Petang itu, suasananya terasa sedikit ganjil. Sepertinya ada yang kurang dalam kehidupan seharianku yang kebiasaannya. Ya, aku lupa kalau baru sahaja pagi tadi, aku dipecat oleh majikan perasan kacak itu.
Macam mana aku nak khabarkan dekat Mama kalau aku dah jadi penganggur ? kepalaku yang tiada bermahkotakan seorang Hawa aku benamkan antara kedua kepala lututku.
Jam menunjukkan angka 10 pagi. Masih ada sejam lebih lagi, Mama akan pulang dari sekolah tempatnya bekerja. Hari Jumaat. Penghulu segala hari dimana keberkatan terlalu banyak di dalam harinya.
Tetapi, di hari penuh keberkatan ini jugalah aku kehilangan pekerjaanku. Mungkin sebab aku berkali-kali kata nak berhenti. Kan Allah dah makbulkan. Korang jangan tak percaya pulak. Setiap bicara kita ni doa tahu.
Aku menarik telefonku yang berada di hadapan. Aplikasi Whatsapp aku buka. Ibu jariku mula bergerak mencari nama Myaa. Pasti dia terkejut dengan berita ni. Baru sahaja aku cuba menulis sesuatu di ruangan perbualan, aku menerima panggilan darinya. Jodoh betul.
Aku menyambut dengan rasa kekecewaan yang mendalam. Kecewa kerana kini sudahpun bergelar penganggur. Kecewa dengan diri sendiri. Bahkan, kecewa dengan bicara sendiri. Bibir indahku, aku tampar lembut. Nak tampar kuat-kuat,sakit pula.
" Weyy, kenapa kau kena pecat ?!"
Nah sudah. Keluar pula loghat Sabah dia. Aku menjarakkan sedikit skrin telefonku dari cuping telinga. Hendak mendengar jeritan Myaa, sudah pasti aku pekak esoknya. Aku segera menjawabnya sambil posisi badan aku ubah. Aku berbaring diantara dua sofa di ruangan tetamu.
" Majikan kesayangan kau cakap, prestasi jualan buku dari penulis aku menurun drastik astu etika kerja aku semakin menurun selama berbulan ni. Dia siap bagitahu aku, yang aku ndak pernah fokus pun selama mesyuarat. Di mana aku mau cari kerja ni Myaa ? aku belum bagitahu Mama lagi pasal ni." Jelasku.
Myaa sekadar membisu. Sepanjang penjelasan ku, dia hanya membisu. Mungkin terlalu khusyuk dengarnya.
" Kau dekat ofiskah sekarang ?" tanyanya masih dalam loghat Melayu. Aku sendiri tidak pasti kalau dia sedar perubahan bicaranya terhadap aku sekarang.
" Mana ada. Buat apa aku lama-lama dalam tu. Kau tahu, aku siap bagitahu dia lagi yang aku pun ndak mahu bekerja dengan majikan macam dia tu. Dia sendiri tak disiplin pastu mahu ajar kita pula." Tambah aku.
Sungguh hati kecilku benar-benar naik amarah. Memikirkan pertikaman lidah antara majikan dan pekerja pagi tadi membuatkan darahku semakin naik.
Mug yang berisi air kosong aku utarakan kearah Mama. Tangannya disilangkan pada dada.
Iris indahnya yang berwarna coklat kegelapan itu memandang aku lama. Untuk pertama kalinya, Mama melihat aku duduk dirumah lebih awal sedangkan kebiasannya aku pulang lewat dari harini.
Aku melabuhkan dudukkan di hadapan.
Jari-jemariku mula bertaut. Di dalam hati,aku berharap agar Mama tidak marah aku mengenai hal ini. Soal kerja ? itu bagaikan urusan antara hidup dan mati.
" Kakak dipecat ?" tanyanya selepas usai meneguk air kosong di mug tersebut. Aku mengangkat wajah. Macam mana Mama tahu ?
" Majikan kakak ada call Mama. Dia cakap etika kerja kamu menurun dan kamu bersikap kurang ajar dengan dia." Jelas Mama.
Membuntang mataku mendengar penjelasan dari bibir Mama. Kurang ajar ? nda sedar diri langsung. Bisik hatiku. Aku kemudian memperjelaskan keadaan sebenar satu per satu.
Sedaya upaya agar Mama bisa memahami aku dan keadaan sebenar syarikat tersebut. Bisa-bisanya, dia call Mama hanya mahu bagitahu aku kurang ajar dengan dia. Issh.
" Kalau macam tu, ndak apalah. Nanti Mama cuba tolong. Untuk sementara waktu ni, kamu berehat dulu. Untunglah Mama dan Jane ni ada kerja, kalau nda siapalah mahu tampung makan minum kita ya." Ucap Mama sambil berlalu pergi.
Aku melirik tajam. Bibir dicebik sedikit.
" Menyindir lah tu."
" Tahu pun."
Kalau Jane tahu, pasti dia lagi lebih kalau bab sindir-menyindir. Perbezaan umur setahun antara kami masih tidak menunjukkan jika aku adalah kakaknya. Masih sahaja memperlakukan aku seperti adiknya.
" Mama jangan bagitahu Jane ya. Nanti dia pula yang kutuk-kutuk Syifa !" jeritku memandangkan Mama sudahpun berada di biliknya. Aku mengeluh panjang. Apalah aku mahu buat selama percutian tanpa henti ni.
" Lambat laun, Jane akan tahu juga kalau kamu sentiasa duduk rumah." Balas Mama.
Ya juga. Sabar sahajalah wahai hati.
Aku melemparkan pandangan keluar jendela. Pemandangan kota yang sibuk, aku pandang seketika. Otakku sedang memikirkan apa yang aku harus lakukan selama percutian yang tidak diingini tanpa sengaja ini.
Masa tengah bekerja beriya betul mahu berhenti. Bila berhenti kan diri sendiri juga yang susah. Maka dengan ini, tamatlah kehidupan workholic dan classy aku.
@ainsabt
Aku melemparkan pandangan kearah kesibukkan kota di malam hari. Angin dingin yang berhembus membelai atmosfera tika itu aku layan bersama persoalan yang bermain di benak fikiranku.
Sejak dari petang tadi, aku berfikir harus berbuat apa selama percutian ini.
Iris indah yang ku dapat dari gen Mama perlahan naik mendongak keatas langit. Dada langit yang berwarna sedikit biru kegelapan itu aku pandang lama. Tidak banyak. Hanya ada sebilangan sahaja bintang kecil hadir menghiasi dada langit yang tiada bertongkat itu.
Bagaikan bintang yang bersinar indah, anak mataku membelai sapaan sambil berharap akan ada keajaiban buat aku yang sedang dipelusuk kesepian. Entah bagaimana, tiba-tiba sahaja aku terfikir untuk bertemu Myaa.
Anak mataku kemudiannya liar memandang kanan kiri. Cuba memikirkan sebagus apa idea yang terlintas di mindaku.
" Boleh juga ni, lagipun sudah berbulan aku nda berjumpa dengan Myaa." Kataku. Bagaikan tidak sabar, hati kecilku sepertinya sedang meloncat kesenangan. Aku segera bergegas menuju ke ruangan dapur. Mencari bayang hitam Mama.
" Boleh ke Maa ?" tanyaku.
Mama memandangku seketika. Wajahku dipandangnya lama. Mungkin ada dua keadaan yang sedang bermain di mindanya. Satu. Risau akan keadaan aku jika bercuti di negara orang sendirian. Dua.
Tidak sepenuhnya setuju tetapi memandangkan Myaa sudah lama tiada kunjung khabar, tetap tidak keberatan. Dan Tiga. Bagaimana jika sesuatu buruk terjadi.
Aku yang menyedari apa yang sedang melintasi benak fikiran Mama segera menyedarkannya. Tangan Mama aku capai sebelum membelainya dengan kelembutan. Anak mata Mama aku hadam semampunya.
" Mama jangan risaulah. InsyaAllah Syifa ndak akan apa-apa. Lagipun ini peluang Syifa untuk berehat panjang. Sekalian bantu-bantu Myaa dan bonda dia. Mama tahu kan Makcik Minah nda berapa bagus kesihatannya. Pastu Syifa pun rindu berat dengan Myaa tu. Boleh ya Ma ? Mama nda perlu keluarkan duit pun. Syifa guna duit sendiri." Jelasku panjang lebar.
Mama senyap. Berat hati seorang ibu hendak melepaskan anak daranya pergi jauh. Tidak lama kemudian, Mama membalas belaian tanganku.
" Okaylah. Tapi janji sampai rumah Myaa, videocall terus. Bila dirumah orang, jaga diri dan adab. Awas kalau Syifa buat benda ndak baik di sana. Mama call dekat Makcik Minah. Faham ? bila kamu mau pergi ? " jelas Mama.
" Lusa ?". Aku mengheret senyum penuh kebahagiaan sambil menganggukkan kepala. Begitu senang sehingga tidak sabar hendak berjumpa Myaa.
Sandakan, Sabah
2021 - Ain 🤍
YOU ARE READING
UNDER THE RAIN [ C ]
RomanceTentang kisah di bumi Jawa Timur. ▫️ [ Start : 06 SEPT 2021] ▫️ [ Done : OCT 2021]