Hidup sebagai seorang workholic dan classy yang menjadi kebanggaanku saat ini, mungkin tidak akan bisa bertahan lama. Aku masih dilema dengan keputusan sendiri. Tapi hendak bertahan lama di dalam perut ofis, sudah tentu aku muak dengan segalanya.
Dengan perangai durjana seorang majikan. Hmm mana mungkin seorang pekerja bawahan seperti aku mampu bertahan. Bahkan, aku sudahpun menghadapnya selama menjadi seorang intern sehinggalah akhirnya menjawat jawatan tinggi.
Jika aku memilih untuk lepaskan cara hidup ini, bagaimana dengan cerita selanjut hidupku ?
Aku melepaskan kepenatan pada sofa tunggal di bilik. Senyuman yang hangit ku hadiahkan dari luar talian sambil menatap siling bilik yang sudahpun indah dengan lampu led bermotifkan si kerdil bintang. Cantik.
Suara dari Myaa masih bergema pada skrin telefon pintarku. Setelah memilih untuk berhenti kerja dan pulang ke tanah air, aku mula naik rindu akan dirinya. Mujur sahaja dia masih memilih untuk tidak hilang jejak dariku.
" Kalau aku berhenti macam mana ?" tanyaku sengaja.
" Kamu bercanda ? janganlah. Kan kamu sayang banget dengan pekerjaan itu. Rugi kali ya kalau kamu lepaskan satu-satunya minat kamu." Jelasnya dengan bahasanya sendiri. Aku tertawa kecil.
Perlahan aku bingkas dari pembaringan tadi. Keluhan halus aku lepaskan seketika. Bukan apa, setelah Myaa dan Iliah serentak berhenti, keadaan pejabat mereka menjadi suram.
Bahkan, kekurangan tenaga kerja. Tetapi, itu bukan urusanku. Siapa suruh majikan kurang adab sangat. Kan dah padan.
" Tak adalah. Kau tahu nda ? tadi siang dia pergi lempar report jualan buku bulan ni depan Yanti. Nasiblah Yanti tu hati batu, kalau tak, dengan Yanti sekali ikut jejak korang keluar dari ofis." Jelasku dengan nada tidak puas hati.
Dari dalam talian, Myaa ketawa kecil. sedangkan aku, masih dilema hendak berhenti atau teruskan sahaja menghadap lelaki tak guna tu. Tak reti hadap pekerjanya dengan baik. Asyik nak mengamuk jak. Bila rating jualan naik tak adalah nak puji, nak belanja atau bagi bonus.
" Ya udah, ditahan ajalah. Yang penting kamu jangan berhenti ya. Aku matiin dulu panggilannya, soalnya bunda aku pengen makan." Ucap Myaa.
Riak wajahku tika itu berubah. Bukannya aku tidak tahu mengenai keadaan Bonda Myaa. Sebelum gadis Indonesia itu masih bekerja bersama aku, dia sering keluarkan beratus wang demi ibunya di tanah air. Aku menganggukkan kepala seraya mengiyakan apa yang dibicarakannya.
Telefon pintar yang sudah padam aku daratkan pada meja solek. Aku memandang keliling kamar. Jujur sahaja, aku rindu Myaa. Selama bekerja bersama, gadis itu menetap di rumah. Disebabkan kejadian buruk yang pernah menimpanya, aku justeru mengajak dia untuk tinggal bersama.
" Syifa !"
Aku segera keluar dari bilik. Pakaian kerja yang membusuk dek peluh masih tersarung ditubuhku. Masih terasa malas hendak membersihkan diri. Aku memandang sang ibu yang sedang menyiapkan hidangan makan malam. Perlahan pandanganku tumpah pada dataran meja itu.
Dua jenis lauk kegemaranku dan Jane, dan tiga piring yang tersedia di hadapannya. Aku mendekati Mama sambil menarik kerusi. Sempat dia memandangku yang masih dengan pakaian busuk itu.
" Kenapa nda mandi lagi ? dah solat isyak belum ?" tanyanya.
Aku menggelengkan kepala sambil anak mataku melirik disetiap lauk pauk yang disediakan. Ayam masak merah dan sayur campur. Aku tak dapat nafikan, masakan Mama adalah yang paling terbaik dan sedap di dunia.
Tiada tandingan. Oleh sebab itu jugalah, aku dan Jane tidak pernah menjamah makanan luar.
" Mama. "
Mama terus menolehku. Bibirku yang masih terpalit dengan lipstick merah jambu menguntum senyum. Ada sesuatu yang Mama terlupa agaknya.
" Piring Abah ?" tanyaku.
Mama lantas menepuk dahinya. Lupa jika piring Abah juga harus diletakkan bersama ketika makan malam. Mama segera mencapai satu lagi pinggan sebelum didaratkan keatas meja. Aku sempat menariknya.
" Malam ni piring Abah sebelah Syifa, okay ?"
Mama mengheret senyum nipis lalu menganggukkan kepala. Meskipun sudah 3 tahun berlalu, tradisi yang direka sendiri oleh anak daranya itu tetap dilayannya. Kepergian insan tercinta dari kehidupan mereka telah mengubah cerita hidup keluarga kecil itu.
" Kalau macam tu, Syifa mandi dulu."
Aku bergegas masuk ke kamar semula. Tidak sabar untuk menjamu makan malam. Walaupun sepi tanpa adanya sang Abah. Tapi aku yakin, Abah akan sentiasa bersama kami bertiga.
Dan kehadiran Abah walaupun tidak terasa akan tetap membuatkan hati kecilku begitu semangat menjamu makan.
Mama hanya menggelengkan kepala. Sudah menjejak umur 25 tahun, tetapi tetap sahaja anak gadisnya itu bersikap seperti dahulunya. Pinggan kosong dihadapannya dipandang lama.
Entah mengapa, tiba-tiba sahaja kelopak matanya terasa panas.Mama segera menyeka cecair jernih yang hampir jatuh menitis di atas meja makan. Senyuman pendek mula terukir di bibirnya.
@ainsabt
Jam menunjukkan angka 7 pagi. Usai sahaja aku punch card kehadiran, aku segera menuju ke meja kerjaku yang berhampiran dengan jendela kaca.
Besarnya bisa memuatkan satu gambaran indah dari sebuah bandar yang dihujungnya terdampar laut yang indah. Belum sempat aku hendak melabuhkan dudukkan, seorang rakan kerjaku menegur.
" Asyifa, bos panggil kau." Jelasnya.
Dahiku berkerut. Berlipat kehairanan. Aku memandang jam tangan. Awalnya sampai. Selalunya dialah yang paling lewat datang. Mentang-mentanglah bos. Hatiku berbisik kegeraman tika itu.
Baru sahaja aku hendak melangkah, Yanti menahanku. Dia menoleh keliling sebelum membisikkan sesuatu di sabit milikku yang tertutup dengan hijab keluaran baru dari Hanas Attire.
" Kau hati-hati weyy. Aku tengok mood dia kurang stabil jak."
Aku segera menjauhkan telingaku dari bibir Yanti. Pulak dah. Nak panggil time mood tak stabil sebab apa. Aku mula tidak keruan. Walaupun aku memang hendak berhenti dari pekerjaan ni, tapi jika diberhentikan sendiri oleh bos hanat tu takkah buruk prestasi aku nanti. Hati kecilku mula menggerutus tidak tentu pasal.
" Gaduh dengan bini dia lah tu." Ucapku sengaja hendak sedapkan hati. Yanti pula sudahpun terhibur dengan bicaraku. Aku layankan seketika sebelum memukul lengannya. Suka betul buangkan masa rakan kerjanya sendiri. Aipp. tak baik tahu Yanti.
Aku menghentikan langkah tepat di hadapan daun pintu Pengerusi. Nafas dalam, aku tarik dan hembus semahunya. Entah mengapa debaran kuat terasa di dadaku. Ada sesuatu yang salah aku buat ke ? ndak mungkinlah. Kalau ya, dari dua hari lepas lagi dia akan panggil aku.
" Aduh Myaa, kalau kau ada pasti kau tenangkan aku."
" Nak saya bukakan pintu tu baru nak masuk ke ?" suara dari dalam bilik itu menerpa cuping sabitku. Tidak semena, segala bulu romaku meremang.
Macam mana pula dia boleh tahu aku berdiri di hadapan ni. Tanpa menunggu lama, aku memulas tombol pintu. Wajah sang Pengerusi itu aku tatap dengan senyuman.
" Puteri Asyifa, awak saya pecat."
Aku tergamam. Tubuhku serta merta kaku.
" Apa dia Tuan ? saya belum duduk lagi pun. Tuan janganlah nak bermain." Balasku tidak puas hati selepas mendengar dengan jelas apa yang dikatakan lelaki tua berkulit hitam manis itu. Wajahnya tampak tegang.
" Awak ada nampak muka saya macam nak bermain ke ?" tanyanya. Aku senyap. Perlahan kepalaku menggeleng. Aku belum duduk pun, dia dah utarakan kata pecat kat aku.
Sandakan, Sabah.
2021 - Ain 🤍_
___________________
so first bab ni macam mana ? bole laa bh kan hehe. ouiyaa mohon maaf jika ada silap dalam bahasa Indonesia. 🙏😇
YOU ARE READING
UNDER THE RAIN [ C ]
RomanceTentang kisah di bumi Jawa Timur. ▫️ [ Start : 06 SEPT 2021] ▫️ [ Done : OCT 2021]