Jisoo tarik tangan seokjin supaya bangun dari kerusi. "Tak payah lah makan, kau pergi balik rumah kau" rayu jisoo.
Seokjin tolak tangan jisoo.
"Kau ni kenapa? Makanan ni banyak kot, bagi lah aku makan sini lagipun kau tengok pinggan, cawan, mangkuk dan chopsticks ada dua set" kata seokjin.
"Wait, kau ada invite orang ke dinner dengan kau malam ni?" seokjin baru perasan pinggan, cawan, mangkuk dan chopsticks ada 2 set disitu.
Jisoo tutup mata nya seketika, dia lupa nak simpan satu pinggan, mangkuk, kawan dan chopsticks sebelum buka pintu untuk tadi.
Jisoo cari akal nak tipu seokjin.
"Aah memang aku nak ajak chaeyoung dinner tapi dia cancel sebab jungkook baru je balik dari jepun" kata jisoo, dapat juga dia nak kelentong seokjin.
"Haaaa kalau macam tu, kita makan berdua lah, chaeyoung tak dapat datang" seokjin mula isi nasi dalam pinggang.
Jisoo tak dapat halang seokjin untuk makan situ, dia terpaksa akur. Dia duduk depan seokjin.
"Kau tak nak makan sekali ke? kalau kau tak nak makan aku boleh je habiskan semua ni"
"Aku nak makan lah ni"
"Taehyung sorry, saya terpaksa makan dulu dengan abang saya ni yang degil ni"
10 minit kemudian,
"Jangan habis kan nasi dan laut tu" kata jisoo. Dia nampak seokjin nak habis kan lauk-pauk dan nasi di depan mata nya.
Habis semua tu nanti, taehyung nak makan apa pula. Dia pun baru makan sikit dan tak kenyang lagi.
Didalam bilik, perut taehyung berbunyi kelaparan dan dia berdoa supaya seokjin cepat balik dan dia boleh makan bersama jisoo.
"Biarlah aku habis kan, kau bukan boleh habis kan pun. Badan kau kurus keremping, perut kau tu kecik je, lebih baik aku habis kan sebelum makanan di depan mata aku ni kau buang dalam tong sampah esok" kata seokjin.
Sekali lagi jisoo tak boleh kata apa-apa.
"Taehyung sorry, penat-penat awak masak akhirnya orang lain yang habiskan"
15 minit kemudian,
Didepan pintu, seokjin nak pulang ke rumah nya.
"Terima kasih my lovely sister, lain kali ajak aku makan dinner dekat sini lagi. Makanan yang kau beli tu sedap" kata seokjin, perut nya dah kenyang.
Jisoo menyampah tengok loya buruk seokjin, lalu dia tolak seokjin keluar. "Jangan datang ke rumah aku lagi!. Kau dah lah habiskan semua makanan aku. Aku pastikan ini kali terakhir kau makan di sini" jisoo marah dan terus tutup pintu hempas.
"Apa masalah dia tu?" kata seokjin di luar, dia binggung kenapa jisoo marah sangat dekat dia disebabkan habiskan semua makanan tadi .
Taehyung keluar dari bilik senyap-senyap.
Dia dah tak dengar suara seokjin, itu tanda seokjin dah pergi.
"Abang awak dah balik ke?" tanya taehyung.
Jisoo tak jawab soalan taehyung tapi dia meminta maaf.
"Sorry"
💖
YOU ARE READING
Helper
Fanfiction"Saya perlukan seorang pembantu rumah perempuan yang boleh mengemas dan memasak di rumah saya. Ingat, saya nak pembantu rumah perempuan SAHAJA" KIM JISOO "Mak aiii ini rumah atau reban ayam? Aku rasa reban ayam lebih okay daripada rumah ni kot...