BAB 20

0 0 0
                                    

Abby mengenyahkan matanya dan melihat jam yang melekat di tangan kirinya.

Jam menunjukkan 8:30 pagi.

Abby membersihkan dirinya lantas dia bersiap-siap untuk menuju ke kelas pagi.

Sebelum pergi ke kelas,dia seperti biasa membawa sarapan untuk Erin.

Abby mengetuk pintu bilik Erin dan pintunya terbuka.

"Kau nak apa?"Soal Erin dingin.

"Saya nak bagi awak ini."Abby menghulurkan tapau yang berisi nasi goreng Pattaya kepada Erin.Tetapi Erin tidak menyambutnya sama sekali.

Tiba-tiba Lia muncul dari belakang.

"Abby,buat susah saja.Terima kasih Abby."Ujar Lia lantas dia mengambil makanan itu dan kembali masuk ke dalam.

"Erin,saya nak minta maaf atas kesilapan saya dengan kamu.Saya sedar saya salah tapi bolehkah kita jadi teman seperti dulu lagi?"

"Saya sibuk sekarang jadi saya tiada masa nak berbual dengan kau."Kata Erin lalu terus menutup pintu.

Abby berusaha senyum meskipun hatinya sangat terluka saat itu.

"Have a nice day."Ucap Abby lalu dia beredar dari situ.

Kerana kesibukan menyiapkan tugasan,Abby jarang pergi ke kantin.Bayona lah yang selalu membeli makanan untuk Abby.

Bayona juga yang banyak membantu Abby mengurus pakaiannya.Dia menolong gadis itu mencuci kainnya dan mengeringkannya.

Bayona sangat faham situasi Abby.

Akhirnya Abby terlelap di perpustakaan kerana dia ingin menyiapkan kerja kursusnya.

Sementara itu Erin yang sibuk mencari buku rujukan Ekonomi,dia ternampak Abby terlelap di atas meja.

Erin menatap wajah penat itu dari jauh lalu dia tersenyum sendiri.

Kemudian Bayona datang menghampiri Abby.Dua membangunkan Abby.Bayona mengemas barang-barang Abby laluereka beredar dari situ.

Erin terus memandang Abby sampailah kelibatnya hilang dari pandangan mata.

"Lia jomlah kita dinner sama-sama malam ni.Jangan risau saya belanja kamu dinner di Kafeteria."Pujuk Atta.

"Atta,kamu tak nampak saya sedang sibuk buat tugasan.Tugasan saya masih banyak."

Atas mengeluh kecil.

"Kerja memang tak pernah habis tapi kita juga perlukan meluangkan masa untuk orang yang kita sayangi."Kata Atta sedikit sedih.

"Please jangan banyak cakap dulu kat sini nanti saya tak fokus buat kerja."Tangan Lia laju menaip di laptopnya.Sementara Atta terus bercakap benda yang bukan-bukan yang menganggu konsentrasi Lia.

"Satu perkara yang kita tak boleh ulang dan mungkin tak akan dapat peluang lagi iaitu kenangan manis dengan orang yang kita cintai dan sayangi.Atta sayang Lia tapi Lia tak sayang Atta.Atta cinta Lia tapi Lia tak cinta Atta."

Lia berusaha menahan geram saat itu.

"Atta selalu buat Lia gembira tapi Lia tak pernah menghargainya.Atta selalu ada untuk Lia tapi Lia tak ada di saat Atta perlukan dia Seharusnya setiap pasangan itu harus ada persefahaman antara satu sama lain.Kalau hanya Atta yang faham Lia dan Lia tak faham Atta itu sangat sulit."Sambung Atta lagi dengan perasaan tidak bersalah.

"Atta boleh senyap tak...."

"Sebagai manusia yang baik hati perlu mengerti perasaan orang lain."

I'm a babyWhere stories live. Discover now