Haider menghentikan langkah tidak jauh dari rumah Myaa. Dia cuba menyapa memandangkan dia mula rasa terganggu melihat Myaa, Tante dan Mas Bagus sedang menunggu seseorang. Dia melangkah masuk ke halaman rumah sebelum jasadnya laju sahaja ditarik Mas Bagus.
“ Kak, Kak Ian ada liat Syifa gak ?” tanya Myaa .
Wajahnya bekerut. Dia memandang tiga wajah itu bergantian. Sungguh hatinya berubah emosi. Fikirannya mula melayang jauh. Dia sempat menatap jam tangan. Sudah menunjukkan angka 5.30 petang.
“ Syifa gak pulang lagi ya ? soalnya aku udah suruh dia pulang pagi tadi. Jawabnya jujur. Myaa tersentak. Dia menoleh Bunda. Buat pertama kalinya, wanita muda itu tidak bisa dihubungi.
“ Gini kak. Syifa gak ada pulang. Kita udah telpon tapi hpnya mati kali ya.”
Dengan pantas, Haider segera berlari. Mas Bagus cuba mengikutinya namun sempat ditahan Bunda. Bagaikan memahami keadaan keduanya, Bunda membiarkan Haider sendiri yang mencari Syifa. Mas Bagus tidak bisa memaksa. Akur sahaja dengan apa yang diminta Bunda.
Dia memerhatikan keliling. Masih menunggu untuk bus terakhir tiba. Hati perempuannya sejak tadi tidak berhenti menitipkan doa. Berharap agar bus segera datang. Namun hampa. Jam menunjukkan angka 5.30 petang, tetapi Syifa tetap sahaja berada di halte yang sama.
Perlahan. Jalan tar yang berwarna kelabu itu mula menampakkan corak-corak dek titisan air hujan. Nasibnya benar-benar malang. Dia ingin pulang ke hotel Fazura namun sama sahaja. Dia bahkan tidak tahu alamatnya di mana.
Tidak semena, cecair jernih mula jatuh menuruni cerun pipinya. Dia memeluk kedua lutut. Mula risau dengan keadaannya sendiri. Kereta yang lalu-lalang seringkali menakuti perasaannya. Ingin meminta bantuan tetapi dia terlalu takut untuk mempercayai sesiapa.
Hujan yang turun semakin lebat. Tubuhnya mula bergetar kesejukan. Asyifa memeluk tubuh. Seketika itu, dia tersentak dengan keadaan apabila terpaksa satu halte dengan beberapa lelaki. Tanpa menunggu lama dia segera berpindah jauh sedikit dari mereka.
Belum sempat dia hendak melabuhkan dudukkan, beg plastik miliknya diragut kasar. Bahkan, handbag miliknya. Asyifa cuba sekudrat yang dia mampu untuk melawan. Namun bilangan mereka yang melebihi dirinya, membuatkan dia memilih untuk menyelamatkan diri.
Mujur dia meletakkan dompet di dalam poket seluar. Hanya sahaja telefon dan beberapa barang didalamnya. Kini, dia tiada punya apa-apa melainkan jasadnya yang harus diselamatkan terlebih dahulu.
Haider menoleh keluar jendela. Berusaha mencari bayangan hitam seorang Asyifa. Namun tetap sahaja masih belum kelihatan. Wajahnya diraup kasar seketika. Dia masih belum menemukan susuk tubuh yang dicarinya sejak tadi. Bahkan, hujan sahaja masih belum mahu behenti turun.
“ Syifa ?”
Kereta segera diparkir di bahu jalan. Dia menoleh ke kiri. Anak matanya mengecil seketika. Cuba mengamati wajah disebalik samar dan kabut dek hujan. Tanpa membuang waktu, dia bergegas keluar dari perut kereta.
Dia berpaling memandang kearah sisi. Risau jika ada kenderaan lain yang lalu. Apabila jalan mula kosong dan hanya ditemani desiran angin dingin, Haider melangkah menyeberangi jalan. Dia berlari anak apabila jalan keduanya juga sepi tanpa kereta.
“ Syifa ?”
Perlahan aku mendongak apabila gegendang sabit milikku mendengar satu suara. Di hadapanku, sesusuk tubuh yang tidak ramah sedang mengheret senyum buatku. Aku mengerut kehairanan. Entah dari mana dia bisa tahu akan namaku. Sedangkan aku langsung tidak mengenalinya. Tapi mengapa aku merasakan wajahnya sedikit ramah.
“ Kamu Syifa kan ? teman Ian ?”
Aku menganggukkan kepala. Sesekali dia menyebutkan nama Haider, hati kecilku mengeluh rasa syukur. Aku bisa berjumpa dengan seseorang yang mengenali Haider. Dan semoga lelaki di hadapan ini bukanlah seperti yang berada di dalam fikiranku.
“ Aku Arial, sepupunya Ian.”
Aku mengheret senyum ringkas. Pandanganku beralih kearah jalan yang kosong. Masih berharap agar Haider tiba segera untuk aku. Tapi bagaimana, lokasi aku sahaja langsung tidak diketahuinya.
Sesaat aku menghayati jalan raya yang sudahpun dinaiki air, lelaki bernama Arial itu duduk di sampingku.Dia kemudiannya melepaskan denim jaket sebelum mengutarakannya kepada aku. Sempat aku membantah. Namun untuk kedua kalinya, aku relakan sahaja. Bahkan, tubuhku sudahpun diselimuti kedinginan.
“ Aku cuba telpon Ian minta ambil kamu ya. Tapi kalau kamu mau naik motor aku gak apa-apa juga. Cuma aku khawatir aja kamu keberatan.” Ujarnya. Aku memandang kearah motor yang sudahpun basah disimbah hujan. Lalu, kualihkan retinaku yang layu kearahnya. Jujur aku keberatan. Apa lagi duduk dibonceng oleh sepupu Haider.
“ Maaf, tolong call Ian please.” Balasku.
Dia menguntum senyum. Telefon yang berada di kocek seluar ditarik. Dia kemudiannya mendail nombor Haider. Aku hanya mampu memandang. Tubuhku yang sudahpun dibungkus kesejukan rasanya semakin lemah. Perlahan kantukku tertutup. Namun aku bisa mendengar suara Arial yang sepertinya sedang berbicara dengan Haider.
Panggilan dari Arial dimatikan. Rambutnya yang sudahpun basah disapu seketika. Ternyata orang yang berada di halte bas itu bukan Syifa. Dan Asyifa yang sesungguhnya ada bersama Arial.
Satu perasaan ganjil timbul dari dasar hati lelakinya. Tetapi, masih belum diketahui identiti rasa yang hadir tanpa diduga itu. Dia meluncurkan kenderaannya membelah hujan dan angin. Perasaan yang timbul ditepis dulu tika itu. Mujur dia tidak jauh dari halte di mana Asyifa dan Arial berada.
DIA menghentikan kereta di hadapan sebuah motor hitam yang cukup dia kenali. Sesekali kepalanya memandang kearah halte, perasaan yang hadir sejenak tadi kembali menusuk hati lelakinya. Dia mengalihkan pandangan. Memerhatikan keretanya. Cuba mencari payung. Sekali lagi, perasaan itu ditepisnya laju.
Usai mendapatkan apa yang dia perlukan, Haider keluar tanpa mengenakan payung yang dijumpai. Dia berlari anak menuju ke halte. Langkah kakinya berhenti. Syifa yang sedang terlena di bahu Arial membuatkan dia tertampar dengan perasaan yang ditepisnya tadi. Haider mengatur langkah kecil menghampiri mereka berdua.
“ Maaf Ian.” Ucapnya sambil mengangkat kepala Asyifa. Payung yang sudahpun terbuka siap diberikan kepada Arial. Kini mereka berganti posisi. Haider menggoncangkan sedikit tubuh wanita muda itu. Cuba menyedarkannya dari lena.
“ Syifa, ini aku Ian. Kita pulang yuk.” Ajak Haider dengan nada lembut. Dia sedang diulit dengan rasa cemburu. Tetapi, untuk saat ini, dia perlu menepis segalanya. Disaat dia sedang membangunkan Syifa, Arial hanya mampu memandang.
Pintu kereta ditutup rapat. Dia kemudiannya beralih mendekati Arial yang sedang mencapai helmetnya. Bahu sang sepupu ditepuk lembut. Sepasang ukiran senyuman hadir di wajah. Manis. Tetapi, tidak semanis rasa hatinya kini.
“ Makasih ya udah temenin Syifa. Aku pamit dulu.” Ujar Haider. Arial mengangguk faham. Dia kemudiannya menyarungkan helmet ke kepala. Seketika melihat susuk tubuh Haider yang sedang berpergian. Dia memanggil.
“ Loh dengan Syifa ada apa-apa gak ?” tanyanya. Dia membuka cermin helmet. Kelopak matanya yang sedang berbentuk seperti sepasang tawa dipandang Haider. Jujur, dadanya benar-benar bergetaran saat itu. Gementar untuk mendengar jawapan dari Haider. Ini bukannya kali pertama dia mengenali Asyifa, tetapi..
Haider mengangguk lalu masuk ke perut kereta.
Sandakan, Sabah
2021- Ain 🤍
YOU ARE READING
UNDER THE RAIN [ C ]
RomanceTentang kisah di bumi Jawa Timur. ▫️ [ Start : 06 SEPT 2021] ▫️ [ Done : OCT 2021]