15 || Kemeja Batik dari Abah

27 6 2
                                    


Suasana berubah menjadi satu ketegangan yang pertama dirasai mereka. Desiran nafas yang berdesup-desup berlepas dari bibir Haider. Dia berpura-pura tenang.

Namun kedinginan yang bagaikan mencengkam tulang belulangnya gagal menampakkan dia yang seperti dimahukan. Rambut yang basah kini diusap lembut dengan hawa dingin dari aircond rumah tersebut. Hendak bertingkah, namun retina Puan Jasmine tidak lari dari menatapnya.

“ Kakak, beri dia pakaian arwah Abah. Nanti jatuh sakit, mama ndak mahu bertanggungjawab.” Arah Puan Jasmine. Jane terlopong. Manakala kakaknya sudah kaku berdiri. Cuba mencerna semula bicara Mamanya. Perlahan, langkah diatur mendekati Puan Jasmine.

“ Tapi tu kan baju - ”

Puan Jasmine memandangnya. Dia bingkas dari dudukkan. Cuba mendekati dua puterinya yang masih kelihatan bingung dengan situasi. Haider sekadar memandang. Tapak tangan diusap perlahan. Kedinginan yang dirasainya bagaikan sudah menusuk tulang belulang.

“ Nda apa, kakak bagi pakai dulu. Lepastu kita bincang semula selepas makan tengahari.” Jelas Puan Jasmine lalu menghadiahkan sepasang mata buat Haider. Lelaki itu sekadar membalasnya dengan senyuman. Asyifa menoleh. Senyuman Haider yang lengkap dengan secalit lesung pipi itu tidak mampu menahan dirinya dari terus mencair.

Jane yang mula menghidu pandangan aneh dari kakaknya, segera menampar bahu Asyifa. Tersentak Syifa dibuatnya. Gadis yang berusia muda setahun dari kakaknya tertawa kecil. Dia cuba merapat sebelum melepaskan bait bicara lewat lohong telinga yang masih ditutupi hijab.

“ Jangan bagi ketara sangat yang kakak suka senyuman dia.”

Asyifa memandangnya. Anak mata berwarna kecoklatan yang gelap itu tajam menatap Jane.

“ Mau menafikan lah tu.”

Jane menambah. Seketika dia menduga kakaknya hendak melakukan sesuatu, laju sahaja dia mengatur langkah membontoti Puan Jasmine kearah dapur. Namun masih tidak cukup jika tidak mengusik begitu sahaja.

Dia memanggil Asyifa semula sebelum menjelirkan hujung lidah. Puan Jasmine yang perasan lantas mencubit lengan anak bongsunya.

“ Adik, nda sopanlah perempuan jelir lidah macam tu.”

Asyifa mengekeh kemenangan. Dia menoleh kearah Haider. Memintanya untuk menunggu sebentar sementara dia mengambil baju. Haider sekadar mengangguk faham.

@ainsabt

Lauk tengahari sudahpun tersedia lengkap diatas meja. Tiga beranak itu masih duduk berdiam. Menunggu Haider keluar bersiap. Asyifa pula sedang bertarung dalam hati. Risau jika saiz baju tersebut terlalu besar atau kecil untuk lelaki tersebut.

“ Kakak suka dia sangat kah ?”

Syifa kaku. Bebola matanya bergerak ke kanan kiri. Cuba menatap wajah sang ibu dan adiknya yang sedang menanti jawapan dari soalan tersebut. Dia kemudiannya menumpahkan pandangan ke bawah. Perlahan dan perlahan. Kepalanya diangguk lembut. Mengiyakan persoalan yang menjadi tanda tanya mereka berdua.

“ Mama ndak suka diakah ?” tanya Jane tiba-tiba.

Entah mengapa, jantungnya berdebar kekencangan. Adrenalinnya terasa hendak melonjak-lonjak. Dia mula berdoa dalam hati. Berharap agar Puan Jasmine juga suka akan Haider.

Jika tidak, mana mungkin dia bisa mendapat restu. Dia menatap wajah Puan Jasmine yang kelihatannya masih memikir. Seketika, anak mata dua beranak itu bersabung.

“ Mama suka...cuma”

Tika tu, dia laju mengucap kesyukuran dalam diam. Namun meskipun begitu, perkataan cuma menepis sedikit rasa senangnya.

“ Mama masih nda yakin kalau dia adalah orang yang tepat buat kakak. Ingatkan, apa pesanan terakhir yang Abah minta dari Mama ?”

Puan Jasmine mencapai tangan anak sulungnya. Jari runcing Asyifa diusap lembut. Dia tahu sejauh mana risaunya Puan Jasmine hendak melepaskan puterinya kepada seseorang yang masih belum menguatkan keyakinannya. Keyakinan untuk bersetuju sepenuhnya dengan hubungan mereka.

“ Mama belum yakin dia adalah orang yang tepat seperti yang dimahukan arwah Abah. Tapi jangan risau, Mama akan selalu doa yang baik-baik buat kamu.”

Asyifa hanya mengangguk faham. Dia cuba membalas namun tidak sempat apabila menyedari kehadiran Haider. Bagaikan terpana dengan sosok indah di hadapan, mereka membisu. Haider begitu kelihatan sempurna dengan kemeja batik berwarna hitam milik Abah. Kemeja yang dipakai sewaktu lamaran Mama.

Entah bagaimana bisa, seolah kami dapat merasakan kehdairan Abah saat duduk makan bersamanya.

“ Baju tu sesuai betul dengan kamu.” Puji Puan Jasmine. Haider sekadar tersenyum. Dia sempat menatapku di sebelah. Senyumannya yang bisa mengubah mood seseorang, dihadiahkan sekali lagi buat aku.

@ainsabt

Langkah yang diatur keluar itu akhirnya berhenti tepat di pintu utama apartmen. Di luar, hujan sudahpun berhenti. Namun masih meninggalkan jejak diatas jalan. Aku menatap Haider apabila lelaki itu sedang memusingkan tubuh hendak menolehku. Pandangan ku jatuh ke bawah.

“ Aku pulang dulu ya. Bajunya aku akan kembaliin esok sebelum berangkat pulang ke Indonesia.” Jelasnya. Aku hanya mengangguk faham. Entah mengapa, hati kecilku yang awalnya seperti menyorak kegembiraan berubah laju.

Apakah disebabkan perubahan wajah Mama selepas melihat Haider dengan kemeja ini atau -

“ Syifa...”

“ Huh ?”

Lamunanku berakhir. Aku menoleh Haider sekilas lalu menumpahkan pandangan kebawah. Aku menatap empat pasang kaki tersebut. Perlahan, bibirku mengangkat senyum ringkas.

Hubungan aku dan Haider masih belum mendapat restu dari Mama. Adakah ini juga salah satu sebab mengapa aku rasa tidak senang hati ?

“ Kamu sedih ya kerna gak dapat restu dari mama kamu ?” tanyanya selamba. Aku menolehnya. Senyuman seorang Haiderian yang terukir indah di bibir dan juga dihiasi dengan secalit lesung pipi aku tatap lama. Sempat aku memintanya untuk tidak meleraikan senyuman tersebut.

“ Gini ya. Soal restu itu kapanpun aku bisa nunggu kok. Cuma kamunya yang gak usah risau atau repot-repot mikirin semuanya. Biarin aku aja yang atur ya. Percaya sama aku.” tambahnya lagi.

Aku yang tidak mampu menahan kegelian pada hati kecil segera melepaskannya. Membuatkan lelaki itu hairan dengan tingkahku seketika. Aku menghentikan tawa dan mengangguk faham. Mujur serumpun kalau ndak, aku pun ndak tahu apa yang dimaksudkan oleh Haider.

“ Okay. Esok flight jam berapa ?”

“ Setengah empat.”

“ Huh ?”

“ 4.30 petang.”

Kami mengakhiri bicara dengan tawa. Begini susahnya hendak bersama dengan orang yang bukan sebahasa dengan kita. Aku melepaskan lambaian buat Haider dari jauh. Figura yang gemas mengenakan kemeja batik itu perlahan lesap dari retinaku.

“ Diakah yang paling tepat macam yang arwah Abah kata ?”bisikku. Keluhan halus yang panjang berlepas dari ronggaku. Meleraikan kegelisahan dan kekhawtiranku sebelum bersatu dengan udara dingin selepas hujan.





Sandakan, Sabah
2021- Ain 🤍

UNDER THE RAIN [ C ]Where stories live. Discover now