12 || Ketika Cinta Adalah Jawapannya

26 9 2
                                    


Senja sudahpun melabuhkan keindahan tirainya yang menawan. Dilengkapi dengan gunung indah ciptaan MahakaryaNya, membuatkan desa itu bagaikan syurga duniawi buat manusia nikmati selama mungkin. Di bawah tirai indah kejinggan itu, jalan pulang ditelusuri dengan keredhaan pada Tuhan sambil dilintasi burung-burung yang pulang di sore hari.

“ Assalammualaikum Tante. Ian bantuin ya, bisa kan ?”

Sebaik kelibat Bunda Minah kelihatan di retinanya, segera dia berlari sambil menghulurkan bantuan. Bunda yang baru sahaja pulang dari sawah hanya menganggukkan kepala. Memandangkan kepenatan masih tidak lari dari pundaknya, biarlah Haider membantunya sedikit.

Mereka terus melangkah melewati kepenatan di siang hari. Pemandangan yang berwarna kejinggaan itu sempat ditangkap Ian. Hujung bibirnya dijongket sedikit. Apabila sedar Bunda Minah sedang menolehnya, dia segera menunduk tertawa.

“ Lagi ngapain senyum-senyum, nak ? apa lagi kangen dengan siapa-siapa ya ?” tanya Bunda. Tawa seorang anak lelaki berdarah Acheh itu serta-merta berhambur.

Dia menggelengkan kepala, menidakkan diksi yang berlepas dari bibir tua Bunda Minah.

Bunda Minah memukul bahunya.

“ Kamu ingat tante gak tahu ya ? naksir sama Syifa kan. Itu doang masakan Tante gak perasan. Ya kan, Tante benerkan ngomongnya ?” tambah Bunda Minah.

Haider membisu. Bibirnya langsung beku tanpa dipinta. Dia cuba mencari seribu alasan. Hendak menyembunyikan perasaan yang sudahpun ketahuan oleh Bunda. Hanya Allah sahaja tahu betapa debarannya tika itu apabila nama Syifa disebut. Dia memandang Bunda Minah.

“ Syifa gimana keadaannya Tante, Mamanya udah baikan ?” tanyanya. Sudah beberapa hari dia hendak bertanya pada Cut namun masih belum punya kekuatan. Masih risau jika perasaannya ditahu oleh dua beranak itu.

“ Alhamdulillah, Syifa dengan Mamanya baik-baik aja. Tante juga udah telponan sama Mamanya. Mamanya bilang Syifa lagi sibuk sekarang. Udah punya kerjaan di kantor mantan pacar...” bicara Bunda Minah terjeda dengan sengaja.

Dia terlepas bicara. Wajah suram yang lahir dari Haider dipandang seketika. Rasa bersalah kerana keceplosan yang menyebabkan Haider berubah sedemikian. Namun seketika itu, Haider kembali tersenyum.

Memaksa hati untuk mendengar bait bicara Bunda Minah. Dia hanya memandang wajah tua Bunda Minah sambil menampakkan senyum palsunya. Sakit. Namun itulah kebenarannya.

@ainsabt

Beg sandang dilepaskan keatas meja belajar. Dia kemudiannya melabuhkan dudukkan. Jendela bilik yang masih terbuka, dibiarkan. Lamunannya sudahpun berlabuh jauh. Memikirkan rasa sakit yang tadi menghentam jiwanya. Belakang badannya disandarkan ke belakang.

Kepalanya dilentokkan pula ke belakang. Kini, anak mata berwarna coklat terang itu menatap siling. Cuba mengurai segala memori dulu yang pernah hadir di dalam cerita hidupnya. Langit yang tiada penghujung itu ditatapnya seketika. Apa di sana langitnya udah indah kayak di sini ya ?

Tidak semena, tawa kecilnya berlepas. Wajahnya diraup seketika. Sedar apabila dua hati itu bukannya di bawah kerak bumi yang sama. Duduk di langit yang sama tetapi berbeza waktunya. Dan di tanah yang berbeza ceritanya.

Sesaat itu, azan yang menandakan waktu maghrib akan berkumandang merdu menembusi kesunyian petang indah itu. Dia menjongketkan lekuk sabit di bibirnya. Minda yang sudahpun diracuni oleh gambaran gadis berbeza warga itu, dibuang laju. Risau jika menganggu ibadahnya.

Dia segera bingkas untuk membersihkan diri.

Kopiah hitam yang selalu dipakai ketika hendak solat dicapai. Dia melangkah keluar dari kamar. Mula mencari bayangan Bundanya. Hendak mengimamkan solat maghrib. Sesekali dia menarik langsir bilik Bunda, wanita yang berumur lingkungan 50an itu sudahpun menyarungkan mukena.

“ Jemaah bareng Ian, Yuk ?”

Wanita yang bergelar Tante Wadah itu menganggukkan kepalanya. Dia melirik kearah suara anak tunggalnya. Meskipun buta, dia bisa merasakan arah dimana suara anaknya sering berbicara. Bahkan, dia juga bisa merasakan kehangatan yang hadir di lubuk hati anak lelakinya.

Tanpa membuang waktu, Haider segera mencapai lengan sang bunda yang sudahpun diselimuti mukena hadiah dari ayahnya sebelum sempat pergi meninggalkan semesta. Haider menuntun Tante Wadah ke ruangan tetamu. Tempat biasa mereka mendirikan solat bersama. Meskipun ada waktunya, Haider akan berjemaah di surau. Dan Bunda, solat sendirian di rumah.

Wajah sang bunda dipandang seketika. Jikalau dia bisa menghadiahkan sesuatu yang bisa menghargai dia dan bundanya, sudah pasti dia bisa hidup tenang. Namun apakah bisa seseorang menerima dia yang punya kekurangan luasnya sebesar lautan.

Seseorang yang tiada pekerjaan baik untuk memberi kemewahan demi kebahagiaan yang dicintai. Dia hanyalah seorang lelaki yang serba kekurangan. Yang meminta cinta dari hati yang tulus yang juga bisa memberi kasih yang sama terhadap bundanya.

“ Jikalau wanita itu adalah kamu, Aku gak tahu mau berterima kasih apa kepada Tuhan yang udah mengikat tali jodohku denganmu.” Hati lelakinya bermonolog kesepian.

Teuku Haiderian mengucup tangan bundanya. Kepalanya diusap lembut. Lekuk sabit yang indah di bibir tua itu berukir manis. Adit memandangnya sambil membalas sapaan dari garisan indah itu.

“ Gak kerasa anak bunda sudah 26 tahun. Cepat banget ya masa berlalu.”

Haider tertawa kecil. Ya. Masa terlalu cepat berlalu. Dia sudah membesar dengan baik. Tidak lagi seperti anak kecil yang pulangnya sering lewat. Mainnya yang tidak ingat untuk pulang rumah. Nakalnya tiada banding dengan anak-anak nakal yang suka membuli anak kecil lainnya.

Mengingat kisah dulu, kisah di mana kali pertama dia berjaya mendapat kedudukan pertama di sekolah. Ayah dan teman-temannya sudahpun berkumpul meraikannya bersama. Pertama kali mendapat posisi pertama, membuatkan keluarga dan teman kecilnya turut bersenang dengan kejayaan kecil yang diciptanya tika itu.

Memori yang sempat bermain di wilayah ingatannya segera dibuang jauh. Risau akan rindu berat dengan kehadiran Ayah. Dia duduk bersimpu di hadapan Bunda. Dia kemudiannya membalas belaian lembut itu. Wajah tenang dan redup itu ditatap lama. Dari lubuk hati yang dalam, dia menitip doa kepada Tuhan. Berharap agar Bunda selalu sihat dan masih diberi peluang untuk bersamanya dalam waktu yang lama.

“ Ian, udah gedean kayak gini, apa udah punya pacar ?” tanya Bundanya.

“ Bunda kok nanyanya gituan sih.”

Dia menundukkan pandangan. Entah mau katakan apa untuk pertanyaan itu. Pandangannya tumpah keatas sejadah yang masih terhampar. Namun fikirannya sudahpun melayang jauh. Masih memikirkan soal Asyifa yang sedang bekerja di kantor mantan pacarnya. Ya,mantan pacar doang tapi kenapa hatiku resah ginian ya. Hatinya berbisik dalam kebisuan.

“ Bunda pengen banget dengar suaranya gimana, kalau soal cantik sih bunda tau siapapun pilihan hati Ian pasti orangnya cantik, baik, sopan. Ya kan ?”

Bicara Bundanya menjedakan suasana. Haider memandang wajah bundanya yang kini mengukirkan sekuntum senyuman. Tapi tidak buat dirinya yang sudahpun diulit rasa bersalah dan kecewa.

“ Insya Allah, nanti kapan-kapan Ian dengerin suaranya ya ke Bunda. Tapi sih bukan pacar cuma seseorang yang buat Ian senang dan tenang bila disisinya. Kayak Bunda.” Jelas Haider dengan nada lembut.

Dia tidak mahu Bundanya berharap. Hanya itu sahaja yang mampu dia lakukan. Hendak menambat hati anak dara orang itu bukan mudah. Bahkan, orangnya pula bukan dari tanah yang sama diduduki.








Sandakan, Sabah
2021- Ain 🤍

UNDER THE RAIN [ C ]Where stories live. Discover now