C - 86

52 10 2
                                    

Taehyung dan jisoo keluar dari condominium pergi ke parking kereta.

"Biar saya drive awak duduk sebelah" taehyung berkata sambil mengambil kunci kereta dari tangan kiri jisoo manakala tangan kanan pula taehyung pegang.

"Yeay saya ada driver" jisoo berkata dalam gurauan.

"Ye, saya adalah driver awak, helper awak dan yang paling penting saya adalah suami awak" taehyung cuit hidung mancung jisoo.

Jisoo senyum sambil ketawa pada taehyung.

Taehyung buka kan pintu kereta untuk jisoo. Sebelum jisoo masuk kedalam kereta dia mencium bibir taehyung sesaat secara spontan.

"Awak jangan nanti kita tak jadi pergi super market, jangan sampai saya bawa awak atas katil pula emmm geram" gurauan taehyung, jisoo hanya ketawa kecil.

"Eh awak ni, sampai ke situ pula. Jom pergi sekarang sebelum saya berubah fikiran tak nak pergi, awak pergi la sorang-sorang."

"Saya gurau je la" kata taehyung senyum sehingga keluar 'Box smile' dia.

Mereka berdua tidak tahu bahawa ada eunwoo yang sedang memerhati kan mereka berdua didalam kereta nya.

Selepas seokjin pergi dari pejabat eunwoo, eunwoo terus pergi ke condominium jisoo.

Tak sempat nak keluar dari kereta eunwoo ternampak jisoo bersama taehyung keluar dari pintu sambil berpegang tangan menuju ke arah kereta jisoo.

Eunwoo menyaksikan kemanisan antara taehyung dan jisoo.

Eunwoo pukul stereng kereta kerana rasa cemburu. "Aku akan pastikan korang berdua akan berpisah" kata eunwoo jahat.

Eunwoo mengekori jisoo dan taehyung pergi ke super market.

🍇🍇🍇

Di super market,

"Kenapa awak tak selesa ke?" tanya taehyung pelik kenapa jisoo berdiri kaku depan pintu tu.

"Tak, saya selesa cuma saya tak sangka super market macam ni beza dengan pasar kita pergi hari tu" kata jisoo pandang keliling.

Taehyung ketawa kecil. "Saya tahu dulu kita pergi pasar ramai orang, panas, bising dan rimas kan?. Sini sejuk tak panas, orang pun tak ramai, tak bising dan selesa kan?" kata taehyung. Jisoo angguk laju.

"Dah jom masuk" Ujar taehyung sambil menolak trolley dan jisoo berjalan seiringan taehyung.

Eunwoo keluar dari kereta dan menyaksikan taehyung dan jisoo masuk super market.

"Apa yang dia dah rancun kau jisoo, seumur hidup kau, kau tak pernah pergi tempat macam ni"

Eunwoo masuk kedalam kereta balik, dia hanya tunggu di dalam kereta tak ingin masuk super market.

Empat puluh minit kemudian, taehyung dan jisoo sudah siap pilih bahan-bahan dapur dan mereka hendak membayar dekat kaunter bayaran.

Jisoo keluar kan kad dia dalam purse dan bagi pada taehyung. Taehyung tolak kad jisoo. "Takpe pakai kad saya" kata taehyung.

"Eh takpe lah pakai kad saya" jisoo masih degil suruh taehyung guna kad dia.

"Takpe pakai kad saya punya" tegas taehyung

"Pakai saya.."

Taehyung tenung muka jisoo "Awak?".

"Okay, awak guna awak punya" jisoo mengalah. Dia simpan kembali kad kedalam purse nya.

"Sweet lah korang ni" kata juru wang sambil senyum-senyum. Dari tadi dia perati je gelagat taehyung dan jisoo yang sweet tu.

Taehyung dan jisoo tak kata apa-apa mereka hanya senyum saja pada juru wang tu.

Seusai membayar barang-barang tersebut taehyung letak semua bahan-bahan tu dalam bonek kereta di tolong oleh jisoo.

"Awak masuk dalam kereta dulu, saya nak hantar trolley ni depan sana" kata taehyung sambil menujuk tempat trolley.

"Okay"

Taehyung pergi hantar trolley.

Eunwoo keluar pergi dekat jisoo bila dia nampak taehyung pergi hantar trolley.

Eunwoo tarik lenggan jisoo. Jisoo terkejut tiba-tiba ada seseorang menarik lenggan nya.

"U buat apa sini?" jisoo bertambah terkejut kenapa eunwoo ada dekat sini. Tempat ini bukan tempat eunwoo.

"I yang patut tanya u, kenapa u datang sini" eunwoo bertanya tangan nya masih memegang lenggan jisoo.

"Ini kan super market tak nampak ke? of course la beli barang" jisoo menarik lenggan dari gengaman eunwoo.

Eunwoo pegang bertambah erat. "Lepas la" ujar jisoo rasa sakit.

Taehyung nampak eunwoo pegang isteri dia, dia terus berjalan laju kearah mereka.

Taehyung tarik bahu eunwoo. "Kau dah kenapa pegang isteri aku?" Taehyung cuba tenang kan diri dia, dia tak nak gaduh depan jisoo.

Eunwoo lepaskan lenggan jisoo.

Jisoo pergi berdiri sebelah taehyung. "Awak okay ke tak?" taehyung bertanya adakah jisoo okay. Jisoo mengangguk kecil.

Eunwoo tolak tangan taehyung dari bahu nya sambil senggih jahat dan pergi begitu je tanpa mengeluarkan sepatah perkataan pun.















💖

HelperWhere stories live. Discover now