"Awak tunggu sini, saya nak ke dapur jap. Awak nak air apa?" taehyung bertanya. "Takpe lah jangan susah-susah" tolak jisoo secara baik. Taehyung tarik muka. "Okay, okay air orange" kata jisoo. "Orange takde" kata taehyung lagi. "Takde" kata jisoo perlahan. "Takpe lah saya buat awak teh o ais kaw kaw punya dan awak duduk lah atas kerusi tu dulu" kata taehyung pergi ke dapur.
Jisoo memandang ke kerusi taehyung cakap tu. Kerusi tu nampak buruk dan tak cantik. Jisoo ter agak-agak nak duduk, buat duduk kang patah pula kerusi tu.
Jisoo berani kan diri dan duduk. Jisoo duduk sikit je, buntut nya tidak duduk sepenuh nya pada kerusi, separuh duduk dan separuh lagi terapung. Jisoo pandang pula TV depan nya. "Ini TV zaman bila? dah lah petak tebal kecik pula tu" kata jisoo mengutuk TV tu.
Jisoo pandang sekeliling ruang tamu, ruang tamu hanya kecil seakan kotak saja berbanding ruang tamu rumah nya yang besar dan mewah.
Taehyung menghampiri jisoo sambil membawa minuman dia dan jisoo. Dia menghulur ke jisoo. "Nah teh o ais kaw kaw awak" kata taehyung.
Jisoo mengambil dari tangan taehyung dan tengok sebelum minum. Dia tak pernah rasa teh jenis ni. Dia hanya minum teh di cafe yang mewah. Satu lagi taehyung tak pernah sediakan minuman macam ni dekat condo.
"Kenapa tak berselera nak minum air saya buat ni?" kata taehyung. Dia duduk sebelah jisoo. Jisoo menoleh ke taehyung. "Saya tak cakap apa pun. Saya nak minum lah ni" kata jisoo. Dia menelan air liur dulu sebelum minum dan minum.
Setelah rasa teh o ais tu, mata jisoo terbeliak besar dan terus pandang taehyung lagi. "Sedap" perkataan yang keluar dari mulut jisoo. "Apa nama air ni?" sambung jisoo.
Taehyung senyum sikit. "Teh o ais kaw kaw" jawab taehyung. "Mesti awak tak pernah minum kan?" tanya taehyung, jisoo angguk laju. "Biasa lah air ni murah je dan satu lagi awak sakit buntut ke? kenapa duduk macam tu?" kata taehyung. Dia memandang cara jisoo duduk. "Saya tahu kerusi rumah ni buruk, awak tak suka kan?" kata taehyung. Jisoo diam, dia tak tahu nak cakap apa. Dia hanya meneguk air teh o ais.
Seusai minum air. "Saya nak balik sekejap" kata jisoo meminta izin pulang ke condo. "Buat apa?" taehyung menanya. "Saya nak ambil pakaian saya" jawab jisoo.
"Tak payah, awak boleh pakai t-shirt dan seluar saya" kata taehyung. Dia tak bagi jisoo pulang. Jisoo menurut perintah. "Okay".
Taehyung bangun dari kerusi. "Bangun, jom kita pergi bilik saya tukar baju" kata taehyung. Jisoo melirik ke baju nya. "Kenapa dengan baju saya?" tanya jisoo pelik.
"Awak duduk sini, awak kena tukar style pakaian awak. Saya tak nak awak pakai baju awak yang mahal ni" kata taehyung. Dia ingin jisoo belajar hidup susah sikit.
"Okay" kata jisoo setuju. Cinta punya pasal jisoo harus mematuhi arahan taehyung.
Mereka masuk bilik. First jisoo akan buat ialah memandang keadaan bilik tu. Bersih dan kemas walaupun bilik ini kecil hanya muat untuk dia dan taehyung. Bilik itu hanya ada katil bujang, satu almari dan meja kecil tepi sudut sana.
"So ini lah bilik kita" kata taehyung. Jisoo duduk atas katil, tilam nya keras tak lembut macam di condo nya. Taehyung buka almari ambil baju t-shirt putih dan seluar pendek nya dan bagi pada jisoo. "Pakai" suruh taehyung.
Jisoo bangun dari katil dan ambil pakaian tu dari taehyung. Taehyung berjalan ke pintu nak keluar. "Awak nak pergi mana?" tanya jisoo. "Saya nak pergi start moto, jap lagi kita nak keluar beli barang" bagitahu taehyung.
"Nak beli barang? kereta saya kan ada?" kata jisoo. "Saya tak nak naik kereta awak, saya nak naik moto. Saya nak awak hidup cara saya faham?" kata taehyung dan pergi tanpa mendengar pendapat jisoo.
Jisoo mengeluh kecil, nak tak nak dia kena ikut juga. Ini satu cara nya ingin membuktikan cinta nya pada taehyung.
💖
YOU ARE READING
Helper
Fanfiction"Saya perlukan seorang pembantu rumah perempuan yang boleh mengemas dan memasak di rumah saya. Ingat, saya nak pembantu rumah perempuan SAHAJA" KIM JISOO "Mak aiii ini rumah atau reban ayam? Aku rasa reban ayam lebih okay daripada rumah ni kot...