Arfa bangun tidur agak lewat pada pagi ini. Jam sudah menunjukkan pukul 9 namun dia masih dibuai mimpi. "Arfa ! Arfa bangun ! " Jerit Danial. "Ya... Kacaulah abang ni, " kata Arfa. "Kacau apa ? Adikku sayang bangun. Sekarang dah pukul 9, " kata Danial. Arfa masih mengantuk. Dia turun ke bawah. Danial hanya tergelak kecil.
"Mama, oh mama, " Arfa mencari Puan Aisha. Dia menuju ke dapur namun tiada Puan Aisha di situ. "Mama dah pergi butik, " kata Faris. Arfa memandang ke arah Faris. "Fa..Faris ! Awak buat apa dekat sini ? " Soal Arfa. Faris hanya tersenyum. Dia melihat ke arah Arfa. "Saya tunggu awak. Aunty kata awak tak bangun tidur lagi, " kata Faris. "Ma..mama mana ? " Soal Arfa. "Aunty dah pergi butik. Dia suruh saya tunggu awak dekat sini, " kata Faris. Arfa terus berlari semula ke atas untuk menukar pakaiannya.
Arfa memakai knitwear bewarna merah serta kasut Nike Red-Black Air Force. Arfa turun semula ke bawah. Dia hanya menjamah sekeping roti bakar dan secawan teh. Arfa melihat ke arah Faris yang sedang menjawab telefon di luar. Selepas menjawab panggilan, Faris masuk semula ke dalam. "Dah siap ? " Soal Faris. Arfa hanya mengangguk.
"Kalau awak pakai pyjamas tadi pun dah okey. Cute, " kata Faris. Arfa hanya tertunduk. Wajahnya bertukar kemerahan. "Princess nak pergi mana dulu ? " Soal Faris. Arfa tidak tahu hendak pergi kemana. Dia memandang ke arah Faris. "Ikut awaklah, " kata Arfa. "What about mall ? " Soal Faris. Arfa hanya mengangguk. Dia kurang bercakap dan hanya setuju akan cadangan yang diberikan.
Faris membawa Arfa ke pusat membeli- belah. Mereka berjalan- jalan dan singgah di beberapa kedai. Faris masuk ke dalam sebuah kedai yang menjual barang kemas. "Kenapa kita masuk sini ? " Soal Arfa. "Beli cincinlah, " kata Faris. "Cincin ? Tapi wedding kita lambat lagi, " kata Arfa. "Ini cincin hadiah, okey, " kata Faris. Arfa hanya mengangguk.
Selepas membeli cincin, Arfa singgah di sebuah kedai hadiah. Dia membeli sebuah anak patung beruang besar bewarna merah jambu. "Besarnya, " kata Faris. Arfa memeluk anak patung beruang tersebut. Buat apa beli anak patung besar- besar ? " Soal Faris. "Nanti awak tahu, " kata Arfa. Mereka berjalan menuju keluar ke tempat letak kereta. Arfa membantu Faris menyimpan barang- barang di dalam bonet kereta.
YOU ARE READING
My Husband Is A Mafia
RomanceSiapa sangka seorang lelaki yang lemah lembut itu sebenarnya seorang pembunuh bersiri. Siapa sangka seorang lelaki yang menyayangi isterinya itu sebenarnya seorang pemilik pasaran gelap yang diburu. Arfa masih tertanya- tanya siapa sebenarnya lelaki...