"Abby saya keluar dulu ya nak beli barang-barang.Kamu tunggu kat sini saja,jangan nak menggatal dengan orang lain."Ujar Erin yang bersiap-siap untuk berangkat.
Abby yang belum bangun daripada perbaringannya memerhati kelakuan Erin.
"Dengar tak apa saya cakap tadi."
"Dengar nenek lampir!"
Automatik mata Erin memandang Abby dengan mata yang membulat.Abby hanya tersenyum tanpa rasa bersalah.
"Whatever lah kau nak cakap.Saya malas nak layan."Bebelnya.
"Tengok tu sama macam nenek lampir."Katanya sengaja menyakitkan hati Erin.
"Up to you lah Abby,kau nak pesan apa-apa tak?"
"Nak."
"What's it?"
"Saya nak Erin."
"Stop joking Abby,kalau tak nak apa-apa saya gerak dulu ya.Bye,take care kat sini tau."
"Nak kiss"Pinta Abby manja.
Erin menghampiri Abby seolah-olah dia ingin mencium Abby.Abby yang menunggu penuh setia mengeluh berat saat Erin melencongkan mukanya dan tangannya mengambil telefonnya yang berada di meja lampu.
"Jangan nak mengada-ngada pagi ni Abby."
Selepas saja berkata begitu Erin terus berangkat pergi.
"Leceh lah dia ni,nak kiss morning pun tak boleh."
Erin yang sibuk membeli-belah mencari barang keperluan dia dan Abby,tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki.
"Hai awak."Sapanya ramah.Erin mencari empunya suara itu.
"Err hai juga.Kenapa?"Soalnya spontan.
"Boleh saya tolong?"
Erin terdiam seketika tapi memandangkan banyak benda lagi dia nak cari jadi dia menyetujui Azman membantunya.
"Awak memang sendiri ya kalau nak cari barang-barang?"Soal Azman sambil menolak troli yang penuh dengan barangan.
"Yupss."Jawabnya ringkas sambil melilau-lilau mencari barang.
"Tinggal sorang lah."
"Saya tinggal kat asrama."
"Ohh tinggal asrama,adik saya juga tinggal kat asrama.Baru kelmarin dia masuk."Cerita Azman tanpa disuruh oleh Erin.
"Oh ya adik you girl or boy?"
"Girl,adik saya tu garang sangat tapi manja.I really love her so much samapai saya tak sanggup nak berpisah dengan dia masa dia kata nak masuk asrama."Jelasnya sambil mengenangkan adiknya.
"Awak yang sabar ya."Pujuk Erin dengan lembut.
"By the way saya nak tanya something dengan awak ni."Ujar Azman.Azman masih meneruskan dengan kerjanya menolak troli, sementara Erin mencari barang.
"Awak ada..."
Belum habis Azman berkata telefon Erin berdering nyaring.
"Kejap ya."
"Okey."
"Hello kaki cangkul ada apa?"
"Kaki cangkul?Siapa tu?"Kata Azman bermonolog.
"Iya kejap lagi balik lah ni,awak tunggu kat situ nanti saya datanglah.Okey,bye."
"Siapa tu?"Soal Azman ingin tahu.
"Tak adalah roommate baru saya.Thanks sebab tolong saya."Ucap Erin lantas dia mengambil trolinya dari tangan Azman dan dia menuju ke kaunter pembayaran.
"Agak pelik juga dia ni.Siapa dia bilang kaki cangkul tu."
Azman memerhati Erin sampailah gadis itu hilang di sebalik bangunan pusat beli-belah itu.
******
Lia mendail nombor Erin berkali-kali namun tidak dijawab oleh Erin.
"Sibuk betul kah dia ni sampai tak jawab call aku."Lia cuba mendail nombor Erin tetapi tetap gagal.
"Tak apalah busy kot."
Mahu tidak mahu dia terpaksa juga keluar sendiri untuk ke salon.
Dalam perjalanan keretanya terhenti.Lia keluar dari kereta dan memeriksa keretanya.
"Kenapalah kereta nak buat perangai masa-masa begini padahal baru kelmarin saya baikinya.Cari nahas betul kereta ni."Bebelnya panjang.
"Call grab kah atau panggil teksi tapi mana ada teksi yang selalu lewat jalan sini."
Di tengah kebingungannya muncul sebuah kereta BMW.
"Kenapa ni?"Soal Atta.
"Kereta saya ni buat hal."Jawab Lia sakit hati.
"Ohh kalau awak nak,saya boleh tolong hantarkan awak kat mana awak nak pergi tu."
"Betul ni?"Suaranya sangat teruja saat itu.
Atta angguk kepala.
"Baiklah."
Tanpa berlengah lagi Lia terus mengambil tempat di sebelah pemandu.
Di salon Atta sedang khusyuk mengacau-gacau telefonnya sementara menunggu Lia selesai bersalon.
Lia mencuci rambutnya sekaligus meminta rambutnya diikalkan.
Setelah lama menunggu akhirnya rambut Lia selesai di operasi.Lia kelihatan sangat cantik dengan gaya rambutnya itu.
Atta memandangnya tidak berkedip.
"Wow, amazing.Awak kelihatan sangat cantik."Puji Atta bersungguh-sungguh.
"Saya tahu."Balas Lia lantas tertawa kecil.
"Mana ada lah biasa-biasa saja saya ni.Tak cantik dan tak juga hodoh sangat lah.Betul tak?"
"Yupss,tapi kan saya rasa kita pernah jumpa lah tapi kat mana ya."
"Awak dari Kolej Permata kan,aliran pembinaan."
Atta tertawa kecil.
"Macam mana awak tau?"
Lia menunjuk tanda nama Atta yang tersangkut kemas di lehernya.
"Betul juga tu...hahahahaha...kalau kamu pula bagaimana?"
"Saya pun dari kolej yang sama juga tapi saya aliran Ekonomi.Apa kata saya belanja awak makan sebagai tanda terima kasih saya pada kamu."
"Boleh juga."Kata Atta dengan senyuman di bibir.
"Okay,let's go."
*****
"Oh ya abang,tolong jaga adik masa daddy dan mammy di London nanti."Ujar Datin Shanty.
"Mammy jumpa lah adik kejap,mesti dia rindu dengan korang."
"Mammy dan daddy tak sempat abang,kita perlu jalan sekarang abang."
"Okeylah mammy.Korang jaga diri kat sana ya,jangan lupa call abang dan adik ya mammy."Pesan Azman sedih.
"Sudah pasti abang,bye abang love both of you so much."Sebelum beredar ke kereta suaminya Datin Shanty mengucup dahi Azman.
"Sampaikan salam mammy dengan adik ya abang."
"Okey mammy."
*****
"Erin sayang."Panggil Abby lembut.
"Iya Abby."Sahut Erin dari arah dapur.
"Saya kena keluar kejap ni jumpa abang Abby.Abby pulang baru kita lunch ya honey."
"Okey Abby,take care there."
"Okey sayang Erin."
Setelah Abby keluar barulah Erin terfikir sesuatu.
"Abby punya abang,kenapa saya tak tahu.Arghh...buat apa nak tahu saya bukan siapa-siapa bagi dia."Katanya bermonolog namun dalam hatinya berharap agar dirinya di anggap oleh Abby.
YOU ARE READING
I'm a baby
RomanceMeskipun kita mempunyai perasaan tetapi dunia mempunyai norma. Meskipun kita mempunyai cinta tetapi dunia mempunyai aturan.