Di rumah taehyung,
"Taehyung, ayah pergi ke busan 3 hari 2 malam" Kata sungkyu. "Ayah buat apa ke sana?" taehyung menanya.
"Ayah ada kerja sikit. Taehyung kenal lagi tak pakcik dongwoo?"
"Kenal ayah kenapa?"
"Sekarang ayah kerja dengan dia. Ayah ikut dia bina rumah"
"Oh" kata taehyung sambil buat mulut o.
"Ni taehyung boleh tinggal sorang?" sungkyu menanya. Mana lah tahu takut ke tinggal sorang-sorang.
Taehyung ketawa kecil. "Apa ayah ni, saya dah besar panjang nak takut buat apa. Kata kan lah ada hantu kacau saya nanti, saya kentut je lari lah hantu tu" kata taehyung bergurau.
Sungkyu ketawa kecil sambil mengeleng. "Ada-ada jela kamu ni. Okay lah ayah gerak dulu" kata sungkyu. Dia mengangkat beg baju nya.
Taehyung menghantar sungkyu ke pintu. "Bye ayah" kata taehyung. "Bye-bye" jawab sungkyu. Bila sungkyu hilang dari pandangan nya, dia tutup pintu dan masuk bilik.
Setelah sungkyu keluar dari kawasan rumah nya, jisoo pun sampai. Jisoo keluar dari kereta, dia tengok rumah taehyung. "Ada orang ke tak ni?" kata jisoo nampak rumah tu macam tak ada orang je dan sepi.
Jisoo pergi ke depan pintu, dia mengetuk pintu. Taehyung baru saja landing atas tilam bujang nya tiba-tiba dia mendengar ketukan pintu di pintu utama.
"Ayah tinggal barang ke?" tanya taehyung pada diri nya. Dia bangun semula dan pergi buka pintu.
Taehyung buka pintu dari dalam. "Ayah ting..." perkataan nya terhenti. Yang ketuk pintu tadi bukan ayah nya tetapi isteri nya jisoo. Jisoo rasa gembira sangat kerana dapat berjumpa dengan taehyung setelah beberapa hari tak jumpa, seksa rasa nya.
Taehyung tak kata apa-apa dia hanya tenung jisoo tapi di bahagian dalam diri nya sangat nervous. Adakah jisoo datang ini untuk minta tanda tangan/cop tangan surat penceraian mereka?.
Seketika kemudian taehyung mengalih pandangan ke tempat lain dan bertanya. "Macam mana awak tahu alamat rumah saya?"
"Saya pergi rumah jimin tadi, saya ingat kan awak ada disitu rupa nya awak takde so saya tanya lah alamat rumah awak" jawab jisoo, dia masih memandang wajah taehyung.
"Kenapa awak datang sini?" tanya taehyung. Dia pusing badan dan berjalan masuk dalam tanpa menoleh ke belakang atau mempelawa jisoo masuk.
Jisoo tanggal kasut tumit tinggi nya dan masuk walaupun tidak dipelawa masuk ke dalam. "Saya datang sini nak minta maaf" jawab jisoo berdiri di belakang taehyung.
"Mmm okay dan awak dah boleh balik kot" kata taehyung menyuruh jisoo pulang ke condo mewah nya. "Dan saya nak awak ikut saya balik ke condo kita" jisoo berkata lagi. Dia takkan balik sendiri selagi taehyung tak ikut dia balik ke condo mereka.
💖
YOU ARE READING
Helper
Fanfiction"Saya perlukan seorang pembantu rumah perempuan yang boleh mengemas dan memasak di rumah saya. Ingat, saya nak pembantu rumah perempuan SAHAJA" KIM JISOO "Mak aiii ini rumah atau reban ayam? Aku rasa reban ayam lebih okay daripada rumah ni kot...