09 || Di Bawah Tirai Senja

22 10 3
                                    

Aku yang sedang berbual bersama Mama diganggu seketika oleh Myaa. Dia mengetuk pintu seketika sebelum memanggilku keluar. Aku meminta diri seketika. Segera aku turun dari birai katil. Mendekati Myaa yang sedang berselindung.

“ Ada apa sih ?” tanyaku.

Dia kemudiannya mengeluarkan dua minuman dari Kafe Haider . Aku terdiam. Satu signal yang bermaksud senyap di hantarkan kepada aku. Dia menarik aku ke luar bilik. Memandang keliling, risau jika Bunda juga ada. Aku hanya memerhatikannya.

“ Ini nih, dihantar sama Kak Ian buat loh.” Jawabnya. Aku tersentak. Melopong aku dibuatnya. Lantas Myaa menyerahkan minuman kafein itu kepadaku.

Dia memandangku seketika usai mengambil kopi miliknya.Dia kemudiannya menghulurkan satu note kecil berwarna beige kepadaku.

“ Sama ini juga. Dibacain dong.”arah Myaa. Aku memandang Myaa sebelum notanya aku ambil dari tangannya.

“ Semangat terus ya Syifa. Jangan nangis lagi. Ini hadiah minum petang buat kamu.”

Myaa mengheret senyum lebar. Aku yang dapat dia pula yang gembira. Aku membalas setiap pukulan yang aku terima buatnya. Suka sangat memukul orang bila mood happy. Aku menarik kopi milikku besertakan noted kecilnya sbelum masuk semula ke bilik. Walau apapun yang jadi, aku tetap tidak mahu jedakan videocall bersama Mama.

Myaa mencebikkan bibirnya.

“ Ini gratis kan Myaa ?” tanyaku setelah berpaling kearahnya. Myaa menguntum senyum.

“ Kalau buat Asyifa mah, gratis kali ya.” Perlinya.

Aku sekadar menjelirkan hujung lidah. Lantas segera masuk semula ke dalam untuk videocall Mama. Sempat aku menyembunyikan perasaaan teruja. Risau kantoi oleh Mama. Nota kecilnya aku selitkan di belakang casing telefon.

“ Maaf Ma, Myaa ada mahu cakap sesuatu tadi. Mama dah makan ke belum ? Jane macam mana, sihat ka ?” tanyaku sengaja hendak menutup rasa gembira yang sedang berombak-ambing di dalam dasar hati.

“ Kami baik baik jak. Kamu tu, macam mana balik juga selepas sebulan kan. Cuti tempat orang macam cuti di rumah sendiri ya.” Balas Mama. Aku hanya membalasnya dengan tawa yang berskala kecil.

@ainsabt

Pintu H’CAFE dibuka perlahan. Asyifa  mula melangkah masuk. Debaran yang dia rasai tika itu ditelan sedalamnya. Dia mengatur langkah kecil sambil memandang keliling kafe tersebut. Pelanggannya juga lumayan banyak. Pasti Haider mengaut keuntungan yang banyak.

“ Cari siapa ya Mbak ?”

Syifa kematian tingkah. Lantas dia melirikkan pandangan kearah empunya suara. Tidak semena, iris berwarna kecoklatan itu tampak bersinar melihat wajah di hadapannya. Seulas senyuman diukir mesra pada bibirnya. Dia berjalan mendekati Haider yang lengkap dnegan pakaiannya yang persis barista professional.

“ Cari Cogan Idaman Desa Mas.” Perli Syifa sengaja. Haider tertunduk segan sebelum tawa kecilnya bebas di udara. Haider kemudiannya menganggukkan kepala. Dia segera mempelawa wanita itu untuk duduk di hadapannya.

Syifa sekadar menurut arahan. Mesin kopi dihadapan dipandangnya penuh takjub. Buat pertama kalinya, dia bisa melihat sebuah mesin kopi antik di depan mata sendiri. Bukan apa, dia bukanlah seorang pecinta kopi. Tetapi, semenjak di sini, kopi dari Kafe Haider menjadi keutaamaannya.

“ Ouiya, kopinya yang dihantar tadi terima kasih ya. Gratis kan ?”

Haider tertawa kecil sekali lagi. Dia menghentikan tingkahnya. Sempat dia menepuk kedua tapak tangan yang tersisa debu kopi. Dia memandang Syifa seketika. Dia kemudiannya memandang g keliling Kafe.

“ Gratis sih, tapi kalau orangnya udah di sini, udah gak gratis. Harus dibayar pake uang,” seloroh Haider. Syifa hanya ketawa kecil. Belum memesan apa-apa minuman, Haider sudahpun mengusungkan secawan kopi yang baru sahaja dibancuhnya sendiri buat Syifa.

Asyifa memandangnya seketika. Kening kanan gadis itu sempat terjongket. Haider yang seakan memahami keadaan itu hanya mengangguk faham.

“ Gratis buat kamu aja.”

Syifa tertawa sekali lagi. Dia menganggukkan kepala. Sebelum menghirup kopi segar buatan Haider, dia sempat mengambil beberapa keping foto melalui telefonnya.

Haider sekadar memandang dengan tawa manisnya. Entah kenapa, tetapi melihat Syifa yang suka mengambil setiap moment bersama apapun tetap membuatkan hatinya tercuit.

“ Udahin aja fotonya. Diminum dulu.” Arahnya. Syifa tanpa menunggu lama juga menurut arahan. Segera menghirup kopi tersebut.

Dia kemudiannya menganggukkan kepala tanda suka dengan kopinya. Haider tersenyum senang.

@ainsabt

Di bawah langit yang sudahpun melabuhkan tirai kejinggannya, dua manusia yang terikat dengan takdir itu berjalan bersama menempuhi jalan yang sudahpun sesak dengan warga yang pulang dari pekerjaan masing-masing.

Dengan penuh ketekunan, disetiap liku perjalanan, Haider benar-benar menjaga Syifa. Risau jika ada sesuatu yang tidak dingini bisa terjadi. Syifa yang menyedari akan hal itu sudah  cukup membuatkan hatinya senang.

“ Gak nyangka kan, kamu udah hampir dua minggu di sini. Kapan pulangnya ?” tanya Haider ingin tahu. Asyifa memandang sekilas sebelum menjawabnya. Memikirkan soal kepulangan nanti, dia mula tertanya bagaimana keadaan mereka kalau masing-masing sudahpun jauh.

“ Ya pasti cogan di Malaysia lagi banyak ya dari desa ini, Ya kan ?” tambah Haider. Asyifa tertawa kecil. Dia menganggukkan kepala. Memang tidak dinafikan juga sebenarnya apa yang dibicarakan Haider. Tapi bagi hatinya, cogan pilihan itu tetap jejaka di depannya.

“ Lepasni mungkin kita nda berjumpa lagilah kan. Hmm” balas Syifa pulak. Haider membisu saat ayat itu berlepas dari bibir Asyifa. Apa benar ya aku gak bakal jumpa dia lagi. Hatinya berbisik ingin tahu.Syifa menolehnya.

“ Tapi Mas Teuku Haiderian bisa ke kota kelahiran aku juga kan. Siapa tahu kita bisa ketemuan lagi. Bisa gak ?” tanya Syifa dengan seulas senyumannya. Haider mengheret senyum paksa yang pahit. Dia hanya menganggukkan kepala. InsyaAllah pasti. Hati lelakinya bermonolog sekali lagi.

Tanpa sedar, akhirnya mereka tiba di hujung perjalanan. Syifa menghentikan seketika langkah sebelum menatap wajah tenang Haider. Walaupun masih ada beberapa waktu lagi sebelum balik ke tanah air, tapi entah mengapa dia merasa sudah jauh dengan lelaki itu.

“ Terima kasih temenin aku pulang.” Ucap Syifa lembut. Haider sekadar menganggukkan kepala. Dia meminta Syifa untuk masuk terlebih dahulu sebelum dia bergerak pulang.

Sesekali, figura itu ditelan oleh rumah Myaa, dia meneruskan perjalanannya untuk pulang ke rumah. Sempat dia mengerlingkan pandangan kearah rumah itu. Dia kemudiannya menjatuhkan pandangan keatas jalan.

Apa benar aku udah jatuh cinta ?

Dia menelurusi perjalanan dengan persoalan yang bermain di benak fikirannya.

Apa aku confess aja ya ?

Sekali lagi persoalan itu terbit dari fikirannya.







Sandakan, Sabah
2021- Ain 🤍

UNDER THE RAIN [ C ]Where stories live. Discover now