🌹Chapter 9 : SUPERMARKET 🔪

336 14 1
                                    

"Bosannya, " Arfa berjalan- jalan di belakang rumahnya. Dia melihat Kak Hanis sedang menanam pokok bunga. Arfa masuk semula ke dalam rumah untuk menukar pakaiannya. Dia mengambil beg tangannya kemudian menuju ke kereta. Arfa melihat Adam berada di luar sedang mengelap tingkap kereta. "Miss nak pergi mana ? " Soal Adam. Dia melihat Arfa sudah bersiap- siap untuk keluar. "Boleh bawa saya pergi supermarket ? " Soal Arfa. Adam mengangguk kemudian membuka pintu kereta.

Arfa masuk ke dalam pasar raya bersama Adam. Dia berasa agak kurang selesa kerana Adam sering berada di sebelahnya. "Adam, tolong saya cari barang ni. Saya nak pergi tengok makanan dekat sana, " kata Arfa lalu memberikan sehelai kertas kecil kepada Adam. Adam meninggalkan Arfa di situ.

Arfa sedang melihat buah- buahan yang segar dan murah. Tiba- tiba, dia terdengar satu tembakan dari arah pintu hadapan pasar raya. "BANG ! " Semua orang berlari keluar dari pasar raya tersebut. Suasana menjadi huru- hara. Adam membawa Arfa ke tempat yang selamat. Mereka berlari ke dalam stor barang kemudian menyorok di belakang sebuah rak besar yang dipenuhi kotak- kotak. Semasa Adam membawa Arfa ke belakang rak tersebut, tangannya tersangkut pada bucu rak itu. Tapak tangannya sedikit terkoyak dan berdarah. Arfa cuba untuk menahan kesakitan. Mereka terdengar bunyi tapak kaki yang semakin dekat. "I know you you're here, " kata lelaki tersebut. Lelaki itu berjalan semakin dekat dengan rak tersebut. Arfa menutup mulutnya. "I let you go, " Lelaki itu kemudian keluar semula dari pasar raya itu.

Adam melihat adakah lelaki itu masih berada di sini atau tidak. "Miss dah boleh keluar, " kata Adam. Arfa keluar dari rak tersebut. Adam memeriksa tangan Arfa. "Teruk ni miss. Kita kena pergi klinik, " kata Adam. Mereka segera menuju ke klinik. Darah mengalir tidak berhenti pada luka itu. Arfa menutup lukanya dengan sapu tangannya. Setelah siap tangannya dirawat, Arfa dan Adam terus pulang ke rumah.

"Arfa, are you okay ? " Faris berlari ke arah Arfa. Arfa menunjukkan tangannya yang telah dibalut kepada Faris. "Don't worry. Doktor cakap tak ada apa yang serius, " kata Arfa sambil tersenyum. Faris memeluk Arfa. "Saya risau tau tak ? " Kata Faris. "Okay, okay, " kata Arfa.

Arfa duduk di atas buaian sambil memandang ke arah langit. Dia tersenyum seorang diri.

"Kenapa dia risau sangat ? Kenapa hati aku berdebar ? Aku suka dekat dia ke ? "

"What are you doing ? " Arfa terkejut apabila mendengar suara Faris yang datang dari arah belakangnya. Faris duduk di sebelah Arfa. "Sakit lagi ke ? " Faris memandang ke arah tangan Arfa. "Tak sangat, " "You're very strong Arfa, " kata Faris sambil tersenyum. Mereka memandang antara satu sama lain.

Keesokan harinya, Faris pergi ke kerja seperti biasa manakala Arfa hanya duduk di rumah. Dia melihat buku- buku di rak biliknya. Arfa mengambil sebuah buku dan membacanya. Setelah beberapa minit, dia tertidur.

"Arfa, Arfa, " Faris mengejut Arfa perlahan- lahan. Arfa bangun dari tidur kemudian memandang ke arah Faris. "Dah pukul berapa sekarang ? " Soal Arfa. "8:00, " jawab Faris. Mata Arfa membulat. "Why I am so tired lately, " kata Arfa. Dia menuju ke bilik air. Selepas mandi, Arfa turun ke bawah untuk makan malam. "Let's go honeymoon next week ? " Soal Faris. "Okay, " jawab Arfa.

My Husband Is A MafiaWhere stories live. Discover now