04 || Cogan Idaman Desa

38 10 4
                                    


Dari jauh, sesusuk tubuh yang ramah singgah di hadapan matanya. Dia menghampiri lelaki itu dengan senyuman indahnya yang menyelitkan sepasang lesung pipi di pipinya.

Warna kulitnya yang putih dan dikurniakan wajah seindah itu. Siapa sahaja yang tidak tertarik ?

" Mau ke mana Kang ?" sapanya dari beberapa meter antara mereka.

Mas Bagus membalas sapaan. Wajahnya sedikit ketat. Entah apa yang sedang bermain di fikirannya. Mereka menghentikan langkah masing-masing dihadapan. Sebuah backpack dipundak Mas Bagus menarik pandangannya.

" Mau kemana bawa tas ginian ?" tanyanya selamba. Mas Bagus menganggukkan kepala. Anak matanya sedikit dicepetkan. Silau apabila cahaya mentari menyapa kornea matanya.

" Ini ni tasnya neng dari Malaysia. Temannya dek Cut. aku kelupaan lagi kasinya tadi. Makanya mau dibalikin." Jawab Mas Bagus. Neng ? entah kenapa, wajah gadis asing yang terpapar indah di benak matanya berlayar di minda. Dia memandang Mas Bagus.

" Cewek yang Kang hantarin guna beca tadi ya ? tapi kenapa mukanya kek gitu si kang. kaya gak suka aja bawain tasnya." Balasnya. Mas Bagus mengeluh panjang. Backpack dibelakang dipandang sekilas.

Jika dia menghantarnya sekarang, pasti waktu untuk ngedate dengan Reni habis. Kalau tidak dihantar sekarang, kesian nengnya mencari tasnya. Hatinya berbisik kebingungan.

Lama dia berfikir. Seketika itu, dia memandang wajah Haider. Bibirnya mula mengukir senyum. Tepat di waktunya. Dia melepaskan backpack dari pundaknya lalu diberikan kepada Haider. Lelaki itu mula diburu kehairanan.

" Kamu tolong ngasinya ke teman Dek Cut ya. Soalnya aku lagi ada ngedate sama Reni. Kalau aku hantarin ini, waktu ngedate bakalan habis. Nanti Reninya masuk kerja balik. Tolong ya Ian." Jelasnya lalu segera melarikan diri.

Haider tergamam. Dia hanya mampu melihat Mas Bagus berlari mendapatkan sang kekasih. Sedangkan dia harus bertemu dengan empunya tas. Dia memandang keliling. Cahaya mentari yang sempat menusuk pandangannya dibiarkan.

" Kok jadi aku yang hantarinnya ? Kang Bagus ada-ada aja deh."

Dengan relanya, dia segera melangkah bersama backpack tersebut. Disetiap perjalanan itu, layar mindanya sering sahaja memaparkan wajah asing itu.

Tapi apa benar cewek itu temenanya Dek Cut, soalnya Kang Bagus belum ngasitahu apa cewek di beca itu yang dari Malaysia ? hatinya berbisik ingin tahu.

Haider menggelengkan kepala. Cuba menyingkirkan pemikiran aneh yang berlayar di wilayah ingatannya.

Usai memberi salam, dia hanya menunggu disamping pagar batu yang dibina di hadapan rumah Myaa. Dia cuba memberi salam untuk kedua kalinya namun niatnya terbatal apabila melihat Myaa sudahpun menjejak keluar dari perut rumah.

Gadis kecil itu berlari anak mendapatkannya. Sudah 25 tahun tapi badannya masih lagi tidak ubah layaknya anak kecil. Backpack diserahkan kepada Myaa.

" Ini Kang Bagus minta aku sampein tas teman kamu. Dia tadinya mahu hantar sendiri cuma kerna takut ngedatenya dengan Bu Reni batal jadi dia minta titipin sekali ke aku." jelasnya. Risau jika mereka tersalah faham dengan tujuannya.

Myaa mengangguk faham lalu segera mencapai beg sandang itu. Dia sempat meletakkannya keatas pundak. Wajah tampan Haider dipandang sebelum dia cuba berterima kasih. Tidak lama kemudian, satu suara memanggilnya.

" Myaa, kenapa lama betul diluar ni ?"

Dia memandang aku. Tanpa menunggu lama, aku mendekatinya. Setibanya sahaja di samping Myaa, jantungku bagai hendak tercabut.

Bukan dia lelaki tadi tu ke ? dia, nda silap aku. Hatiku berbisik dalam kebisuan. Aku menoleh Myaa. Dia hanya membalas pandangan.

" Kenalin, ini teman Cut dari negeri tetangga. Puteri Asyifa." Jelas Myaa. Aku memandangnya. Berkerut keningku hendak menanti penjelasan atas apa yang baru sahaja berlaku.

Wajahku tiba-tiba sahaja terasa panas. Dia tengah pandang aku ke sekarang ? kenapa muka aku panas semacam ni ? hati kecilku menggerutus.

" Ouu, salam perkenalan. Nama ku Haider panggil Ian aja." Balasnya.

Aku menganggukkan kepala. Bahu Myaa aku tampar sekilas.

" Aku masuk jap. Korang berbual lah dulu. Assalammualaikum."

Myaa terlopong. Kaget apabila mendengar aku menggunakan bahasa ibundaku sendiri. Aku hampir lupa perjanjian asal disebabkan keadaan canggung bersama lelaki bernama Haider tadi.

" Maaf kak Ian. Teman aku malu kali ya. Soalnya didepan dia lagi ada cogan idaman desa." Puji Myaa membuatkan lelaki itu ketawa kecil. Dia menggelengkan kepala.

Sempat juga dia melepaskan pandangan kedalam rumah. Namun hanya sekilas pandang.

" Udah, kirimsalam sama Tante ya. Kakak permisi dulu. Assalammualaikum "

"Waalaikumsalam." Balas Myaa sambil menganggukkan kepala. Dia kemudiannya meluru masuk mendapatkan aku yang sedang bersembunyi dibalik celaan jendela rumahnya. Masih mahu melihat betapa rupawan indah wajah lelaki tadi.

" Gimana ? ganteng kan ?" tanya Myaa sengaja hendak mengusik aku. Aku memutarkan bebola mata. Wajah Haider mula terpapar pada layar ingatanku.

" Bolehlah." Jawabku sengaja.

Myaa mencuit pehaku. Cuba menyedarkan aku. Sejak tadi tanpa sedar aku sudahpun menggunakan bahasa ibunda ku sendiri. Aku menatapnya seketika. Satu tatapan tajam yang jernih menusuk kedua kornea milik irisku.

" Maaf." Ucapku ringkas lalu segera menuju ke kamar.

Aku hendak membuat panggilan video dengan Mama. Risau jika Mama mula berfikir yang bukan-bukan terhadap keadaanku.

Aku menatap jam waktu Malaysia. Sudah masuk waktu rehat persekolahan. Mungkin ini peluang aku untuk berbual seketika.

Hadiah Mama buat Bunda Minah masih lagi berada di luggage. Aku lupa hendak memberikannya seawal pertemuan tadi. Ndak apalah, aku videocall sekejap. Hadiahnya aku kasi petang nanti.

@ainsabt

" Ian ! Haiderian ! Ian ! ini anak apa tuli gak sih ? dipanggil mulu malah gak berhenti." Mas Bagus bengang sendiri - melihat lelaki itu langsung tidak bereaksi saat dia sudah kepenatan menjerit - memanggil namanya.

Puas Mas Bagus menjerit memanggilnya, namun lelaki itu sengaja berpura-pura tidak dengar. Dia mengheret senyum jahat. Sengaja membuatkan Mas Bagus diperlakukan sedemikian.

Dia menghentikan langkah kakinya lalu berpaling ke belakang. Lelaki yang tua belasan tahun darinya itu turut berhenti seketika. Dada tuanya turun naik. Terpaksa mengejar Haider yang sengaja menjadi tuli.

" Apaan sih Kang ?" tanyanya.

Mas Bagus menatapnya dengan wajah cemberut. Dia mendekati Haider lalu sempat menampar bahu lelaki itu. Merasa dipermainkan oleh cogan muda idaman desa. Dia menoleh keliling.

" Tasnya apa udah loh hantar ke temannya Dek Cut ?" tanyanya. Risau jika barang kepunyaan orang masih belum sampai ke tangan tuannya.

Haider tidak menjawab. Hanya sahaja kepalanya dianggukkan.

Mas Bagus mengheret senyum seringai. Haider yang perasan akan perubahan riak wajah lelaki itu sempat mengundurkan beberapa langkah kecil. Namun tetap sahaja Mas Bagus berusaha mendekatinya. Haider ketawa kecil.

" Apaa ?"

" Gimana nengnya ? lumayan cantikkan." Balas Mas Bagus.

Haider menatapnya lama. Bibir indahnya yang diselitkan dengan lesung pipi itu bergaris indah membentuk satu lekuk senyuman.

Dia memandang keliling. Gimana ya mau ngomongnya. Cantik sih emang cantik. Tapi apa hubungannya dengan aku sih ?.

Tanpa aba-aba, Mas Bagus menampar bahunya sekaligus. Cuba menyedarkan Haider dari lamunannya.

Sandakan, Sabah
2021- Ain 🤍

UNDER THE RAIN [ C ]Where stories live. Discover now