Waktu terus melangkah dan terus melangkah. Melewati detik hari yang terkadang indah juga bisa kukatakan terkadang menyesakkan jiwa. Di mana sebuah cerita yang ingin aku habiskan masih belum menunjukkan plot happy endingnya. Namun begitu, hati kecilku yang kini dimiliki oleh seseorang tetap merasa sabar menunggu hari yang bahagia.
Di luar pejabat, suasana bumi indah nian dan ceria. Meskipun di dalamnya, ada yang bertungkus mengerjakan pekerjaan demi sesuap nasi.
Ada yang lagi bersedih atas pemergian yang tersayang dan ada juga yang lagi bersenang dengan kehidupan. Hidup manusia itu berbeza meskipun duduk di bawah langit yang sama.
Aku menatap lama akan saujana indah tersebut. Langit cerah yang berwarna biru itu sudahpun mewarnai irisku. Selaput putih persis gula-gula kapas masih teguh meskipun matahari memancar terik.
Aku kemudiannya menarik latte yang dibelikan oleh Maisara. Seorang intern yang baru sahaja masuk beberapa hari yang lalu. Wajahnya yang bulat dan comel memikat hati itu sudah cukup membuatkan aku teringat akan Myaa. Ya. Cut Myaa yang kini sudahpun bekerja sebagai seorang Editor di tanah airnya sendiri.
Baru sahaja aku hendak memulakan kerja yang yang tersisa, suasana pejabat yang sepi dipecahkan oleh nada dering telefonku. Lantas, aku menjawab panggilan dari Jane. Sesekali, skrin tertacap pada cuping sabitku, aku dapat merasakan adrenalinku seperti sedang melambung. Bagaikan lahar yang meletup dari gunung.
Tanpa menunggu lama, aku bergegas pulang. Kali terakhir aku menerima berita yang sama disaat aku berada di desa Myaa. Dan di waktu itu, jarak yang jauhnya beribu kilometer dari rumah membuatkan aku semakin naik risau. Bahkan, sekarang aku bisa merasakan hal yang sama.
“ Kak, cepatlah. Mama ndak tahan sakit sudah ni.” Ujar Jane dalam talian.
“ Kau tak bolehkah hantar Mama ke hospital dulu ?” balasku dengan nada bergetar. Menunggu lampu isyarat bertukar warna sahaja sudah cukup membuat hati kecilku panas. Ditambah pula dengan keadaan Mama. Ya Allah.
Di dalam hati yang bergelogak bagaikan lahar, aku melepaskan beberapa selawat dan istighfar. Cuba menenangkan diri sendiri. Di saat keadaan yang begitu celaru, sepertinya aku sudahpun dihasut syaitan hendak melanggar peraturan jalan.
Jikalau aku turutkan, mungkin aku sudahpun memandu di alam lain.
“ Cepatlah, Ya Allah. Kenapa lah waktu begini pula kau lambat.” Rintih sambil memandang lampu isyarat. Menunggu agar segera bertukar warna hijau.
Pintu rumah aku kuak sebesar mungkin. Dadaku yang turun naik jeda seketika. Aku memandang keliling ruangan tetamu. Iris coklat milikku sedang menangkap sesusuk tubuh yang sedang duduk di bersama pakcik suadaraku. Haider.
Aku mengheret senyum lebar. Ternyata, aku tertipu. Di dalam ruangan tetamu, beberapa anggota keluarga dari belah Mama dan keluarga Haider ada bersama. Sungguh aku tidak pernah menyangka akan hal ini. Bahkan, Mama tidak pernah bercerita soal kedatangan Haider dan keluarga kerumah.
“ Oh, jadi ini calon perempuannya, Ya Ian ?” tanya salah seorang wanita tua yang mungkin berumur lingkungan 40-an itu. Aku mendekati mereka dengan langkah yang diatur perlahan. Haider melemparkan retinanya kearahku. Juga menghadiahkan sesuatu yang paling aku rindu pada dirinya. Senyum dan lesung pipi Haider.
Tanpa sedar, Mama terus menarik lenganku untuk duduk disisi. Aku memandangnya. Anak mata aku kecilkan sedikit. Seolah memahami maksudku, Mama sekadar mengangguk sambil tersenyum.
“ Kenalkan, ni puteri sulung saya, Puteri Asyifa.” Ujar Mama sambil mengusap bahuku dengan lembut.
Aku memandang kearah Bunda Wadah dan dua orang wanita yang masih belum aku kenali. Aku mendekati Bunda Wadah sebelum menyalam tangannya. Disaat aku mencium tangan tuanya, sebelah tangan Bunda Haider mengusap halus akan kepalaku yang terlindung dengan hijab.
“ Syifa sihat nak ?” tanyanya sambil mengariskan senyum dan lesung pipi yang sama seperti Haider. Hanya sahaja ketebalan yang membezakan antara mereka berdua. Aku membalas pertanyaan seraya meminta izin untuk bersalaman dengan yang lain.
Di saat itu, aku langsung tidak menyedari ada sepasang mata yang sedang memerhati tingkahku. Dihadir dengan senyum dan lesung pipi, dia cukup rindu untuk memandang wajah seorang Asyifa.
Menggelarkan sebuah perhubungan antara dua serumpun begitu susah. Kerana jarak yang besar merupakan halangan untuk pertemuan mereka. Namun dek kuasa cinta, apapun mereka hadapi meskipun harus bolak-balik ke tanah air masing-masing.
“ MasyaAllah, beruntung sekali kau Wadah punya calon yang cantik, sopan santun malah.” Puji dari salah seorang mereka. aku hanya melabuhkan dudukkan sambil tertawa kecil. sekilas, aku memandang Haider yang masih khusyuk bercerita dengan Pakcik Long.
“ Kalau macam tu, lebih baik kita bincang urusan perkahwinan sekarang. Memandangkan dua-dua calon sudah ada.” Jelas Tante Haider yang seorang dengan Bahasa Melayu. Mungkin kerana sudah lama menetap di sini. Fikirku disaat aku sempat terkejut mendengarnya.
Aku segera menarik Haide keluar rumah. Wajahnya aku pandang seketika. Sesekali dia mengheret senyum yang menampakkan kedua lesung pipinya yang kini menjadi kesayanganku, aku tertawa kecil. Tanpa aba-aba, Haider terus mencuit pipiku. Aku mengadu kesakitan. Retina yang tajam aku hadiahkan buatnya.
“ Kangen aku atau kangen lesung pipi dengan senyumannya ?” tanyanya sambil memasukkan kedua tangan ke dalam kocek seluar. Aku memutarkan bebola mata.
“ Kangen dengan senyum dan lesung pipinya doang.” Jawabku dengan Bahasa Indonesia yang entah betul ataupun tidak.
Haider ketawa kecil. Kepalanya diggelengkan.
“ Aku kangen kamu.”balasnya.
Aku terdiam. Kaku menghadap wajah lelaki itu. Entah mengapa, hanya tiga perkataan yang berlepas dari bibir seorang Teuku Haiderian, membuatkan jantungku bagaikan hendak terpecah dua. Aku mula merasakan sesuatu yang hangat sedang naik ke wajahku. Dengan kadar laju, aku mengipas-ngipas wajah yang mungkin sedang merona kemerahan.
Haider yang memandang hanya ketawa. Jelingan maut aku lepaskan persis busur panah.
“ Kenapa datang ndak bagitahu dulu ?” tanyaku. Haider mengekeh.
Wajah Syifa dipandang seketika.
“ Kalau dibilang - ya gak suprise kan jadinya.” Balasnya selamba.
Asyifa terus menghantar sebuah cubitan ke lengan lelaki itu. Seraya mengadu kesakitan minta dilepaskan, Syifa memperingatinya untuk tidak bermain. Haider akur dan kini dia harus menjawap setiap pertanyaan wanita muda itu.
“ Aku mau percepatkan pernikahan.”
Asyifa mengheret senyum. Dia kemudiannya menjengukkan sedikit retina ke dalam rumah. Risau jika ada sesiapa yang sedang mencuri dengar perbualan mereka. Usai melihat sesuatu yang mungkin pelik, dia kembali memandang Haider.
“ Kenapa ? risau ehh kalau ada orang lain datang meminang aku ? ya kaa ?”
Haider membuang pandangan. Dia menggelengkan kepala lalu cuba masuk ke dalam. Namun ditahan oleh Syifa. Dia cuba mengelak sementara waktu dari pertanyaan itu.
“ Kamu itu udah dikirain tunangan aku tau gak. Jadi gak usah geer kalau ada laki-laki lain mau datang masuk untuk meminang ke kamu. Soalnya kamu punya Teuku Haiderian. Titik. Udah masuk.” Jelas Haider lalu segera menolak bahu Asyifa masuk ke dalam.
Syifa menghela nafas panjang. Hmm! Ada sahaja yang dibalas Haider apabila dia berbicara.
Sandakan, Sabah
2021- Ain 🤍
YOU ARE READING
UNDER THE RAIN [ C ]
RomanceTentang kisah di bumi Jawa Timur. ▫️ [ Start : 06 SEPT 2021] ▫️ [ Done : OCT 2021]