Sejak daritadi, fikiranku terus menerus meleyot ke satu layar yang masih tersangkut di benak fikiranku. Entah mengapa, saat mengetahui siapa dan apa cerita hidupnya, aku merasa simpati akan semua hal yang berlaku.Jam Pemasa di telefon ku tiba-tiba berdering. Aku yang tersedar dari khayalan segera mematikannya. Sudah 10 minit berlalu ternyata. Apa selama 10 minit itu juga fikiranku terus ke dia? Aku melepaskan sheetmask pada wajahku.
Tanpa aku sedar, Myaa sudahpun meluru masuk ke dalam bilik. Dia baru sahaja selesai mengambil wudu' seperti kebiasaannya sebelum menjejak tidur. Aku memandangnya seketika. Perlukah aku tanya Myaa ? tapi nanti dia kata aku penyibuk pula. Hatiku berbisik sendiri.
" Mau tahu pasal Kak Ian ya ?" tanyanya tiba-tiba.
Aku kaget. Ketara sangatkah aku sedang terfikir pasal dia. Aku menggelengkan kepala dengan kadar laju. Sengaja menafikan apa yang sedang bermain di fikiranku. Namun perubahan riak wajah lelaki itu benar-benar menganggu ketenanganku.
Myaa memandangku lama. Sejak dari bunda bertanyakan kesihatan Tante Wadah dan perubahan riak wajah Kak Haider, dia juga sedar akan perubahan tika itu. Mungkin kerana aku fikirkan kehidupan lelaki cogan idaman desa itu seindah wajah dan senyumnya. Namun ternyata, sepahit rasa kopi tanpa gula. Atau mungkin sepahit hempedu.
" Aku itu gak tahu ceritanya gimana. Tapi Bunda pernah cerita kalau keluarga Kak Ian itu dulu bahagia dan adem banget. Gak kaya sekarang. Meski bahagia namun tetap aja kan merasa kekosongan atas kehilangan tanpa kita jangka." Jelas Myaa sambil menarik selimutnya.
Aku hanya memandangnya kosong tika itu. Perasaanku bercampur baur. Dari tahunya aku kisah hidupnya membuatkan aku rindu Mama. Bahkan, arwah Abah. Apa rasa yang kami lalui sama ya ?
" Bundanya kenapa bisa buta sih Myaa ?" tanyaku.
" Ceritanya kek gini sih Asy. Dulu itu, Kak Ian adalah pemuda kebanggaan desa sini. Ya iyalah orangnya ganteng, baik, penurut, bijak pandai lagi. Jadi Kak Ian itu lulusan UI. Nah, sewaktu majlis konvonya, orangtuanya Kak Ian ni gak sabar untuk ke Jakarta. Malangnya, orangtuanya terlibat dalam nahas kecelakaan jalan sebelum tiba di bandara. Bokap Kak Ian langsung jatuh gaung, Sedangkan Nyokap Kak Ian hanya cedera cuma matanya gak bisa ngelihat lagi." Jelas Myaa.
Aku begitu khusyuk mendengarnya. Sungguh tidak menyangka, sebegitu besar ujian yang harus di hadapinya.
" Kerna Tante Wadah sering sakitnya, akhirnya Kak Ian memutuskan untuk tinggal di desa dan jaga bundanya. Ya gitulah cerita yang aku tahu sih. Tapi sampai sekarang aja, Kak Ian itu tetap jadi anak kebanggaan desa. Langsung gak pernah ninggalin bundanya sendirian. Malah kalau Kak Ian lagi kerja di pekan, Mbak Ati yang digaji untuk jagain Tante Wadah." Tambahnya lagi.
Aku hanya mengangguk faham.
Begitulah kehidupan. Tidak semuanya berjalan seperti yang kita harapkan. Dan tidak semua perjalanan hidup itu harus sama. Pasti ada perbezaannya. Sama ada lurus ataupun berliku. Hidup harus tetap diteruskan. Meskipun payah, kita tidak punya jalan lain selain harus menempuhinya.
" Yaudah, loh udah nelfon Mama dengan Jane kan. Kalau udah, kita tidur aja ya. Esok kita mahu jalan-jalan dengan cogan idaman desa. Kamu harus kelihatan cantik. Biar Kak Ian bisa tertarik." Ucapnya sambil memegang kedua pipiku.
Aku sempat menjentik dahinya. Nda malu. Aku segera menolak tubuhnya keatas tilam dengan penuh kelembutan. Kedua pipinya ku tampar lembut.
" Udah, fikiran loh jangan kayak anak SD zaman sekarang Myaa. Ayo tidur."
" Tapi ya kan. Loh suka sama Kak Ian."
Aku kaget. Lantas menekup wajahnya dengan bantal. Dasar mulut tiada insurans. Kalau bunda dengar, nda ke malu aku dibuatnya. Aku melepaskan bantal dari wajahnya apabila Myaa mula meronta bagaikan nafas sudahpun dihujung tanduknya.
" Asy, loh mau bunuh aku ya, jahat banget sih punya sahabat." Ujarnya sambil memukul-mukul lenganku. Aku hanya mampu ketawa. Padan muka. Lain kali mulut tu jaga sikit.
" Siapa suruh cakap aku suka dekat Ian. Nda ada maknanya. Sekarang cepat tidur. Suka merapu."
Myaa tidak membalas. Dia hanya mencuit pinggangku sebelum segera baring disisi. Tubuhnya pula sengaja membelakangi aku. Aku membalas cuitan. Sempat dia menahan perit bagai hendak melabur di dalam bilik.Tak sopan langsung.
" Jangan lupa baca doa tidurnya."
" Ya tahu."
" Bukan doa makan ya Asyifaku."
" Myaa, udah tidur sana!"
Myaa membalasnya dengan tawa. Aku hanya memutarkan bebola mata. Perangai tiada beza langsung bila hendak disamakan Jane.
@ainsabt
Jendela kamar dibuka perlahan. Tadinya yang hujan, kini sudahpun reda sepenuhnya. Langit mula menampakkan keindahannya. Meskipun kelam dan malap, tapi tetap sahaja Mahakarya Tuhan itu bikin enak mata memandang. Seulas senyuman dilepaskan apabila dia bisa melihat setompok cahaya putih yang menghiasi dada langit.
Sejujurnya, dia begitu rindukan sang Ayah yang kini sudahpun terpisah jauh antara dua alam. Sudah menginjak tahun ke 6 selepas kejadian kelabu itu, tapi dia masih rasa bersalah dengan apa yang berlaku. Jika bukan kerana dia harus kuliah di kota besar dan jauh dari desa, pastinya kejadian itu tidak berlaku.
Keluhan halus yang membebani rasa akhirnya berlepas tenang dari sangkar peparunya. Ditiup angin malam. Lantas, bersatu membentuk molekul-molekul kecil yang beredar di segenap desa kecil. Di kala malam hari melabuhkan tirainya, puncak gunung Desa Kota Batu sudahpun tidak kelihatan.
Dia baru teringat akan janjinya untuk esok hari. Tidak semena, membuatkan layar ingatannya sekali lagi merakam wajah yang manis dengan sekuntum senyuman indah itu. Dia mengheret senyum di hujung bibir. Sesekali tersedar dek perbuatan sendiri, dia segera beristighfar.
" Udah deh, esok harus temanin mereka keliling desa. Tidur aja kali ya." Ucapnya sendirian. Jendela rumah ditutup rapat. Usai sahaja, dia menoleh keliling bilik. Cuba mencari sesuatu. Manatau ada kerja yang perlu diselesaikan. Ternyata tiada.
Dia kemudiannya naik ke birai katil. Tubuh lampainya segera dihampar lembut diatas kasur. Siling bilik ditatap lama.
Doa tidur dilafazkan.
Perlahan, kantuknya mula terkatub rapat.
Namun sesekali wajah itu singgah, laju sahaja kelopak matanya terbuka. Dia bingkas dari pembaringan. Wajahnya diraup seketika. Apa sih yang aku pikirin ? kayak gak ada kerja lain aja sih mau diinget. Hatinya menggerutus sendirian.
Suasana menjadi bisu. Ketenangan dan kesepian yang hadir sekali lagi mengetuk layar mindanya. Maka, bagaikan panggung pacak, memori yang terjadi beberapa jam yang lalu kembali bermain di layar ingatannya.
Haider menguntum senyum sebelum irisnya tumpah memandang selimut sendiri. Lalu,sedarlah dia dengan keadaannya." Astaghfirullahalziim, Teuku Haiderian. Dosa loh kalau bayangin cewek mulu. " ucapnya sendirian lagi.
Dia kemudiannya menghempas tubuhnya. Bantal dicapai lalu disembamkan pada wajah. Tidak mahu tidurnya diganggu lagi oleh bayangan tadi. Waktu terus berjalan semaunya, di bawah bulan yang sama, maka terlelap dua insan yang tanpa tahunya, takdir sedang mendekat perlahan diantara mereka. Perlahan sehingga bibit-bibit rasa mula tumbuh di dasar hati mereka.
Sandakan, Sabah
2021- Ain 🤍
YOU ARE READING
UNDER THE RAIN [ C ]
RomanceTentang kisah di bumi Jawa Timur. ▫️ [ Start : 06 SEPT 2021] ▫️ [ Done : OCT 2021]