17 || Kejutan buat Si Dia

22 5 2
                                    


Sudah seminggu berlalu sejak Haider  pulang ke tanah air. Dan mengenai rombongan dari keluarga Haider, ternyata sudah dirancang awal oleh dia serta keluargaku. Aku masih tidak bisa mempercayai takdir apa yang telah mengikat aku dan lelaki berdarah Acheh tersebut. Bahkan, Mama dan adik beradiknya yang lain turut bersetuju.

Suasana rumah terasa sunyi seketika. Jane bekerja manakala Mama keluar sebentar. Katanya hendak berjumpa dengan Mak Ngah dan yang lain. Entah apa lagi yang mereka hendak perbincangkan. Aku memerhatikan keliling. Terlalu sunyi sehingga menimbulkan bibit kebosanan.

Di luar, bumi sedang disimbah dengan air yang bagaikan turun dari langit ketujuh. Aku mendongak seketika. Hujan nyatanya turun meski langit sedang cerah tika itu. Angin dingin yang diselimuti dengan udara lembab menyapa wajahku.

Jika sebelumnya, disaat kesunyian dan kebosanan melanda, aku pasti akan merindukan Myaa. Tetapi,kali ini berbeza. Aku mula teringat akan seseorang yang jauh nun di sana. Perlahan-lahan, bibit kerinduan timbul di dasar hati. Angin yang menyapa bagaikan menyambut kerinduan dengan sekeping memori.

Dan kini...

Aku berada di dunia khayalan sendiri. Bagaikan sebuah rakaman layar yang dipacak indah ditepi pantai serta kilauan lampu-lampu indah. Dunia itu sungguh romantis untuk dinikmati pada realitinya.

Namun belum pun bermula rakaman dari layar ingatan, suasananya berubah malap dengan tiba-tiba. Gegendang telingaku tajam sahaja mendengar deringan telefon dari kamar. Aku tersedar dari lamunan lalu segera berlari anak mendapatkan telefon pintarku.

“ Helo ?”

“ Oho, ada yang lagi seneng-seneng ni malah lupain temen.”

Aku memutarkan bebola mata. Sungguh kenal dengan suara meskipun aku tidak sempat menatap nama pemanggil. Aku melabuhkan dudukkan di hujung katil. Entah bila kali terakhir kami berbual dalam talian.

“ Jadi kapan ni bisa nyamperin lagi ke sini ? Bunda lagi kangen sama loh Asy.”

Aku tertawa kecil. Entah bagaimana, ada sesuatu yang sedang menghasut aku. Entah hendak aku ikutkan kata hati atau tidak. Mungkin ya. Mungkin tidak.

Hari berlabuh panjang. Langsung tidak terasa betapa lajunya hari-hariku yang sudahpun berlalu. Kesibukkan yang menumpuk di bahu ku semakin hari semakin menggunung.

Aku langsung tidak dapat berbagi waktu luangku dengan baik. Memandangkan aku bersetuju untuk bekerja semula di syarikat pertama tempatku bekerja, aku akur meskipun harus menghadap majikan yang susah hendak diungkapkan seperti apa.

Sejak beberapa minggu selepas panggilan dari Myaa, aku begitu sibuk hatta pesanan dari Haider kadang terbalas dan kadang tidak. Begitu juga, panggilan. Jauh dari sudut hati, aku berharap dia tidaklah terlalu jengkel dengan sikapku.

Ternyata apa yang aku harapkan melebihi jangkaan sendiri.

Hari ini adalah hari yang paling kutunggu setelah berminggu menahan kerinduan. Waktu luangku sebanyak 3 hari bakal bermula tepat jam 12. Aku menatap jam tangan. Masih ada beberapa jam. Pada awalnya, aku risau jika permintaanku untuk pulang lebih awal dibantah. Tetapi, aku silap. Mungkin Tuan Glenn tidaklah seburuk yang kami sangka.

“ Saya minta maaf kerana sikap kurang ajar saya terhadap kamu sepanjang bekerja di sini. Saya harap kamu bisa maafkan saya.” – Tuan Glenn.

“ Hmm, ndak apa Tuan. Saya maafkan. Dan terima kasih sebab Tuan masih mahu ambil saya sebagai karyawan Tuan. Lagipun saya dah lama bekerja disini. “ – aku

UNDER THE RAIN [ C ]Where stories live. Discover now