Selepas saja sarapan pagi masing-masing mereka melakukan hal mereka.
Abby mendekati Azman untuk bercerita.
"Abang,Abby nak minta maaf atas semua kesalahan Abby terhadap abang."Ujar Abby dengan tulus.
Azman tersenyum bahagia saat itu.Azman berganti menaip di laptopnya lalu dia memandang adiknya.
Sungguh dia merindukan adiknya yang selama ini manja dengannya kini telah kembali.
"Abang dah lama maafkan adik.Abnag pun nak minta maaf atas semua kesalahan abang terhadap adik."
"Adik maafkan abang.Abby sedar selama ini Abby tamak dengan abang,Abby egois dan selalu menyusahkan abang."
Azman tersenyum.
"Tanpa adik siapalah abang di dunia ini."
"Tanpa abang juga siapalah adik di dunia ini."
"Mulut tu selalu tiru ayat abang."Kata Azman lalu mencuit hidung Abby.
"Abang sakitlah."Adunya sambil menggosok-gosok hidungnya yang sakit.
Azman tertawa kecil saat itu.
"Mulai sekarang kita damai dan hidup bahagia seperti dulu lagi."
Abby terdiam sejenak lantas mengangguk laju.
Abby mendekati abangnya lalu memeluknya erat-erat.
"Sayang abang."Ujar Abby dengan gembira.
"Abang pun sayang adik."Balas Azman.
Dari kejauhan mereka diperhatikan oleh ibu bapa mereka.
Kini mereka telah damai seperti dulu lagi.
Di sisi lain pula Aziq sedang bermain bersama dengan Queen.
Queen meminta Aziq meniupkan belon untuk dirinya tapi Aziq sangat takut dengan belon.
Oleh itu dia ragu-ragu melakukannya.
"Uncle cepat tiup belon ya."Rengek Queen.
Aziq panik melihat belon tersebut.
"Uncle."panggil Queen lagi.
"Biar saya yang tiup anak cantik."Celah seseorang yang menyelamatkan Aziq.
Barulah Aziq dapat bernafas dengan lega.
Jantung Aziq berdebar-debar saat melihat empunya suara itu.
Aziq menatap gadis itu dari dia mula meniup belon sampailah dia selesai mengikatnya dan memberikannya kepada Queen.
"Here you are."Kata gadis itu.
"Thanks."Ucap Queen lalu dia berlari bermain dengan belon itu.
Tinggal lah Aziq dan gadis itu di situ.
Aziq terpana melihat keanggunan wajah gadis tersebut,sedangkan gadis tersebut hanya mempamerkan muka biasa saat menatap Aziq.
"Hai nama saya Aziq."
"Saya..."
"Bayona!!"Jerit Abby lantas dia berlari dan memeluk Bayona.Begitu juga dengan Bayona,dia membalas pelukan itu.
"Rindunya dengan kau."Kata Abby gembira.
"Samalah Abby."Balas Bayona girang.
Lalu Abby melepaskan pelukan mereka.
"Yona harus ikut dengan saya sebab saya ada banyak benda nak cerita dengan kamu.Saya dan Erin kbali bersama dan saya memiliki anak buah yang comel,namanya Queen."
YOU ARE READING
I'm a baby
RomanceMeskipun kita mempunyai perasaan tetapi dunia mempunyai norma. Meskipun kita mempunyai cinta tetapi dunia mempunyai aturan.