sangat Tengku Adam tu kan? Sanjunglah dia. Tapi ingat, bila kebenaran terbongkar satu hari nanti, awak jangan jatuh terduduk. Kebenaran memang pahit untuk ditelan sebab itulah otak awak selalu menidakkan perbuatan dia," lirih amat nadanya.

Seketika, air mata dilap perlahan. Pandangan terus dihala ke hadapan. Tak sanggup rasanya nak menatap muka suami sendiri.

"Saya sedar walaupun Anaqi tak ada apa-apa, tapi saya tahu dia betul sayangkan Eeya. Sepanjang saya pergi melawat dia orang, tak pernah sekali pun saya nampak Eeya rasa tertekan ataupun terseksa duduk dengan Anaqi," sambungnya lagi.

Dato' Sri Amran tidak mengendahkan kata-kata isterinya. Apalah yang dimerepekkan. Tak habis-habis nak sanjung Anaqi a.k.a menantu kesayangan. Sudahlah kerja pun tak bagus. Setakat penghantar makanan, semua orang boleh jadi. Tak ada yang istimewa. Sungguh melalukan nama keluarga.

Tawanan Hati Afeef Anaqi || [C]Where stories live. Discover now