Last || Dia, Lelaki yang Paling Tepat

38 10 1
                                    


Beberapa minggu sebelum menjelang waktu bahagia yang dinanti, Haider dan beberapa keluarga yang akan datang dari Indonesia akan menginap di rumah Tante Wardah. Satu-satunya makcik Haider yang juga merupakan adik kepada Bunda Wadah.

Manakala Myaa dan Bundanya, akan menginap di rumah Syifa.

Jam menunjukkan angka 2 pagi. Usai sahaja menunaikan solat istikharah yang sebelumnya pernah dia laksanakan, Syifa mengambil tempat di hadapan sebuah jendela ruangan tetamu yang besar. Dia menyelak langsir yang sebelumnya menutup pemandangan indah di kala malam.

Asyifa duduk bersimpu sambil menyandarkan belakang tubuhnya ke badan sofa. Menikmati kota yang seperti sedang disimbah dengan cahaya purnama.

Terkadang hanya ada beberapa kenderaaan sahaja yang lalu lalang. Di waktu sebegini, sudah pasti orang memilih untuk berehat daripada memandu.

" Fikir apa tu ?"

Satu suara yang datang dari arah belakang mengejutkan dia. Seketika dia berpaling, ternyata Jane sudahpun menatapnya bersama dua gelas minuman di tangan. Dia cuba mencari bayangan seseorang.

" Kak Myaa sudah tidur."

Asyifa mengangguk faham. Dia kemudiannya mengajak Jane duduk bersama di belakang sofa. Menikmati pemandangan yang jarang sekali orang bisa lihat. Daripada memilih untuk lena, mereka berdua memilih untuk menikmati pemandangan itu.

" Kakak risau ke ? risau sebab nanti tinggalkan Mama jauh-jauh ?" tanyanya sambil menghulurkan gelas kepada Asyifa. Kakaknya sekadar memandang. Senyap sejak beberapa hari yang lepas. Mungkin ada sesuatu yang menganggu dia agaknya.

" Kau rasa Haider tu pilihan yang tepat ke ? " tanyanya dengan nada perlahan. Jane memandangnya. Selepas memilih untuk kekal sibuk dengan dunia pekerjaan, dia dan Syifa jarang meluangkan waktu untuk berbicara seperti ini. Dia menganggukkan kepala.

" Yes. Mama pun suka dengan Abang Ian tu. Kakak tahukah, Mama antara orang yang paling semangat mau tengok akak dengan Abang Ian. Kakak mau risau apa, yang penting restu mak tu yang akak sudah dapat." Jelasnya. Namun tetap sahaja Syifa membisu.

Entah mengapa, disaat perkahwinan semakin hampir, kata-kata Fazura timbul dari layar ingatannya. Perlahan, satu keluhan panjang berlepas dari sangkar hati. Yang membebankan fikirannya beberapa hari ini.

" Anak-anak mama buat apa di belakang ni ?"

Tidak semena, keduanya terperanjat. Mujur sahaja tidak menjerit, kalau ndak pasti Myaa dan Bundanya terjaga. Aku dan Jane berpaling menatap wajah Mama. Kami kemudiannya mengajaknya untuk duduk bersama. Dan Mama sekadar menuruti perintah.

" Kakak susah hati kalau abang Ian bukan pilihan tepat. Kakak takut berjauhan dengan Mama." Jawab Jane meskipun lambat setelah Mama melabuhkan dudukkan di lantai. Kini, kami tiga beranak sepertinya sedang mengadakan dikusi disebalik sofa.

Mama memandang dengan wajah tenang. Tanganku dicapai sebelum diusap dengan penuh kelembutan. Manakala, Jane melentokkan kepalanya keatas bahuku. Aku hanya membiarkannya untuk bermanja.

" Mama okay sayang. Mama yakin Ian tu pasti jaga Kakak dengan baik. Tengok muka pun sudah tahu. Orang kalau rajin jaga ibadah, apapun yang berkaitan agama dia akan jaga sebaiknya. Dan itu yang Mama, Pak Long dengan Makcik kamu lain nampak. Mama ndak kesah berjauhan dengan Kakak. Sebab Mama tahu Ian akan layan Kakak macam permaisuri dia."

Aku dan Jane sekadar mendengar. Anak mata kami bahkan tidak lepas memandang wajah Mama. Jikalau ada Abah, pasti akan lebih rusuh jadinya. Aku mengheret senyum manis. Namun kantung mataku sudahpun bergenang dengan cecair jernih. Sesekali jatuh, laju sahaja Mama mengesatnya untukku.

UNDER THE RAIN [ C ]Where stories live. Discover now