Jisoo melangkah masuk bilik. Dia mencari si suami nya. Biasa nya bila dia pulang dari kerja taehyung akan menunggu nya di ruang tamu tapi hari ni tak.
"Awak?" jisoo memanggil taehyung tapi tidak ada yang menyahut. Jisoo mendengar air didalam bilik mandi.
"Mandi lah tu" kata jisoo. Jisoo meletakkan handbag atas meja dan berjalan kearah katil. Dia menghempaskan badan nya atas katil dan menutup mata nya sekejap sambil menunggu taehyung keluar dari bilik mandi.
Beberapa minit kemudian, taehyung selesai mandi. Dia keluar dengan pakai tuala lilit dipinggang nya dan satu tuala kecil mengeringkan kan rambut.
"Awak?" panggil taehyung. Dia memandang jam dinding menunjukkan pada pukul 5:30.
Jisoo terus membuka mata nya setelah mendengar suara taehyung. "Dah siap mandi?" soal jisoo. Jisoo bangun dari tidur.
Taehyung berdiri tak jauh dari jisoo. "Mmm" jawab taehyung. Jisoo terpandang lebam pada perut taehyung. "Tu kenapa?" soal jisoo ingin tahu. Macam mana suami nya dapat lebam tu.
Taehyung tepuk dahi nya. Dia lupa nak cover lebam pada perut nya. Kenapa dia cuai sangat ni. Taehyung ahli kan wajah nya. "Terjatuh tadi" taehyung berbohong.
Jisoo nampak ada benda tak kena dengan taehyung. Dia bangun dari katil. Dia pegang wajah suami nya. "Ini bukan terjatuh tapi kesan kena tumbuk ni" kata jisoo. Dia risau lebam pada wajah dan perut taehyung tu.
"Sayang jujur dengan saya siapa buat macam ni dekat awak?" jisoo memandang anak mata taehyung. "Jangan tipu saya" sambung jisoo lagi.
Taehyung menelan air liur nya. Nak bagitahu ke tak?. "Jawab lah! " jisoo mendesak taehyung. Dia paksa taehyung bercakap jugak.
Taehyung mencari alasan. Dia tak nak lah cakap jujur nanti perang pula antara jisoo dan keluarga nya disebabkan dia.
"Tadi, saya keluar beli barang. Bila keluar dari market ada beberapa orang samseng ni minta duit. Saya bekeras tak nak bagi lepas tu diaorang tumbuk saya tapi awak jangan risau saya dah buat report polis. Pandai-pandai lah polis buat kerja diaorang" taehyung reka cerita.
Jisoo sentuh lebam tepi bibir taehyung dengan lembut. Taehyung memandang wajah jisoo. "Poor my husband. Lain kali berhati-hati tau" kata jisoo. Taehyung rasa lega jisoo percaya dengan cerita yang dia reka itu.
"Yes maam" kata taehyung. Jisoo duduk kan taehyung atas katil. "Awak tunggu sini, saya nak ambil sesuatu" kata jisoo sebelum keluar dari bilik.
Tak sampai 1 minit jisoo dah kembali ke bilik sambil membawa peti kecemasan untuk merawat lebam pada wajah dan perut taehyung.
"Mari sini sayang letakkan ubat" kata jisoo. Dia menarik lenggan taehyung dan duduk diatas katil.
"Tahan sikit, saya nak letak ubat ni" kata jisoo sebelum letakkan ubat. Taehyung mengangguk perlahan sambil memandang wajah isteri nya.
💖
YOU ARE READING
Helper
Fanfiction"Saya perlukan seorang pembantu rumah perempuan yang boleh mengemas dan memasak di rumah saya. Ingat, saya nak pembantu rumah perempuan SAHAJA" KIM JISOO "Mak aiii ini rumah atau reban ayam? Aku rasa reban ayam lebih okay daripada rumah ni kot...