C - 101

39 3 0
                                    

Jisoo tengok dirinya pada jisoo pada cermin. Baju dan seluar taehyung besar pada badan nya. "Macam badut je aku ni?" kata jisoo.

Ping! ping! ping!

Jisoo terkejut mendengar hon motor berbunyi dari luar. "Jisoo! awak tak siap lagi ke? lama nya awak saling baju?" jerit taehyung dari luar.

"Ye saya dah siap ni?" jawab jisoo menjerit juga dari dalam. Jisoo ambil handbag nya dan berfikir nak bawa ke tak handbag ni? "Takpe lah bawa wallet dan phone je" jisoo keluar kan wallet dan phone dari handbag.

Bila jisoo nak keluar, phone dia menerima panggilan masuk dari seokjin. Jisoo terus jawab. "Kenapa?" tanya jisoo sambil lewa.

"Kau mana?" tanya seokjin dalam talian, "Mana-mana je la, jangan sibuk hal aku" jawab jisoo sedikit kurang ajar. Seokjin benggang dengan jawapan jisoo bagu tu.

"Aku tanya elok-elok kan? jawab lah elok sikit" kata seokjin. "Aku out station so jangan call aku lepas ni" kata jisoo dan terus tamatkan panggilan mereka. Jisoo terus keluar dari bilik ke pintu utama.

"Saya dah siap" kata jisoo sambil melangkah keluar dari pintu. Dengar suara jisoo taehyung terus pandang kearah jisoo. Dia senyum sikit pada bibir nya. "Comel dan cantik walaupun baju aku tu besar pada badan dia"  Puji taehyung dalam hati.

"Pakai selipar tu" suruh taehyung. Jisoo tengok selipar tu. "Selipar ni?" kata jisoo, selipar tu nampak besar. "Yela selipar tu lah, ke awak nampak ada selipar lain dekat situ?" kata taehyung.

Jisoo menyarung selipar tu. Mata nya tidak berkelip memandang kaki nya. Hodoh sangat bagi nya.

Taehyung pusing badan nya membelakangi jisoo dan gelak dalam silent hanya bahu saja yang berjoget keatas kebawah. Jisoo pandang taehyung, dia nampak taehyung ketawa kan dia.

"Saya tahu saya nampak badut tak payah ketawa kan saya macam tu" kata jisoo, mata nya tajam memandang ke taehyung.

Taehyung berhenti ketawa dan pusing badan ke jisoo. "Saya tak cakap pun awak macam badut tapi awak yang cakap sendiri" kata taehyung dan tahan ketawa.

"Tengok tu awak ketawa kan saya lagi" kata jisoo. Bibir nya muncung ke depan. "Okay okay sorry. Tukar lah, tak payah pakai selipar tu. Awak pakai kasut tumit tinggi awak tu" kata taehyung memberi green light untuk tukar selipar.

Jisoo tanggal kan selipar tu dan sarung kasut tumit dia. "Macam pelik je?" kata jisoo sambil pandang bawah kaki nya. Pakai seluar pendek lelaki bawah lutut dan kasut tumit tinggi. Kau rasa?.

"Kan? macam tak sesuai pula" kata taehyung setuju sambil memegang dagu nya. "Dalam kereta awak tu takde kasut spare ke?" sambung taehyung.

"Saya tak pasti lah" kata jisoo tak pasti. "Jap biar saya pergi tengok" sambung jisoo lagi. Dia berjalan ke kereta, buka pintu ambil kunci. Dia tak bawah kunci masuk rumah tadi.

Jisoo pergi ke belakang dan tekan butang boot. Boot pun terbuka. Jisoo rasa lega selepas nampak kasut sukan dia. Tak perlu lah pakai selipar taehyung dan kasut tumit dia tadi.

Jisoo pakai kasut sukan dia. "Ini baru sesuai" kata jisoo sedikit happy.

"Okay jom" ajak taehyung. Jisoo memandang motor skuter taehyung. Dia menelan air liur nya. Biar betul nak naik motor tu. Motor tak nampak buruk sangat tapi jisoo takut nak naik.

Taehyung menaiki motor. "Awak terjegat situ lagi buat apa naik lah?" kata taehyung. "Motor ni selamat naik ke?" tanya jisoo. "Selamat, jangan risau lah" balas taehyung.

Jisoo teragak-agak nak naik motor tu. Akhir nya dia naik juga duduk di belakang taehyung. "Kita tak pakai helmet ke?" tanya jisoo lagi.

"Tak payah, kita pergi depan tu je" kata taehyung. "Mmm okay" jawab jisoo. "Peluk saya kalau awak takut" kata taehyung.

Jisoo senyum pada bibir nya, dia terus peluk taehyung. Taehyung pun senyum lebar. "Okay kita gerak sekarang" kata taehyung dan motor pun berjalan ke depan. Taehyung bawa perlahan-lahan untuk menjaga keselamatan jisoo.





















💖

HelperWhere stories live. Discover now