🌹Chapter 1: I AM BACK 🔪

929 18 1
                                    

Setelah beberapa jam berada di dalam kapal terbang, akhirnya Arfa tiba di lapangan terbang (KLIA). Dia berasa sangat teruja hendak bertemu dengan keluarganya. Walaupun begitu, dia masih berasa sedih kerana berpisah dengan Soobin. Arfa menarik nafas panjang lalu menuju ke pintu keluar lapangan terbang.

"Mama ! Papa ! " Arfa berlari menuju ke kereta Tuan Arif. Arfa bersalaman dengan Tuan Arif dan Puan Aisha. "How are you my little princess? " Soal Tuan Arif. "Great. Arfa rindu mama dengan papa, " kata Arfa. Tuan Arif mengucup pipi Arfa. Pemandu peribadi Tuan Arif membawa bagasi Arfa masuk ke dalam kereta.

"Kita dah sampai, " kata Tuan Arif. Arfa keluar dari kereta kemudian menuju ke pintu rumah. "Assalamualaikum, " seorang lelaki membuka pintu apabila mendengar Arfa memberi salam. "Waalaikummussalam, " rupa- rupanya Danial, abang kepada Arfa. "Abang ! " Arfa memeluk Danial erat. "Kenapa abang tak datang airport ? " Soal Arfa. "Saje nak buat surprise, " kata Danial. Danial menyuruh Arfa berehat dahulu di biliknya. Arfa hanya mengangguk lalu menuju ke biliknya.

Arfa masuk ke dalam biliknya. Dia baring di atas katil. Arfa mengambil telefonnya di dalam beg. Dia berasa gembira apabila melihat satu mesej daripada Soobin masuk.

-Soobin 자기야 💜-
Hi sweetheart. I really miss you. Have you arrived ? I am very worried. Please reply my message. Luv u ❣️

Arfa tersenyum apabila membaca mesej dari Soobin. Dia mula berasa rindu terhadap Soobin.

-Arfa 🐣❣️-
Hi chagiya. I miss you so much too. I am at home rn. Don't worry about me. I am okay. Don't forget to eat my little bunny. Luv u ❣️

Danial menuju ke bilik Arfa. Dia memandang ke arah adiknya. Danial berasa hairan melihat Arfa tersenyum seorang diri sambil memandang ke arah telefonnya. "Ehem ! " Arfa hampir tercampak telefonnya apabila melihat Danial berdiri di pintu biliknya. "Apa dia abang ni ?! Lain kali ketuk la pintu dulu, " kata Arfa. Danial ketawa kecil. "Amboi, bukan main lagi senyum sorang- sorang. Tengah chat dengan boyfriend ya ? " Soal Danial. "Mana ada. Arfa tak ada boyfriend la, " kata Arfa. "Ye la tu, "kata Danial. Arfa menolak abangnya keluar lalu menutup pintu biliknya. Dia kemudian menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

Arfa menuju ke dapur. Dia melihat Puan Aisha sedang menyiapkan makan malam. Arfa memeluk Puan Aisha dari belakang. Puan Aisha terkejut, "Ish budak ni ! Terkejut mama, ". Arfa ketawa kecil. Dia membantu Puan Aisha menyediakan makan malam. Selepas menyediakan makanan, Arfa memanggil Danial dan Tuan Arif makan bersama- sama.

Setelah makan malam, Arfa menuju semula ke biliknya. Dia tidak dapat melelapakan matanya. Arfa mencapai telefonnya di atas meja. Dia melihat gambar- gambarnya bersama Soobin dan Da eun. Air matanya mula mengalir. "I miss u chagiya, " kata Arfa. Tiba- tiba, seseorang mengetuk pintu biliknya. "Boleh abang masuk ? " Arfa mengelap air matanya lalu membuka pintu. Danial masuk ke dalam bilik lalu duduk di sebelah Arfa. "Arfa okey ? " Soal Danial. Dia seperti memahami perasaan Arfa. Arfa meletakkan kepalanya di atas bahu Danial. "I miss him, " kata Arfa. "I know, " kata Danial. Arfa memandang ke arah Danial. "It hurts, right ? " Arfa hanya mengangguk perlahan.

My Husband Is A MafiaWhere stories live. Discover now