C-3

318 35 0
                                    

TAEHYUNG POV

Aku melangkah masuk kedalam rumah dan tutup pintu. Aku berjalan menuju kearah ruang tamu. Perjalanan aku terhenti apabila melihat keadaan rumah itu. "OMG!" aku berkata dengan terkejut sambil memegang dadaku setelah melihat keadaan rumah itu.

"Mak aiii ini rumah atau rebam ayam? Aku rasa rebam ayam lebih okay daripada rumah ini kot" aku letak beg pakaian diatas sofa sambil melihat sekeliling rumah itu. Sampah merata-rata diatas lantai. Bukan setakat sampah sahaja merata diatas lantai malah baju pun ada. Yang aku pelik nya, dia tukar baju dekat ruang tamu ke apa? Padahal bilik banyak kot. Macam mana lah dia boleh duduk rumah macam ni.

Aku pergi ke dapur pulak dan tengok keadaan didapur. Aku tepuk dahi kerana dapur dan ruang tamu sama je. "Pemalas dan pengotor nya tuan rumah ini EEEEEEE YEEKKKK" memang rumah perempuan macam ni ke? Aku bertanya diri aku sendiri. Rumah aku sendiri pun aku jaga dengan elok bersih walaupun aku ni seorang lelaki, bukan hanya mengemas sahaja aku boleh buat tetapi memasak pun aku pandai. Aku mengeluh melihat dalam rumah tu.

Tanpa aku membuang masa lagi, aku mengemas rumah itu. Aku memakai apron dan glove sebelum memulakan aktivi mengemas rumah itu. Yang pertama aku buat ialah mengutip baju-baju yang kotor di atas lantai dan disofa masuk kedalam bakul. Lepas tu aku pergi basuh baju itu.

Selepas membasuh baju aku pergi kutip-kutip sampah yang berteraburan di atas lantai, botol mineral yang kosong, plastik dan barang yang perlu dibuang masuk kedalam beg plastik hitam yang besar. Aku basuh pinggan, cawan, mangkuk, piring dan bekas-bekas yang kotor diatas singki itu.

3 jam kemudian, akhir nya aku berjaya mengemas rumah itu sendiri tanpa bantuan orang lain. Aku pergi ke dapur untuk memasak makan malam, sekarang pun dah pukul 6 petang. Aku buka peti, peti kosong hanya ada satu botol air mineral itu pun air dah separuh botol. Aku tutup peti dan sandar di peti sambil berfikir, apa yang harus aku buat selepas ini.

Aku pergi ke supermarket berhadapan condo itu untuk membeli barang-barang dapur mengunakan duit sendiri. Nasib baik aku ada duit sedikit nak beli barang-barang dapur itu. Selepas sahaja membeli barang-barang itu aku terus masak.

1 jam kemudian, aku telah pun siap masak dan hidang diatas meja makan. Aku menunggu si dia (jisoo) di ruang tamu, sekarang telah pukul 9 malam, dia masih belum balik kerja lagi. Tanpa aku sedari aku tertidur diatas sofa kerana terlalu letih.

JISOO POV

Aku tengah fokus buat kerja didalam computer di hadapan aku, tiba-tiba aku mendengar seseorang mengetuk bilik pejabat aku. "Masuk" aku berkata tetapi mata aku masih pada screen computer itu kerana aku telah tahu itu adalah seulgi.

Seulgi masuk keruang bilik aku. Aku berhenti memandang pada screen computer dan pandang kearah seulgi "Ada apa seulgi?" aku bertanya.

"Miss jisoo, saya cuma nak beritahu miss yang pembantu rumah miss nak tu dah masuk kedalam condo miss" bagitahu seulgi yang berdiri dihadapn meja aku.

"Okay. Ada apa-apa lagi tak?" aku tanya lagi yang masih memandang kearah seulgi.

"Pada pukul 8 malam ini, miss jisoo ada dinner dengan managing director mr heechul, director mr seokjin dan beberapa orang clients dari china" bagitahu seulgi. Aku menghembus nafas yang dalam.

"Saya kena pergi ke? Penting sangat ke?" aku bertanya. Sebenar nya aku malas nak pergi dan menatap muka sorang tu (seokjin). Bukan apa, hubungan aku dengan dia tak terlalu rapat atau baik walaupun kitaorang ini adik beradik. Setiap kali aku berjumpa dengan dia, ada je benda tak kena dengan dia. Aku buat ni salah, aku beri kuputusan ini salah. Dia je always right. Kitaorang seperti kucing dan anjing apabila berjumpa.

"Penting sangat-sangat miss jisoo"

"Baiklah, awak boleh pergi" aku suruh seulgi keluar dari bilik aku dan aku malas nak fikir pasal dinner pada malam ini. Aku teruskan perkerjaan yang terhenti tadi.

Tepat pada pukul 7:30, aku keluar dari bangunan pejabat aku untuk pergi dinner bersama papa, seokjin dan client's dari china. Sampai sahaja di restaurant, papa dan seokjin dah sampai manakala client's masih belum sampai.

Aku duduk sebelah papa manakala seokjin pula duduk bertentangan aku. "Jisoo mana tunang kamu?" tanya papa sambil memandang ke aku.

"Eunwoo pergi England pa, business trip kata nya" jawab aku kepada papa dengan sejujur nya. Seokjin pula dihadapan aku senyum sinis kepada aku. Aku hanya beri dia satu jelingan maut.

Kami telah dinner dan berbincang pasal business dan bersetuju dengan client's dari china itu, sekarang client's dari china itu minta diri pergi dari situ "Thank you mr heechul" client's dari china berkata sambil bersalaman dengan papa.

"Welcome. I'm glad working with you" kata papa ku pada client's china itu. Aku bersalaman dan memberi senyuman kepada client's itu sebelum mereka pergi.

Setelah mereka pergi, aku pun nak minta diri pula. "Okay lah papa, jisoo balik dulu letih" papa anggukkan kepala nya.

Apabila aku nak pergi dari situ seokjin berkata."Yela lah tu, letih konon padahal kau nak pergi enjoy kan? Maklum lah tunang kau pergi oversea, senang lah kau nak enjoy dengan lelaki lain kan?" dengan senyuman sinis pada wajah nya.

"Kim seokjin! Kenapa cakap macam tu pada adik?" papa berkata kepada seokjin dengan sedikit marah. Seokjin hanya angkat kan bahu nya pada papa.

Aku bengang betul lah dengan mamat ni, nasib baik kau tu abang aku kalau tak dah lama aku baling beg Gucci dekat kau. Aku urut dada supaya bertenang dan berkata pada seokjin "Apa masalah kau ni? Apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku ni"

Tak sempat seokjin nak berkata aku dah potong cakap dia. "Dahlah aku tak ada masa nak bercakap dengan kaki perempuan macam kau ni?" aku pergi meninggalkan papa dan seokjin di belakang. Aku mendengar seokjin berkata pada papa "Papa tengok budak kecik tu kurang ajar". "Padan muka kamu, kamu mula kan dulu" aku mendengar papa back up aku. Padan muka kau seokjin.

Aku masuk kedalam rumah, aku berjalan ke ruang tamu, keadaan sekeliling rumah itu tak seperti pagi tadi yang berselerak dan sekarang dah bersih.

Tiba-tiba mata aku tertumpu pada seseorang perempuan yang tertiduran diatas sofa. Aku menghampiri dia dan cuba gerakkan dia supaya tidur dalam bilik tetapi dia tidur mati lah pula. So aku biar jelah dia dekat situ.

Aku masuk kebilik tidur aku dan mengambil selimut lebih untuk dia. Takkan lah aku nak biarkan dia tidur tak berselimut dekat luar tu, sejuk kot. Aku selimut kan dia.

Setelah mandi aku berasa haus. Aku keluar bilik pergi ke dapur. Di dapur aku ternampak makan malam yang telah sedia di atas meja. Dia masakan untuk aku ke? Kebetulan pada masa itu juga aku lapar. Semasa dinner tadi aku tak ada selera nak makan. Tanpa fikir panjang aku duduk dan merasa makanan tersebut. "Pandai juga dia masak" aku puji dan aku makan sampai habis.

HelperWhere stories live. Discover now