05 || Hujan di Jawa Timur

44 11 7
                                    


Di malam hari, hujan mula membasahi Desa Kota Batu. Aku membuka jendela kayu di kamar milik Myaa. Angin dingin serta merta menyapa wajahku tanpa pinta.

Sempat aku mengigil kesejukan. Udara di kawasan desa ini begitu sejuk apabila sudah menginjak waktu malam. Aku menutup kembali jendela bilik lalu segera keluar dari kamar.

Di tengah ruangan tetamu, aku dapat melihat dua wanita sedang menghamparkan sejadah di atas tikar mengkuang yang bermotifkan bunga-bungaan. Aku menguntum senyum .

Suasana itu tidak asing bagiku. Kerana di Kota Kinabalu sahaja pun, aku, Mama dan Jane akan bertiga saat solat berjemaah. Aku mengheret tawa kecil di bibir. Langkah kaki aku atur kecil sambil mendekati mereka.

" Malam ini, kita solatnya di rumah aja dulu ya nak. Soalnya diluar lagi hujan. Kebiasaannya orang rumah sukanya solat jemaah di surau." Tegur Bunda Minah apabila menyedari aku yang sedang menghampri mereka berdua.

Aku menganggukkan kepala. Myaa pula usai sahaja menghamparkan sejadah, sempat memeluk lenganku. Aku menatapnya seketika sambil menghadiahkan jeliran hujung lidah.

" Ouya, Mama ada belikan Bunda hadiah. Tapi Syifa lupa bagi tengahari tadi. Syifa bagi lepas solat, bolehkan Bunda ?" tanyaku.

Bunda hanya menganggukkan kepala. Myaa menatap sekali lagi. Anak matanya bersinar-sinar apabila mendengar hadiah yang ku bicarakan. Aku yang begitu memahami pemikirannya sekadar menggelengkan kepala. Bermaksud tiada hadiah untuknya.

Baru sahaja dia hendak mencuit, kedengaran azan waktu Isyaa berkumandang di desa. Entah mengapa, sungguh aku merasa takjub dengan segalanya yang berada di sini. Bukannya di kawasan rumah tiada masjid. Hanya sahaja aku merasakan perbezaannya diantara kawasan kampung dan juga bandar.

" Ayok tebak siapa muadzzinnya ?"

Myaa tiba-tiba sahaja menyerangku dengan persoalannya. Lantas lamunan ku berjeda tepat di saat layar mindaku menampakkan kesibukkan kota tanah kelahiranku. Aku memandangnya.

Suara muadzzin yang jelas kedengaran, aku hadam sedalamnya. Namun tetap sahaja aku tidak tahu siapa. Mas Bagus ? mungkin sahaja.

" Cogan idaman desa. Kak Ian." Jawab Myaa dengan nada halusnya. Kelopak mataku terasa bugar. Membulat bagaikan terpegun sekali lagi dengan mahakarya Allah yang satunya. Masya Allah. Ternyata benar-benar full package.

Aku mencari-cari bayang hitam dua beranak tadi.

Namun masih tidak kelihatan. Seketika itu, gegendang telingaku akhirnya menangkap bicara mereka dari luar. Segera aku mendekati mereka sambil membawa dua beg kertas yang dikirimkan oleh Mama buat mereka berdua. Aku melangkah keluar.

Bunda dan Myaa sedang duduk di balkoni sambil menikmati hujan. Aku menguntum senyum . Perlahan aku mendekati mereka.

" Buat apa tu ?" tanyaku sengaja.

Bonda memandangku lalu segera mengajakku duduk bersama. Aku menganggukkan kepala. Punggung aku labuhkan pada bangku jati. Sempat aku memandang kearah beberapa warga desa yang sedang berlari anak meredai hujan.

" Bunda, ni hadiah dari Mama. Dan Myaa ku sayang.

" MasyaAllah, repotin Mama kamu aja ke sini bagiin hadiahnya"

Aku menguntum senyum. Lantas aku bahagikan hadiahnya kepada pemiliknya sendiri. Wajah senang terpapar jelas di wajah Myaa. Bukanya aku tak tahu, wanita yang sudahpun berusia 25 tahun itu masih sahaja sukakan hadiah.

Aku mengheret senyum sambil mencuit pipi tembamnya. Sempat dia mengadu kesakitan namun hanya sekejap. Terujanya lebih kepada hadiah dari rasa sakit di pipinya.

UNDER THE RAIN [ C ]Where stories live. Discover now