🌹Chapter 5 : WEDDING 🔪

501 18 2
                                    

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum majlis pernikahan mereka berlangsung. Arfa berasa sangat gementar. Dia masih tidak mendengar khabar tentang Soobin dan Da eun. Arfa berasa sangat sedih kerana dia sudah tidak berhubung dengan mereka lagi.

Arfa berjalan di belakang rumahnya. Dia duduk di atas buaian sambil melihat langit yang diterangi sinar bulan dan bintang- bintang. Arfa membayangkan memori indahnya bersama Soobin dan Da eun. "I miss you chagiya, I miss you unnie, ".

Semua orang sedang sibuk menggubah dan menghias pelamin serta dulang hantaran. Faris pula sedang sibuk melayan saudara- mara dan tetamu yang hadir membantu. Danial datang ke arah Faris. "Arfa mana ? " Soal Danial. "Tadi Faris nampak dia ada dekat dalam, " kata Faris. "Abang dah tengok dah tadi, tak ada pun, " kata Danial. Faris berasa hairan. Dia mula mencari Arfa di seluruh tempat.

Faris pergi ke belakang rumah. Dia melihat Arfa sedang duduk di atas buaian. "Arfa buat apa dekat sini ? " Soal Faris. "Eh Faris..., " Arfa memandang ke arah Faris yang sedang berdiri di belakangnya. Faris datang ke arahnya lalu duduk di sebelahnya. "Arfa nervous ke? " Soal Faris. Arfa hanya mengangguk. Faris memegang tangan Arfa. "It's okay. Saya janji saya akan jaga awak, " kata Faris. Arfa mula tersenyum.

🔪🔪🔪🔪❤️❤️❤️❤️❤️🔪🔪🔪🔪

"I miss you Arfa. Wait for me. No one can get you from me..."

🔪🔪🔪🔪❤️❤️❤️❤️❤️🔪🔪🔪🔪

Hari ini merupakan hari yang dinanti- nantikan buat Faris. Hari yang sangat bahagia buatnya. Saudara- mara dan rakan- rakannya turut hadir bagi memeriahkan majlis perkahwinan mereka. Selepas sesi pernikahan, Faris dan Arfa dibawa ke meja makan untuk makan. Faris tersenyum ke arah Arfa.

"Arfa okey ? " Soal Faris. Arfa hanya mengangguk sambil tersenyum. Dia memegang tangan Faris. Faris membawa Arfa ke meja makan.

Semua tetamu mula beransur pulang. Arfa berasa sangat penat. Selepas ibu dan bapa Faris pulang, Arfa masuk ke dalam bilik untuk menukar pakaian. "Panasnya, " Arfa menyalin pakaiannya dengan baju kemeja-T. Dia memakai seluar tidur kemudian baring di atas katil. " I am soooo tired, " kata Arfa.

Faris masuk ke dalam bilik Arfa. Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam. Semua orang sudah tidur. Faris tersenyum melihat Arfa yang sedang tidur. "Cute..., " Faris baring di sebelah Arfa. Dia mengusap rambut Arfa. Dia mencium pipi Arfa kemudian melelapkan matanya.

"No ! No ! Don't kill him. Just kill me. Don't touch him. No ! " Faris terkejut apabila terdengar Arfa tiba- tiba menjerit sambil menangis. "Arfa, Arfa, " Faris cuba mengejut Arfa. Arfa membuka matanya kemudian memeluk Faris sambil menangis. "Don't kill him... Please..., " Kata Arfa sambil menangis teresak- esak. "No, shh... It's just a dream, " Faris cuba memujuk Arfa. Arfa mengelap semula air matanya kemudian cuba untuk melelapkan matanya.

Arfa bangun tidur pada pukul 5 pagi. Dia hendak keluar berjalan- jalan untuk menenangkan diri. Arfa tidak mahu mengganggu Faris yang sedang tidur. Dia menukar pakaiannya kemudian keluar dari rumah untuk berjoging. Arfa memanaskan badannya sebelum berjoging. Dia menuju ke taman dan berjalan di sekitar taman.

"Zzzzz, " telefon Faris berbunyi. Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi. Faris bangun lalu duduk di atas katil. Dia melihat tiada siapa di sebelahnya. "Mana Arfa ? " Faris kemudian segera turun ke bawah untuk mencari Arfa.

Faris mencari di semua tempat termasuk di belakang rumah namun tiada. Dia juga telah bertanya kepada pembantu rumah Puan Aisha jika ternampak Arfa tetapi dia juga tidak tahu. Faris juga telah mencari di luar kawasan rumah. "Mana pula dia pergi ? " Faris mula berasa bimbang. Tiba- tiba, seseorang datang ke arahnya. "Hah... Penatnya..., " Rupa- rupanya Arfa yang baru lepas pulang dari berjoging. Faris memandang ke arah Arfa. "Arfa pergi mana tadi ? Puas saya cari, " kata Faris. "Arfa pergi joging dekat taman je, " kata Arfa. "Awal- awal pagi macam ni ? " Soal Faris. "Arfa tak boleh tidur malam tadi, tu Arfa bangun pergi joging, " kata Arfa. Faris memimpin tangan Arfa lalu membawanya masuk ke dalam bilik.

Arfa duduk di sebelah Faris. "Sayang, lepas ni jangan buat macam ni lagi. Saya risau tahu tak ? " Kata Faris. Wajah Arfa berubah. Jantungnya berdegup kencang apabila mendengar Faris memanggilnya sayang. Arfa hanya mengangguk. "Sorry, " Faris hanya tersenyum kemudian mencium pipi isterinya itu.

Arfa telah mengemas pakaiannya untuk pulang ke rumah Faris. Faris sudah memberitahunya bahawa esok pagi mereka berdua akan tinggal di rumahnya. Arfa membawa anak patung beruang kesayangannya juga. Selepas siap mengemas, Arfa turun ke bawah untuk melihat Puan Aisha.

"Good morning ma, " Arfa duduk di sebelah Puan Aisha. "Good morning sayang, " kata Puan Aisha. Faris juga berada di bawah sedang bersarapan. Puan Aisha pergi ke dapur untuk membantu pembantu rumahnya. "Faris, " Faris memandang ke arah Arfa. "Hmm ? " "Boleh tak kita stay dekat sini berapa hari lagi ? " Soal Arfa. "Ermm tak bolehlah sayang. Saya ada kerja. Tak apa, lain kali kita boleh datang lagi, " kata Faris. Arfa hanya mengangguk perlahan.




Hi guyss! Mcm mana ? Okay tak ? Klau tak okay you guys boleh comment takpe i tak kisah sbb i still belajar lg nk tulis novel... Enjoyyy <3

My Husband Is A MafiaWhere stories live. Discover now