Pada weekend, jisoo berbaring atas sofa diruang tamu manakala taehyung sedang buat kerja rumah.
"Awak?" jisoo memanggil taehyung. "Ye ada apa?" sahut taehyung berada di sebelah jisoo sambil memegang penyapu. Dia baru je selesai menyapu di dapur.
"Eh awak ada dekat sebelah saya ke?" kata jisoo, tadi dia tak perasaan pun taehyung sebelah dia.
"Ye saya sebelah awak ni, awak termenung apa sampai saya sebelah ni awak tak perasaan" taehyung letak tepi penyapu.
Jisoo tarik taehyung dan jatuh atas badan nya. Jisoo senyum dan mencium bibir taehyung.
Taehyung pun apa lagi balas lah sampai mereka kehabisan nafas untuk teruskan cium lagi.
"Berat lah awak ni walaupun tak sado, kering je saya tengok" Jisoo mengata suami nya depan-depan.
"Amboi mengata nampak, depan-depan pula tu. Awak ingat saya pergi gyms ke nak badan sado?" kata taehyung.
Mereka tukar posisi taehyung di bawah dan jisoo diatas. "Tak payah lah, nanti awak sado makin hemsen pula dan ada lah beberapa minah dekat gyms mengorat awak" kata jisoo peluk taehyung.
Taehyung tergelak kecil. "Okay lah saya tak nak jadi sado, biarlah saya kering je macam ni, tak ada orang nak kan?" Kata taehyung. Kali ni jisoo pula tergelak kecil.
"Dah lah awak pergi mandi, saya nak bawa pergi sesuatu tempat, confirm awak suka nanti" kata taehyung. Dia nak ajak jisoo pergi date.
"Awak nak bawa saya kemana?" tanya jisoo.
"Adalah, mana boleh bagitahu awak" taehyung wink mata nya ke jisoo. Jisoo cubit manja pada pinggang taehyung.
"Aduh!"
"Jangan nak mengada, saya cubit slow je, bukan kuat sangat" jisoo bangun dari taehyung.
Taehyung gelak kecil, dia saja je. Jisoo turun dari sofa pergi ke bilik untuk mandi dan keluar bersama taehyung.
🍇🍇🍇
Loceng condo jisoo berbunyi, taehyung bergegas ke pintu depan untuk membuka kan pintu. Dia tak tahu siapa yang datang.
Taehyung membuka pintu luas, dia nampak ada dua orang yang sedang berdiri disitu. Orang itu adalah sandara dan seokjin.
Tanpa dipelawa masuk sandara dan seokjin masuk terus ke ruang tamu. Taehyung ikut dari belakang mereka. Hati nya berdebar-debar kehadiran 2 orang tu. Dia tahu mereka tak suka nya.
"Nak air apa?" taehyung menanya. Dia hendak buat air untuk mereka.
Sandara berdiri sambil mencekap pinggang nya. "Kau ingat aku datang sini nak minum air kau buat ke?" kata sandara dengan muka yang bengis.
Seokjin senyum sinis. "Aku dan mama aku datang sini nak suruh kau tinggalkan adik aku. Kami berdua tak akan terima kau dalam keluarga ni"
Taehyung tunduk bawah lantai. "Kau ingat sikit, kau tu tak setaraf dengan kami. Keluarga kau tak ada apa-apa. Kau miskin" sambung seokjin sembur taehyung sambil menolak bahu nya. Taehyung bertahan tanpa membalas. Dia sedar siapa diri nya sebenar.
"So tinggalkan kan adik aku! kau tak layak bersama dia"
💖
YOU ARE READING
Helper
Fanfiction"Saya perlukan seorang pembantu rumah perempuan yang boleh mengemas dan memasak di rumah saya. Ingat, saya nak pembantu rumah perempuan SAHAJA" KIM JISOO "Mak aiii ini rumah atau reban ayam? Aku rasa reban ayam lebih okay daripada rumah ni kot...