Waktu malam,
Jisoo masuk bilik. "Awak marah saya ke?" tanya jisoo takut. Taehyung yang duduk r
diatas katil pun pelik. "Marah pasal apa?" tanya taehyung. "Saya masak tak sedap tadi" jawab jisoo dan memandang ke bawah lantai.Taehyung ketawa sikit. "Buat apa saya nak marah pula, awak dah berusaha masak untuk saya. Saya sepatut nya berterima kasih pada awak tau sebab masak kan untuk saya walaupun tak sedap" kata taehyung jujur. Jisoo senyum sikit.
Taehyung masih pandang jisoo yang berdiri disitu. "Awak tak nak tidur ke?" tanya taehyung. "Nak lah" jawab jisoo laju. Hari ni dia letih, letih memasak tadi.
"Habis tu awak berdiri dekat situ buat apa?" kata taehyung. "Saya nak tidur mana?" tanya jisoo dengan wajah yang blur. Katil taehyung kecil je, dia rasa tak muat untuk dia dan taehyung.
"Tidur atas katil ni lah. Awak nak tidur atas lantai ke?" kata taehyung. Jisoo mengeleng laju bila ditanya nak tidur atas lantai. "Muat ke?" tanya jisoo lagi.
Taehyung tak jawab lalu dia tarik jisoo ke katil nya dan mereka baring bersama atas katil tu. "Muat kan?" kata taehyung sambil memandang wajah jisoo. Muka mereka sangat dekat dan mereka kongsi satu bantal "Muat" jawab jisoo dan malu-malu kucing. Dia pun memandang wajah taehyung.
Jisoo memegang wajah taehyung. "I miss you verh much" kata jisoo. Pandangan mereka masih tidak lepas.
"Betul ke awak cinta saya?" tanya taehyung. Jisoo angguk laju. "Betul, saya cinta awak. Percaya lah saya, didalam hati saya ni cuma ada awak, awak saja taehyung" kata jisoo tulus dan ikhlas.
"Betul ni? kali ni awak tak bohong?" tanya taehyung dengan perasaan ingin tahu. Jisoo mengeluh kecil, nampak gaya nya taehyung masih ragu-ragu dengan cinta nya.
"Taehyung, awak dengar sini. Saya ni seorang yang keras kepala dan saya sangat tak suka bila ada orang menyuruh saya buat sesuatu. Bila awak suruh saya ganti baju dan pakai baju awak, saya buat kan?. Awak suruh naik motor awak, saya naik kan?. Awak suruh saya masak, saya masak walaupun saya tak pandai masak langsung tapi saya tetap masak untuk awak. Saya buat semua ni kerana awak. Saya ingin buktikan cinta saya pada awak. Saya tak bohong atau mempermainkan cinta awak. Saya ikhlas mencintai awak taehyung" kata jisoo panjang lebar.
Taehyung percaya kata-kata jisoo tadi lalu dia mencium bibir jisoo dan jisoo pun membalas. Hari ni taehyung rasa sangat bahagia sekali. Cinta nya dibalas oleh jisoo. Cinta nya tidak lagi tepuk sebelah tangan.
Mereka lepas kan ciuman mereka. "I love you dan jangan tinggalkan saya lagi" kata jisoo. "I love you too dan saya janji saya takkan tinggalkan awak. Saya akan tetap di sisi awak" balas taehyung. "Awak janji dengan saya, awak takkan ulangi kesalahan awak lagi, awak jangan balik pada eunwoo lagi" sambung taehyung.
"Saya janji saya takkan buat lagi" kata jisoo sambil angkat tangan tanda berjanji. Taehyung senyun lebar. Dia cium jisoo lagi dan jisoo pun balas.
Mereka bukan hanya cium tapi mereka juga melakukan hubungan suami isteri diatas katil yang kecil tu.
💖
YOU ARE READING
Helper
Fanfiction"Saya perlukan seorang pembantu rumah perempuan yang boleh mengemas dan memasak di rumah saya. Ingat, saya nak pembantu rumah perempuan SAHAJA" KIM JISOO "Mak aiii ini rumah atau reban ayam? Aku rasa reban ayam lebih okay daripada rumah ni kot...