Pagi yang begitu indah dan sempurna untuk masih terlelap diganggu dengan sahutan-sahutan aneh dari orang rumah. Aku membuka kelopak mata seketika. Telekung yang masih tersarung dikepala aku biar sejak dari subuh. Aku menarik bantal sebelum menekup cuping sabit. Namun tetap sahaja suara Mama beredar di mana-mana.
Daun pintu yang dikuak kasar membuatkan aku mengatub kelopak mata. Berpura-pura masih terlelap. Kalini, suara mama benar-benar terasa. Seperti hendak memecahakn gegendang telinga. Dia menarik bantal. Pahaku dipukulnya kuat.
" Kakak bangun. Beginikah mau jadi menantu orang, jangan buat mama malu kakak. Perawan ndak manis bangun lewat begini." Jelasnya. Aku mula bosan mendengar bicara itu. Kelopak mata aku buka luas.
" Mom, its still 6'oclock. Let me get a full rest first, okay ?" pintaku sebelum hendak menutup semula kantukku. Namun tidak sempat apabila kedua tanganku ditarik kuat. Aku menjerit kejeritan yang bercampur dengan rasa malas. Malas hendak bangun.
" Kita ada mesyuarat keluarga harini. Jadi bangun. Kalau ndak, kita lambat.
Pulak dah. Mesyuarat apa lagi kali ini. Aku kaku. Kelopak mataku yang masih bermalasan berkedip beberapa kali. Selalunya, mesyuarat keluarga berlangsung kalau ada ...aku memandang Mama.
" Yes, makcik-makcik kakak mahu jumpa dengan Haider."
" WHAT ?!"
Mama mengangguk faham. Dia segera beredar keluar dari kamar. Tanpa membuang waktu, aku mengejarnya. Kelopak mataku kembali segar. Mungkin kerana terkejut mendengar bicara Mama.
" Ma, janganlah. Mama dengan adik pun baru jumpa kelmarin. Ndakkan terus jumpa macam ni. Mama belum restu lagipun hubungan kami. Tolonglah jangan kenalkan Haider dengan kakak-kakak Mama. Ya Allah."
Mama menampar bahuku. Serta-merta aku kehilangan bait bicara.
" Siapa kata Mama ndak bagi restu ?"
" Huh ?"
Entah mengapa, tetapi aku benar-benar rasa sel-sel otakku tika ini sedang berbelit hendak menerima bicara Mama. Tapi hendak berjumpa dengan makcik-makcik tersangatlah awal. Bahkan, hubungan kami berdua baru sahaja bermula.
Mesyuarat keluarga berlangsung tepat waktunya tanpa kuduga. Mama yang merupakan anak bongsu dari empat beradik sedang bersalaman dengan abang dan kakak. Aku hanya mampu memandang sambil mengheret senyum terpaksa.
Haider masih belum kunjung tiba. Bukan terlewat. Hanya sahaja keluarga ini yang terawal setengah jam. Aku menggerutus malas dalam hati. Hendak kabur, lain pula jadinya. Lebih baik hadap sahajalah budaya keluarga. Bukannya ndak suka. Namun terlalu...hmm
" Nah tu pun sudah sampai." Ujar Mama sambil memandang kearah luar restoran. Aku turut memandang kearah sama. Kali ini, aku hanya bisa tersenyum dalam diam. Dari jauh, aku bisa melihat sosok indah seorang anak kelahiran Acheh yang sungguh segak.
Kemeja plain berwarna hitam yang dituckin sempurna dan gaya rambut yang tidak pernah aku lihat sebelumnya dia dandankan. Ketinggian dan wajah yang dititipkan dengan dua lesung pipi itu sungguh sempurna untuknya.
Pakkk!
" Auch "
Aku menatap Mama. Bahu yang terasa pedih aku usap-usap. Anak mata Mama menatap tajam ke retinaku. Mungkin tersedar dengan tingkahku yang tidak elok. Aku memandang semula kearah Haider. Lelaki itu sudahpun hampir di meja kami sekeluarga.
" Assalammualaikum, maaf kalau saya lambat."
Aku terlopong. Sat, kenapa tetiba jadi melayu ? aku menahan tawa sambil menundukkan pandangan. Tanpa aku duga, kehadiran Haider lebih dialu-alukan berbanding aku. Lelaki berdarah Acheh itu melabuhkan dudukkan di hadapanku. Manakala Mak Ngah beralih ke sisi selepas memberi Haider duduk ditempatnya.
Haider melemparkan seulas senyuman. Yeah, mood booster sudah dterima! Aku menguntum senyum namun sekali lagi menerima sakitnya di paha. Kalini, Mak Ngah pula yang mencuit pahaku seraya melihat aku tersenyum tiba-tiba.
" Sakit..."
" Jaga adab dan maruah keluarga kita Puteri."
Aku hanya mengangguk. Dia kemudiannya mendekatkan bibir kearah cuping sabitku yang tertutup. Aku hanya membiarkannya.
" Tapi aunty suka dengan boyfriend kamu. Bagus pilihan kamu. Tak sia-sia kamu lahir dalam keluarga kita ya."
Jelasnya dengan nada rendah. Aku menutup kelopak mata. Mula dah. Aku hanya mengangguk faham.
Mesyuarat keluarga bermula. Bertubi soalan yang terpacul dari mulut abang dan kakak-kakak Mama. Aku mula merasa simpati terhadap Haider. Sepanjang diskusi, dia menerima lebih banyak persoalan dari aku.
Usai sahaja diskusi antara keluarga, aku kira semuanya bakal berakhir. Ternyata dengan mereka sekali menghantar Haider ke lapangan terbang. Aku mengurut kepala yang mula berdenyut kesakitan.
Sejak dari awal pertemuan, aku bagaikan orang asing di kalangan mereka. Dan Teuku Haiderian. Lelaki itu sepertinya sudah bersatu dengan lelucon dan jiwa pakcik dan makcik-makcik aku.
Tanpa sedar, Haider memandangku sambil tersenyum. Mungkin perasan dengan kebisuanku sejak dari awal. Dia meminta izin untuk berbicara denganku seketika. Setelah diizinkan, dia mendekati aku yang jauh dari belakang.
" Asyifa, sini."
Aku menolehnya sebelum beralih pandangan kearah yang lain. Saliva- aku telan. Entah mengapa aku merasakan debaran kuat pada dadaku. Aku menghembuskan nafas. Langkah kaki aku atur perlahan mengikuti jejak kecil lelaki itu.
" Terima kasih ya udah kenalin aku dengan keluarga kamu. Aku senang banget dapat kenal dengan mereka. Lagi satu, maafin aku ya kerna udah bohongin kamu soal restu dari Mama kamu. Kamu gak apa-apa kan ?" jelasnya panjang lebar.
Aku hanya menggelengkan kepala. Sempat aku selitkan seukir senyuman buat Haider. Namun kali ini, aku tidak bisa berbicara banyak. Kepalaku terasa benar-benar berat. Tetapi, aku sekadar menahan.
" Ndak apa. Ohya, kalau dah sampai bagitahu aku ya. Dan kirim salam juga dengan Mama kamu serta Myaa dan Bundanya."
Haider mengangguk. Dia menolehku. Seperti menanti sesuatu yang keluar dari bibirku. Dia kemudiannya melemparkan pandangan kearah yang lain. Dan akhirnya berhenti tepat kearahku.
" Jadi sekarang kita lagi punya misi ni."
" Misi ?"tanyaku. Haider menangguk faham. Dan aku masih kebingungan. Anak matanya yang sekejap beralih kearah yang lain dan sekejap kearahku mula terasa mencurigakan.
Lelaki itu kemudiannya mengumpul segala kekuatan dan keyakinannya untuk melepaskan sesuatu seperti yang diminta oleh keluargaku.
" Ldr dengan kamu."
Aku tersentak sedikit. Perlahan aku melepaskan pandangan kearah Mama. Aku yakin ada sesuatu yang diorang rancangkan. Tapi apa ?
" Aku akan kembali lagi ke kamu dengan membawa rombongan dari keluargaku. Kamu mahukan, jadi sebahagian dari cerita hidup aku ? aku sadar sih aku gak punya apa-apa dibandingkan laki-laki kelmarin. Tapi kamu maukan hidup dengan aku ?"
Aku kematian bicara. Serasa semesta yang aku pijak sudahpun kaku kematian tingkah. Bagaikan aku sedang terapung di angkasa yang ditaburi bebunga harum indah.
Sandakan, Sabah
2021- Ain 🤍
YOU ARE READING
UNDER THE RAIN [ C ]
RomanceTentang kisah di bumi Jawa Timur. ▫️ [ Start : 06 SEPT 2021] ▫️ [ Done : OCT 2021]