C - 47

231 25 3
                                    

Selepas balik dari shopping bersama jungkook tadi, taehyung pergi rumah jimin dan lisa bawa satu plastik makanan untuk mereka.

"Taehyung oppa" lisa peluk taehyung. Taehyung balas peluk nya.

"Jimin ada tak?" tanya taehyung.

"Ada dalam bilik dia, pergi lah tengok"

"Okay, nah ini makanan pergi letak dalam bekas, lepas tu kita makan sama-sama" lisa ambil plastik dari tangan taehyung.

Taehyung pergi ke bilik jimin.

"Jimin my bbf!" taehyung hempas kan badan nya sebelah jimin yang sedang tidur di atas katil.

Jimin celik mata nya. "Kau, bila kau sampai?" tanya jimin masih maimai. Taehyung bangun.

"Baru je, bangun lah" taehyung tarik jimin supaya bangun.

"Apa kau ni, aku nak tidur lah dan satu lagi kau tak kerja ke?"

"Kerja tadi, sekarang ni aku free. Aku ada beli makanan jom makan bersama" ajak taehyung.

"Makanan?"

"Ah kau, sebut je makanan terus segar kau eh" perli taehyung. Jimin senyum nampak kan gigi nya yang tak seberapa nak putih tu.

"Hehehe aku lapar" kata jimin.

"Kalau macam tu bangun dan aku nak bagitahu sesuatu yang sangat penting dekat kau ni" kata taehyung.

Dia akan bagitahu jimin yang dia kantoi dan dia nak kawin dengan jisoo hujung minggu ni. Taehyung nak tahu bagaimana reaksi jimin nanti.

"Okay, jom pergi ke dapur" kata taehyung, jimin pun turun katil dan pergi ke dapur bersama taehyung.

Di meja makan,

Taehyung duduk sebelah jimin manakala lisa duduk di depan mereka.

"Apa sesuatu yang sangat penting kau nak bagitahu aku?" soal jimin, dia tengah menguyah makanan di dalam mulut nya.

Taehyung berhenti makan, dia letak sudu tepi pinggan dan meminum air kosong di sebelah pinggan.

"Ada 2 perkara penting aku nak bagitahu ni" jawab taehyung serious.

"Amboi macam serious je taehyung oppa ni" kata lisa.

"Yes lisa, oppa sedang serious ni"

Lisa angguk kepala nya.

"Spill it, aku nak dengar" ujar jimin, dia masih makan tanpa berhenti seperti orang yang kebuluran tak makan setahun.

"Jimin, lisa perkara aku nak katakan adalah aku dah kantoi" kata taehyung.

Makanan dalam mulut jimin tadi tersembur keluar dari mulut nya dan terkena ke muka lisa.

"Oppa!" kata lisa separuh jerit, dia bangun dari kerusi pergi ke singki di dapur untuk membasuh muka.

"Serious ar?" soal jimin, dia masih terkejut. Taehyung menggangguk.

"Habis tu kau macam mana? Kau kena pecat tak? apa reaksi jisoo?" tanya jimin.

Taehyung mengeleng "Tak, aku tak jadi pecat, sedikit terkejut" jawab taehyung.

Jimin rasa lega taehyung tidak dibuang dari kerja nya sekarang.

"Dan 1 perkara lagi, aku yakin kau akan terkejut"

"Spill it cepat, aku nak tahu"

"Aku akan kawin dengan jisoo pada hujung minggu ni" bagitahu taehyung.

Taehyung menantap wajah jimin, dia nak tahu apa reaksi jimin.

"Kau kawin, ermm okay" jawab jimin, sesaat kemudian dia tanya taehyung sekali lagi. "Kau cakap apa tadi?"

"Hujung minggu ni aku akan kawin dengan jisoo"

"Kawin dengan jisoo?" jimin ulang.

"Yes" balas taehyung.

"Kawin dengan jisoo" kata jimin sekali lagi.

Sesaat kemudian jimin terus pengsan tepi taehyung kerana terkejut sangat.





💖

HelperWhere stories live. Discover now