BAB 13

0 0 0
                                    

Selepas saja kelas tamat,Abby membawa Erin ke kelab renang untuk latihan dengan jurulatih nya.

"Erin tolong pegang dulu barang-barang saya ya.Abby latihan kejap lepas tu kita pulang."Ujar Abby lantas mengusap lembut rambut Erin.

"Okey Abby."Balas Erin dengan diiringi senyuman.

"Abby cepat!"Panggil jurulatihnya.

"Baiklah Sir."

Sebelum melakukan renangan Abby membuat pemanasan badan agar tidak berlaku kejadian yang tak diingini.

Sesudah itu Abby melakukan beberapa pusingan dan memperbaiki catatan masa renangannya.

Setelah selesai latihan Abby menukar pakaiannya.Erin juga turut berada di bilik persalinan baju.

Erin sibuk menekan telefonnya dan tiba-tiba ternampak gambar dia dan Abby sedang makan di kantin tadi pagi.

Dahinya mulai berkerut seribu.

"What the hall?!"Marahnya.

"Jangan dilihat lagi gambar bodoh ini.Mereka sengaja nak malukan kita."Ujar Abby sambil merampas telefon Erin dari tangannya.

"Abby tapi gambar itu ada di..."

"Group Kolej."Cantas Abby.

Erin angguk sedih.

"It's okay Erin sayang.Lantaklah apa dia orang nak kata saya tetap tidak peduli."

"Saya hanya peduli dengan awak saja."Sambungnya lagi.

Kala itu Erin hanya tersenyum sekadar menyedapkan hati Abby.

"Dah jom pulang,saya tak nak awak terlalu memikirkan tentangnya."

Abby terus menarik tangan Erin menuju ke keretanya.Dalam perjalanan banyak mata yang memandang mereka dengan pelik.Tidak kurang juga yang berbisik sesama sendiri.

Abby mengeratkan lagi genggaman tangannya agar Erin tidak terlalu resah.

******

Seperti yang telah di rancang,hujung bulan itu kolej mereka mengadakan sukan antaranya ialah acara balapan,hoki,bola keranjang dan renang.

Erin mengambil acara balapan, manakala Abby acara renang.Lia mengambil acara hoki bersama dengan Atta.Bayona pula dan Azman menyertai sukan bola keranjang.

Acara itu dilakukan secara serentak.Mujurlah acara Erin lebih dulu selesai daripada Abby.Jadi Erin mengambil peluang yang ada untuk menyaksikan Abby di acara renang.

Masuk dalam pusingan terakhir Abby tercari-cari kelibat Erin kerana dua saringan dia langsung tidak kelihatan.

Abby berada di barisan ketiga daripada enam kolam renang yang ada di kolej itu.

Sebaik saja wisel dibunyikan Abby terus melakukan terjunan yang menarik dan laju agar dia berada di hadapan lawan.

Perkara yang ada dalam fikirannya saat ini adalah Erin dan catatan masa renangnya saja.Untuk menjuarai perlumbaan itu langsung tiada dalam pola fikirannya.

Dan keputusannya sangat menggembirakan Abby kerana di mampu memecahkan rekod tertinggi renang dalam kolej itu iaitu 24.5 saat.Dia juga telah menjuarai perlumbaan itu bagi fakulti Perniagaan.

Abby terlompat kerana berasa sangat gembira.Jurulatihnya juga sangat gembira kerana Abby sangat berusaha dalam memperbaiki tempoh masa renangannya.

Setelah acara Abby selesai,dia terus berjumpa dengan jurulatihnya.

"Congrats Abby."Ucap jurulatihnya iaitu Sir Alex.

"Thanks Sir,bye the way Erin saya ada datang tak tadi?"Soal Abby teruja ingin tahu.

I'm a babyWhere stories live. Discover now