Jisoo masuk ke dalam rumah dalam keadaan yang letih.
"Good evening jisoo" tegur taehyung yang berdiri depan jisoo.
"Evening" balas jisoo pendek.
"Nak makan ke?" tanya taehyung
Jisoo pandang ke meja makan. Makanan malam telah di hidang kan oleh taehyung.
"Saya nak mandi dulu" balas jisoo
Taehyung faham dan angguk "Okay". Jisoo berjalan ke bilik.
Taehyung tunggu jisoo di ruang tamu sementara menunggu jisoo keluar dari bilik.
15 minit kemudian,
Jisoo keluar dari bilik ke dapur.
Taehyung bangun dan ikut jisoo.
Jisoo duduk dan taehyung masih berdiri tepi jisoo.
Jisoo pandang taehyung "Awak tak nak duduk makan sekali ke?" tanya jisoo. Dia ajak taehyung makan sekali.
"Saya sudah kenyang, petang tadi saya sudah makan" balas taehyung.
"Kalau macam tu awak teman kan saya makan, tak de lah saya sunyi makan sorang-sorang"
"Okay" balas taehyung dan duduk berhadapan jisoo.
"Saya suka masakan awak, sedap. Awak belajar dari mana?" tanya jisoo.
"Saya belajar dari ibu saya" kata taehyung bohong.
Selama ini dia tidak pernah belajar masak dari ibu nya.
"Oh, mesti ibu awak pandai masak kan?" puji jisoo
Taehyung hanya keluar kan senyuman yang kecil.
Mereka berdua diam seketika.
Jisoo menikmati makanan yang di makan.
Taehyung pula tenung jisoo.
"Makan pun cantik" kata taehyung di dalam hati.
Taehyung senyum ke jisoo.
Jisoo terpandang taehyung. Dia pelik taehyung tenung dan senyum kepada nya.
"Taeyeon?" panggil jisoo.
Taehyung tidak sedar, dia masih tenung jisoo.
"Taeyeon?" panggil jisoo kali kedua dengan suara yang sedikit kuat supaya taehyung dengar.
Taehyung bangun dari tenungan pada jisoo.
"Yes, ada apa jisoo?" tanya taehyung
"Kenapa awak pandang saya macam tu. Ada apa-apa ke dekat muka saya ni?" tanya jisoo sambil meraba-raba muka.
"Alamak kantoi aku pandang dia"
Taehyung geleng. "Jisoo saya nak ke bilik dulu, kalau awak sudah siap makan, pinggan dan cawan semua letak sini. Nanti saya kemas okay" taehyung tukar topik dan hendak lari dari situ.
Taehyung bangun dari kerusi dan masuk bilik.
Jisoo pandang taehyung pelik. "Kenapa dengan dia tu?"
YOU ARE READING
Helper
Fanfiction"Saya perlukan seorang pembantu rumah perempuan yang boleh mengemas dan memasak di rumah saya. Ingat, saya nak pembantu rumah perempuan SAHAJA" KIM JISOO "Mak aiii ini rumah atau reban ayam? Aku rasa reban ayam lebih okay daripada rumah ni kot...