Next day,
Taehyung berdiri tepi katil "Good morning" tegur taehyung ceria bila nampak jisoo bangun dari tidur nya. Jisoo senyum lebar. "Morning" jawab jisoo dengan suara baru bangun tidur dia tu.
Taehyung duduk tepi jisoo. "Jom breakfast" ajak taehyung sambil membelai rambut jisoo. "Awak dah masak ke?" tanya jisoo. Dia bangun dari baring dan duduk sebelah taehyung.
"Dah, awak je tak tahu" jawab taehyung. Dia sandar kan dagu nya pada bahu jisoo dengan manja. Jisoo memegang pipi taehyung. "Kenapa tak kejut kan saya?. Boleh kita buat breakfast sama-sama" kata jisoo. Dia berniat nak masak breakfast bersama taehyung pagi ni.
"Awak tidur lena sangat, saya tak sampai hati nak kejut kan awak" jawab taehyung. Tangan nya atas Pena jisoo. "Next time awak kejut je saya, so boleh lah kita masak sama-sama" kata jisoo. Taehyung angkat dagu nya dari bahu jisoo. "Okay, next time kita masak sama" kata taehyung. Dia menarik pipi jisoo dan bagi morning kiss pada bibir nya.
"Eeeee musuk, pergi mandi" kata taehyung sakat jisoo. "Jom mandi sama" ajak jisoo dan senyum nakal nya. Dia bangun dari katil. Taehyung senyum lebar, dia turun dari katil jugak dan mengangkat jisoo ala-ala bride tu. "Jom" jawab taehyung. Jisoo memukul manja pada bahu taehyung dan senyuman pada wajah nya.
🍇🍇🍇
3 days later,
Sungkyu pun balik. Dia pelik ada kereta mewah didepan rumahnya. Tak pernah-pernah kereta mewah parking depan rumah nya yang buruk ni. Lalu dia masuk kedalan rumah. Masuk-masuk je rumah dia nampak seorang perempuan yang dia tak kenal.
Jisoo membelakangi sungkyu. Dia tak sedar kepulangan sungkyu . "Awak ni siapa?" tanya sungkyu. Jisoo terkejut sikit dan pusing kan badan nya ke arah suara yang menegur nya.
"Pakcik ni siapa?" jisoo tanya balik. Dia pun tak kenal muka ayah taehyung. "Ini rumah pakcik, awak ni siapa? macam mana awak boleh masuk kedalam ni?" kata sungkyu yang masih memandang jisoo. Dia pun tidak kenal menantu nya itu.
Jisoo senyum lebar, dia dah tahu siapa lelaki tua ni. Dia menghampiri sungkyu menghulurkan tangan nya untuk bersalam. "Pakcik ni ayah taehyung kan? saya jisoo, isteri taehyung, anak pakcik" kata jisoo memperkenalkan diri nya pada ayah mertua nya dengan sopan.
Kebetulan taehyung keluar dari dapur. "Ayah?" tegur taehyung bila nampak sungkyu bersama jisoo. Dia menghampiri mereka berdua dan berdiri sebelah jisoo.
"Isteri kamu?" tanya sungkyu pada taehyung. Tangan taehyung memeluk bahu jisoo dari tepi. "Ye ayah. Ini jisoo isteri taehyung dan kami dah berbaik semula" kata taehyung gembira dan mereka bertiga berbual-bual.
🍇🍇🍇
1 weeks later,
Taehyung masuk kedalam bangunan ofis jisoo, dia ternampak eunwoo depan situ. Kebetulan eunwoo pun nampak taehyung. "Apa tengok-tengok?" kata eunwoo tak puas hati ke taehyung.
"Apa, aku pandang je" kata taehyung perlahan dan masuk ke dalam bangunan tu sambil membawa bekalan makanan lunch untuk jisoo.
"Pak guard sepatut nya tahan dia masuk bukan aku" kata eunwoo geram kepada pak guard. Pak guard tu buat der je.
Taehyung terus naik lift naik atas ke ofis jisoo. Sampai di ofis jisoo, taehyung ditegur oleh seulgi sebelum masuk bilik jisoo.
"Ye mr ada appointment dengan madam jisoo ke?" tanya seulgi, dia tak tahu taehyung adalah suami jisoo.
"Alamak handsome nye" kata seulgi dalam hati nya. Dia terpesona sekejap tengok ketampanan taehyung.
"Nak jumpa madam jisoo buat appointment dulu ke?" tanya taehyung sambil memegang tengkok nya. Dia tak tahu pula. Lagipun dia tak call isteri nya nak datang sini.
"Ye mr, kena buat appointment dulu sebelum datang" kata seulgi. Bilik ofis jisoo terbuka, kebetulan jisoo keluar dari bilik nya. Kedua-dua taehyung dan seulgi memandang ke arah jisoo.
"Awak?" kata jisoo sambil tunjuk jari nya kearah taehyung. "Surprise!" jawab taehyung dengan senyuman box nya pada jisoo. "Lunch untuk awak" sambung taehyung sambil menunjuk bekas makanan untuk isteri nya.
Seulgi pandang jisoo dan taehyung silih berganti. Jisoo datang dekat taehyung dan memeluk lenggan taehyung. "Buat susah-susah je" kata jisoo malu-malu. Seulgi pula masih blur tengok kemesraan mereka berdua.
"Oh seulgi!" jisoo dan taehyung pusing ke seulgi "ini kenalkan suami saya, taehyung" jisoo memperkenalkan suami nya pada seulgi.
"Suami madam?" tanya seulgi sekali lagi. Jisoo angguk. "Handsome" kata seulgi melirik ke taehyung dan jisoo. "Tengok lah isteri dia siapa?" kata jisoo bergurau dan bangga. Mereka bertiga ketawa bersama. "Awak boleh pergi lunch, sekarang dah masuk waktu lunch" kata jisoo ke seulgi..
Taehyung dan jisoo masuk ofis jisoo dan lunch bersama-sama.
💖
YOU ARE READING
Helper
Fanfiction"Saya perlukan seorang pembantu rumah perempuan yang boleh mengemas dan memasak di rumah saya. Ingat, saya nak pembantu rumah perempuan SAHAJA" KIM JISOO "Mak aiii ini rumah atau reban ayam? Aku rasa reban ayam lebih okay daripada rumah ni kot...