Jisoo masuk pejabat dia dengan wajah yang ceria. Pada pagi ini jisoo telah menceritakan semua tentang taehyung ke heechul termasuk bagaimana mereka boleh kawin dan juga tentang eunwoo yang tidak setia.
Heechul menerima taehyung dengan hati yang terbuka walaupun taehyung tidak setaraf dengan keluarga mereka.
"Good morning seulgi?" tegur jisoo.
"Oh, good morning miss jisoo" seulgi bangun dari kerusi dan tunduk hormat ke jisoo.
"Masuk bilik saya dan baca kan semua jadual saya pada hari ni" kata jisoo.
"Baiklah miss jisoo" jisoo masuk pejabat dia. Seulgi ambil tablet bawa masuk ke dalam bilik jisoo membaca jadual.
🍇🍇🍇
Taehyung pergi ke rumah jimin. Dia membawa salah satu kereta mewah milik jisoo.
Taehyung berdiri luar kereta tunggu jimin datang.
"Amboi cantik kereta?" kata jimin sambil sentuh bahagian depan kereta sport bmw jisoo.
"Kereta jisoo, bukan kereta aku. Aku cuma pinjam je"
"Aku dah agak dah"
"Jomlah kita pergi" ajak taehyung. Dia dan jimin masuk kereta.
"Fuhhlamakkk, cantik siok dalam ni. Pertama kali aku naik kereta semewah dan sport macam ni. Beruntung sangat kau taehyung dapat kawin dengan anak orang kaya dan merasa hidup mewah"
"Jodoh aku dengan anak orang kaya tapi ingat jimin aku kawin dengan jisoo bukan sebab harta, aku ikhlas dengan dia" kata taehyung.
"Parents jisoo terima kau tak?" tanya jimin. Adakah parents jisoo menerima taehyung sebagai menantu mereka. Ye lah taehyung bukan anak orang yang kaya.
Taehyung keluar kan senyuman. "Papa jisoo terima aku seadanya tapi aku tak tahu pula dengan mama dan abang jisoo adakah mereka terima aku"
"Aku berdoa mereka terima kau taehyung. Dahlah jom kita pergi" kata jimin.
Taehyung start engine kereta dan pergi.
15 minutes later,
Taehyung dan jimin sampai di simpang rumah sungkyu yang beberapa meter jauh dari rumah. Dia sengaja tak nak parking depan rumah dan tak nak tunjuk yang dia bawa kereta mewah.
Taehyung dan jimin keluar dari kereta. Taehyung ambil satu beg yang penuh duit di dalam boot kereta.
"Jom" dia dan jimin berjalan ke rumah.
Sampai di rumah, ada beberapa orang samseng di depan rumah.
"Woah anak pengutang ada dekat sini?" salah seorang berkata setelah nampak taehyung.
"Aku nak jumpa bapak aku?" tanya taehyung ke samseng tu.
Samseng tunjuk dalam rumah tanda sungkyu berada di dalam.
"Ayah keluar ayah. Taehyung dah balik. Taehyung nak jumpa ayah. Ayah keluar lah" jerit taehyung dari luar.
Sungkyu telek dari tingkap, memang betul ada taehyung di luar. Dia terus keluar dari rumah pergi ke taehyung.
"Taehyung tolong ayah. Diaorang datang sini nak kutip hutang tapi ayah tak ada duit nak bayar" rayu sungkyu sambil memegang tangan taehyung dengan muka kesian.
"Ayah berhutang pandai, nak bayar tak pandai pula. Ayah, taehyung merayu tolong lah stop berhutang sana sini semata-mata nak berjudi" kata taehyung.
"Ayah janji lepas ni ayah takkan berhutang atau judi lagi itu janji ayah tapi tolong lah bayar semua hutang ayah" kata sungkyu.
Taehyung tarik tangan dia dari sungkyu. Dia buka beg yang penuh duit tadi.
Mata jimin terbeliak memandang duit dalam beg tu, dalam seumur hidup jimin tak pernah tengok duit sebanyak itu di depan mata nya.
Taehyung ambil 4 ikatan dalam beg. 3 ikatan duit beri ke sungkyu. "Ayah ambil duit ni untuk belanja seharian ayah" tangan sungkyu ketar-ketar pegang duit tu.
Dan satu ikatan dia bagi ke jimin. "Untuk aku?" tanya jimin tak percaya. Taehyung mengangguk.
"Bayar hutang kami sungkyu" kata samseng situ. Mereka nampak taehyung menghulur duit ke sungkyu.
Taehyung tutup zip beg dan baling ke arah sanseng tu.
"Aku rasa duit tu lebih cukup dari hutang ayah aku. Aku harap kau semua jangan datang ke rumah ni lagi"
💖
YOU ARE READING
Helper
Fanfiction"Saya perlukan seorang pembantu rumah perempuan yang boleh mengemas dan memasak di rumah saya. Ingat, saya nak pembantu rumah perempuan SAHAJA" KIM JISOO "Mak aiii ini rumah atau reban ayam? Aku rasa reban ayam lebih okay daripada rumah ni kot...