" Assalammualaikum."
Bunda dan Mas Bagus yang mendengar segera mampir ke hadapan pintu. Haider hanya memandang. Dahinya yang sedikit basah dek titisan hujan dilap sambil menatap Mas Bagus yang sudahpun menyarungkan sandal.
" Ian, kamu toh kelamaan banget datengnya. Syifa aja udah pada tidur tu. Mau Tante bangunin gak ?" jelas bunda seperti mengetahui hasrat lelaki tersebut. Haider sekadar mengangguk faham.
"Gak usah Tante. ini obatnya. Syifa mandinya pake air hangat kan ?" balasnya sambil menyerahkan plastik kecil berwarna putih. Tertera jelas nama Suhendra Farmasi di hadapannya.
Seketika itu, tawa kecil yang belepas dari Mas Bagus membuatkan dia memandang lelaki itu. Bahu Haider dipeluk. Dia cuba meyakinkan lelaki itu jikalau Syifa baik-baik sahaja. Haider memutarkan bebola mata.
" Kamu risaunya kek udah jadi suami aja."
Haider mencebikkan bibir. Sempat dia memutarkan bebola mata. Penat hendak melayan karenah Mas Bagus. Tanpa menunggu lama, mereka segera berpamitan. Sebentar lagi waktu azan Isyaa bakal berkumandang.
Di bawah gelapnya langit yang tiada bertongkat. Udara lembab dan dingin perlahan berhembus seiring dialun dengan bunyi rintikan sisa hujan. Jalan raya yang basah dan berlopak itu terkadang menampakkan figura mereka.
" Kang Bagus kok gak ceritain ke aku kalau Syifa ke sini semula ?"
Haider membuka bicara. Cuba menukul kebisuan di antara mereka. Dia tidak mahu Mas Bagus merasa bersalah kerana sudah menipunya petang tadi. Mas Bagus menolehnya sekilas.
Dia kemudiannya meminta maaf. Dia juga tidak ingin merosakkan rancangan Syifa untuk memberi kejutan. Malah semuanya menjadi berantakan seperti ini.
" Aku gak marah kok Kang. Aku malah senang sih dibagi kejutan kek ginian. Cuma aku risau aja kalau dia jatuh sakit. Apalagi dia tadinya basah habis." Jelas Haider sambil merangkul bahu lelaki itu. Mas Bagus hanya mengangguk.
" Kamu itu bener-bener sayang banget ya sama Syifa. Risaunya aja kayakbapak-bapak." Balas Mas Bagus. Haider ketawa kecil. Dia sekadar mengangkat bahu sebelum keduanya berakhir dengan tawa.
@ainsabt
Usai sahaja mengaminkan doa, dia berpaling ke belakang. Menatap sang bunda lalu menyambut tangan tuanya sebelum dikucup. Dia kemudiannya menegakkan posisi dudukkan. Sekuntum senyuman yang menjadi kesukaan Syifa dari lelaki itu, akhirnya berukir lembut.
" Bunda, gimana mau ngomongnya ya ?"
Dia masih kelihatan ragu hendak melepaskan bicara itu. Tetapi, hatinya yang sedang berbunga kesenangan tidak mampu menutup rasa gembiranya.
" Kenapa ? kamu lagi berantem dengan Syifa ?"
Haider memandang wajah Bunda. Sempat dia tertawa.
" Gak berantem. Sebenarnya Syifa ada di sini Bunda. Belakangan ini Ian mikir dia udah lupain Ian. Ternyata dia cuma mau ngasih kejutan aja. Jadi, calon menantu bunda ada di sini sekarang. Seneng gak ?" jelas Haider sambil mengusap tangan Bundanya. Tangan yang sudah membesarkannya sehingga sebesar itu. Hatta, yang bakal menjadi seseorang yang istimewa buat Puteri Asyifa.
" Beneran ? Ian udah pada ketemu dengan Syifa ?" tanya Bunda Wadah. Nadanya jelas berbunyi kesenangan. Sepertinya tidak sabar untuk bertemu dengan Syifa. Meskipun hilang penglihatan, tetapi dia masih belum kehilangan mata hatinya. Apapun pilihan dari Haider, dia yakin itu adalah yang terbaik.
Sepanjang kehilangan indera matanya, Haider adalah anak yang patuh dan baik. Yang sanggup meninggalkan dunianya hanya buat sang bunda yang buta. Terkadang, dia merasa dirinya adalah beban bagi anak lelakinya. Namun begitu, Haider langsung tidak terfikir seperti sedemikian. Memiliki seseorang buat anaknya, adalah jalan terakhir untuk melihat Haider bahagia dengan dunianya.
" Lalu apa Ian masih mahu perlambatkan lamaran ?
Haider membisu. Dia sendiri masih berusaha ingin mempercepatkan lamaran. Tetapi dengan kondisi sederhana yang dia punya, belum tentu bisa bahagiakan Asyifa.
Sekadar menjadi seorang barista, masih belum cukup sebenarnya. Apa aku harus mencari kerja di Bank Syariah ya ? hatinya bermonolog.
Anak matanya tumpah keatas sejadah bundanya. Masih dilema soal pekerjaan. Jika dia memilih untuk bekerja dengan Bank Syariah, waktu bersama Bunda Wadah pasti tersekat.
" Ian lagi risau soal uang ya ?"tanya Bunda. Haider memandang wajah Bunda. Keluhan halus berlepas dari rongga hidungnya. Sejujurnya, ya. Tapi, asalkan dia selalu kerja keras, duit bisa dicari namun memakan waktu.
" Gak kok Bunda. Kita bahasnya lain hari aja ya."
@ainsabt
" Syifa ?"
Aku mengheret senyum sambil melambai tangan kearahnya. Haider segera mendapatkan aku di hadapan. Dia menoleh ke arah kiri dan kanan lorong. Mungkin cuba mencari seseorang.
" Cari siapa ?" tanyaku. Dia kemudiannya menoleh aku. Lama. Entah mengapa,menatap wajahnya aja aku bisa murung mikiran uang untuk halalin dia. Hati lelakinya bermonolog. Dia kemudiannya mengheret senyum.
Baru sahaja dia hendak membuka bicara, aku terus merempuh masuk kawasan rumahnya. Dia segera berpaling. Masih bingung dengan keadaan mengejut itu. Tangan Bunda aku sambut sambil menuntunnya untuk duduk di beranda rumah. Usai sahaja, aku memanggil Haider untuk datang kemari.
" Bunda sihat ?"
" Alhamdulillah sihat. Syifa gimana ?"
Aku menganggukkan sambil menjawab. Aku kemudiannya menatap Haider yang sedang berdiri di hadapan kami berdua. Aku mencapai bekal makanan yang ku bawa tadi. Perlahan, aku hidangkan diatas meja kopi tersebut.
" Kamu ambil pinggan dengan yang lain. Aku bawain sarapan buat kamu dengan Bunda. Di makan ya." Jelasku. Seketika itu, Bunda tertawa kecil. dia meraba-raba kerusi sebelum aku memberi tangan kepadanya. Ternyata, bunda ingin mengusap lembut tanganku. Haider sekadar menguntum senyum.
" Kamu gak sakit ?" tanya Haider. Aku menggelengkan kepala. Mana mungkin hujan semalam bisa membuatkan aku jatuh sakit. Sekuntum senyuman aku lepaskan buatnya. Seraya menghantar signal untuk Haider segera mengambil peralatan makanan yang aku minta seketika tadi.
Dia mengangguk lalu segera memasuki perut rumah. Seketika halaman rumah sederhana besar itu dilanda kesunyian. Hanya angin siang yang datang menyapa beberapa tumbuhan yang ditanam di keliling rumah. Aku memandang wajah Bunda.
Entah bagaimana, aku cukup merasakan ketenangan di wajah putih yang suci itu. Meskipun usia sudah dimamah waktu, wajahnya yang sedikit bergaris halus cukup menenangkan iris yang memandang.
Dia kemudiannya mengusap lembut akan bahuku. Kini, wajahnya dihiasi dengan sepasang senyuman. Senyum yang menampakkan rapinya gigi Bunda. Bahkan, hadir secalit lesung pipi di belah kanan. Apa Ian dapat dari Bunda ya ? hatiku berbisik ingin tahu.
Sandakan, Sabah
2021- Ain 🤍
YOU ARE READING
UNDER THE RAIN [ C ]
Storie d'amoreTentang kisah di bumi Jawa Timur. ▫️ [ Start : 06 SEPT 2021] ▫️ [ Done : OCT 2021]