C - 60

206 25 4
                                    

Selepas makan ramen bersama taehyung tadi, jisoo terus masuk bilik. Dia mengeluarkan beberapa kertas kerja untuk dibaca sebelum dibawa ke office esok.

Manakala taehyung pula ke bilik nya, dia keluar kan phone dan main PUBG.

Mereka tak tidur satu bilik.

Siap baca kertas kerja, jisoo terus naik atas katil untuk tidur.

Dia bergolek ke kiri tak selesa, bergolek ke kanan tak selesa juga kerana tak boleh tidur, akhir nya dia bangun dan duduk.

Jisoo rasa tak selesa tanpa taehyung disisi nya, 2 hari yang lepas jisoo ditemani oleh taehyung dan tidur sebelah nya.

"Kenapa aku tak boleh tidur? Patut ke aku panggil taehyung supaya tidur sebelah aku?"

"No, no, no. Malam ni atau malam seterus nya aku boleh tidur tanpa taehyung"

Jisoo tidur, tutup muka nya dengan bantal dan paksa diri nya tidur.

Tak sampai 20 minit, jisoo bangun balik. Dia masih belum dapat tidur.

"Argh! stress lah aku" jisoo turun dari katil dan membawa satu bantal kesukaan nya untuk pergi ke bilik taehyung.

Di depan bilik taehyung,

"Awak?" panggil jisoo sambil ketuk pintu.

Di dalam taehyung tak dengar, dia masih main game dan telinga nya sumbat handfree.

Taehyung tak menyahut. "Dia ni dah tidur ke?" jisoo berlahan-lahan buka pintu.

Nasib baik taehyung tak kunci pintu. Jisoo nampak taehyung belum lagi tidur.

Taehyung berhenti main games dan cabut handfree dari telinga kerana dia nampak jisoo masuk bilik nya.

"Jisoo, awak okay ke? kenapa awak datang sini?" kata taehyung, dia bangun berdiri tepi katil.

"Saya tak okay sebab tu saya datang sini" balas jisoo.

"Huh! awak sakit ke?" taehyung dah cemas pada wajah nya.

Jisoo keluar sedikit ketawa. "Saya tak sakit tapi saya tak boleh tidur"

Taehyung lega sambil pegang dada nya, jisoo tak sakit.

"Awak ni buat saya risau lah"

"Awak risau kan saya ke?"

"Of course lah risau kan awak, awak tu kan isteri saya dan awak tu tanggungjawab saya"

Tak tahu kenapa jisoo senyum mendengar kata-kata itu keluar dari mulut taehyung.

"Kalau saya isteri awak, boleh tak saya nak tidur sini?"




















💖

HelperWhere stories live. Discover now