Jisoo terpaku, terdiam dan mata nya membulat kerana melihat seseorang keluar dari bilik air hanya memakai kain tuala di pinggang tanpa baju di badan dan rambut masih basah.
Mulut jisoo ternganga sedikit. Selama ini taeyeon yang dia kenal bukan lah perempuan asli tapi melain kan seorang lelaki yang sejati dan jisoo mengingati lelaki dia jumpa 1 minggu yang lepas.
Taehyung pun tak kalah terkejut nya. Dia pandang ke arah pintu bilik nya dan kemudian dia pandang ke jisoo. Macam tak percaya jisoo boleh masuk ke bilik nya dan tengok dia sebagai taehyung bukan taeyeon.
"J...ji....ji..soo.." kata taehyung sekat-sekat. Kali ini penyamaran dia telah kantoi. Dia rasa takut dan dia akan di buang dari kerja ini.
Jisoo berjalan menghampiri taehyung dan memeluk taehyung dari depan. Air mata nya keluar. Dia tidak kisah taehyung tu perempuan atau lelaki yang penting dia perlu kan seseorang untuk tenang kan dia dan meluahkan perasaan sakit nya pada taehyung.
Sekali lagi taehyung terkejut kerana tiba-tiba jisoo memeluk nya dan menangis di dada nya. Taehyung dapat merasakan air mata jisoo yang hangat tu mengalir di badan nya. Tangan taehyung perlahan-lahan untuk membalas pelukan dari jisoo, muka nya merah dan jantung mula berdebar macam biasa (laju) apabila bersama jisoo.
"Kenapa dia curang dengan saya? Saya sayang dia tapi dia khianati cinta saya. Hati saya sangat-sangat sakit" kata jisoo masih menangis dan masih memeluk taehyung seerat-erat nya.
Taehyung rasa sakit melihat jisoo macam ni dan dia juga marah terhadap eunwoo kerana buat jisoo sedih.
"Tak guna punya jantan. Kalau aku jumpa kau, aku akan patah-patah kan tulang kau. Kau telah sakit kan hati jisoo aku. Kalau dari dulu aku bagi tahu jisoo yang eunwoo itu lelaki yang jahat, dia tak lah sedih macam ni"
Taehyung mengosok-gosok belakang jisoo perlahan-lahan.
"Awak menangis lah sepuas-puas hati awak" kata taehyung dengan suara deep nya itu.
Mereka masih berpelukan dan jisoo masih belum berhenti menangis.
15 minutes later,
Jisoo berhenti menangis, dia lepaskan pelukan dari taehyung dan pandang ke taehyung. "Thanks for pinjamkan dada awak. Sorry dada awak basah and we need to talk. Awak pakai baju dulu. Saya tunggu awak dekat ruang tamu" kata jisoo dan keluar dari bilik taehyung.
Dia nak dengar penjelasan dari taehyung kenapa taehyung menyamar sebagai perempuan. Apa motif taehyung sebenar nya.
YOU ARE READING
Helper
Fanfiction"Saya perlukan seorang pembantu rumah perempuan yang boleh mengemas dan memasak di rumah saya. Ingat, saya nak pembantu rumah perempuan SAHAJA" KIM JISOO "Mak aiii ini rumah atau reban ayam? Aku rasa reban ayam lebih okay daripada rumah ni kot...